Skip to main content

Liverpool Benam Atletico Madrid 2 - 0 Di Anfield : Selamba Melangkah Ke Pusingan Kedua UCL

Jaringan awal dari Diogo Jota dan Sadio Mane memastikan The Reds melangkah ke pusingan kedua kalah mati UCL dengan berbaki 2 lagi perlawanan. 


Perlawanan keempat UCL kali ini menyaksikan Klopp melakukan 5 pertukaran dengan Tsimikas, Matip, Fabinho, Alex Oxlade dan Jota disenaraikan dalam kesebelasan utama.


Manakala Atletico Madrid menyenaraikan Luis Suarez dan Correa dalam kesebelasan utama dengan Griezmann yang digantung perlawanan manakala Marcus Llorente mengalami kecederaan.


Liverpool tidak perlu menunggu lama untuk membuka jaringan, apabila satu hantaran lintang cantik oleh Trent tepat untuk ditanduk Jota dari jarak dekat seawal minit ke 13.

Dan hantaran lintang rendah yang dilakukan Trent itu sekali lagi membuahkan hasil apabila giliran Mane menyumbat gol kedua pada minit ke 21. 

Sebelah kanan Liverpool bagaikan bertenaga hari ini, dengan Oxlade melakukan percubaan namun tersasar dari pintu gol. 

Salah sentiasa memberikan ancaman kepada kawasan gol Atletico, dan menyebabkan Hermoso dilayangkan kad kuning awal. 

Namun Atletico sekali lagi terpaksa beraksi dengan 10 pemain, apabila Felipe pula kali ini dilayangkan kad merah atas bentesan dari belakang terhadap Sadio Mane sebelum babak kedua berakhir. 

Salah dan Jota masing masing mempunyai peluang untuk menambah gol di lewat separuh masa pertama perlawanan namun digagalkan oleh Oblak. 

Bersambung babak kedua, Firmino dibawa masuk untuk menggantikan Sadio Mane dengan pemain antarabangsa itu menjadi sasaran pemain lawan, yang mahukan beliau dilayangkan kad merah juga. 

Jota hampir berjaya menyumbat gol ketiga Liverpool di minit ke 50 hasil hantaran Matip dari tengah, namun hasil pemerhatian VAR mendedahkan Jota berada dalam kedudukan ofsaid terlebih dahulu. 

Perlawanan menjadi one way traffic, namun Jota gagal menolak masuk bola ke gawang hasil kuisan Mo Salah manakala Matip juga terlepas peluang apabila menyaksikan rembatan beliau sipi dari pintu gol.

Atletico juga hampir merapatkan jurang gol apabila rembatan Luis Suarez terkena Matip dan menerjah jaring namun dibatalkan kerana ofsaid. 

Firmino selepas itu mengalami kecederaan, dan Klopp membawa masuk Origi selepas itu. 

Di hujung babak perlawanan, Mo Salah mempunyai misi tersendiri untuk menambah gol peribadi dan berjaya mengucar gacirkan pertahanan Atletico dengan gerak lincah beliau. 

Misi balas dendam Liverpool terhadap Atletico Madrid akhirnya berjaya selepas wisel penamat ditiupkan, dengan skuad Diego Simeone hanya meninggalkan Anfield tanpa sebarang percubaan tepat ke gawang, 4 kad kuning dan 1 kad merah.

Dan Liverpool melangkah keluar dari apa orang kata .... Kumpulan Maut something .... Ke pusingan kedua kalah mati - dengan berbaki dua perlawanan. 

ADMIN

Tahniah Reds! Kejayaan yang hebat. Agaknya grup sebelah yang Group Of Death. YNWA. 

Comments

Popular posts from this blog

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football

Media : Harvey Elliot Tamatkan Musim Bersama Blackburn Rovers Dengan Gol Peribadi Ketujuh

Ianya perlawanan terakhir beliau bersama Blackburn Rovers musim ini selain daripada menyumbangkan 11 assist kepada pasukan. Meskipun beliau memulakan perlawanan di bangku simpanan, ianya tidak menghalang beliau untuk menyumbangkan satu gol sekaligus mengakhiri karier sementaranya bersama Blackburn dengan gaya tersendiri.  Beliau dibawa masuk ketika perlawanan berbaki 30 minit dan ketika itu Blackburn mendahului Birmingham dengan 3 - 2.  Dengan perlawanan berbaki 10 minit, Elliot melakukan larian dari sayap kanan ke kawasan tengah.  Beliau menyambut baik hantaran Corey Evans, sekaligus melakukan tendangan lob melepasi penjaga gol Birmingham untuk menjaringkan gol keempat Blackburn.  Saksikan. Setakat ini Elliot merupakan sumber kreatif buat pasukan Blackburn musim ini, selain daripada 7 gol, 11 assist dan baru berusia 18 tahun pada April lepas. Selepas ini Elliot akan kembali ke Liverpool dan berkemungkinan berlatih dalam skuad utama untuk pramusim.  Kreativiti beliau mungkin diperlukan