Skip to main content

Roberto Firmino Mengalami Kecederaan Hamstring - Bakal Terlepas Perlawanan West Ham

Jurgen Klopp mengesahkan pemain itu dibawa keluar ketika perlawanan menentang Atletico Madrid berikutan kecederaan tersebut. 


Firmino menyertai James Milner dan Naby Keita yang mengalami kecederaan yang sama, manakala beberapa pemain turut mengalami kecederaan lain seperti Jones ( mata ), Gomez ( betis ) dan Harvey Elliot ( buku lali ). 

Beliau dimasukkan pada awal separuh masa kedua untuk menggantikan Sadio Mane, namun terpaksa dikeluarkan selepas setengah jam bermain dan digantikan dengan Divock Origi.

Bercakap kepada wartawan selepas perlawanan, Firmino disahkan mengalami kecederaan hamstring dan dijangka terlepas perlawanan menentang West Ham United pada hujung minggu ini. 

Milner dijangka tidak akan kembali bermain sekurang kurangnya hingga selepas cuti perlawanan antarabangsa, manakala Keita tidak diberikan sela masa bilakah beliau akan kembali bermain selepas mengalami kecederaan yang sama pada perlawanan menentang Brighton. 

Kehilangan khidmat Firmino adalah satu tamparan hebat buat Liverpool, di mana telah menunjukkan prestasi terbaik sejak akhir akhir ini terutama ketika membelasah Watford 5 - 0. 

Ianya bukan pertama kali beliau mengalami masalah hamstring, dengan sebelum ini Firmino telah tersisih hampir 4 perlawanan berikutan kecederaan tersebut yang dialami ketika menentang Chelsea pada Ogos. 

Firmino juga disenaraikan dalam skuad kebangsaan Brazil untuk menentang Colombia dan Argentina minggu hadapan, namun terpaksa dikeluarkan dari skuad kebangsaan dengan beliau sebelum ini sudah terlepas dua kali aksi minggu antarabangsa. 

ADMIN

Big blow for us. Get well soon Bobby. YNWA. 

Sumber : This Is Anfield

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football