Gol sendiri Alisson, dengan masing masing jaringan oleh Fornal dan Zouma menghadiahkan kekalahan pertama The Reds dalam kempen liga musim ini.
Jurgen Klopp bertandang ke Kota London dengan menyenaraikan semula Robertson di bahagian pertahanan, dengan gandingan Fabinho Oxlade dan Henderson di tengah.
Hadapan? Macam la ada option terkuat lain. Haha.
Manakala West Ham pula menyenaraikan pemain utama mereka seperti Antonio, Fornal, Bowen dan juga Benrahma.
Belum pun sempat duduk menonton di hadapan TV, Liverpool dikejutkan dengan gol pendahuluan West Ham seawal minit 3 menerusi sepakan sudut lencong dan ditumbuk Alisson ke gawang sendiri setelah menerima tekanan Ogbonna dan Antonio.
Pemeriksaan oleh VAR juga mengesahkan mereka hanya memberi tekanan dan Alisson yang bersalah dalam hal itu.
Liverpool cuba bangkit untuk mengatur gerak permainan, tetapi West Ham kali ini bukanlah biasa biasa dengan lebih berdisiplin, melakukam early press sekaligus merencatkan build up.
Peluang pertama dimiliki Liverpool hanya hadir di minit ke 31, apabila tandukan Jota hasil hantaran lintang Hendo sedikit melewati palang.
Setelah puas mencuba, akhirnya Liverpool menjaringkan gol penyamaan di minit ke 39 menerusi sepakan percuma luar petak oleh Trent terus menerjah jaring.
Di masa kecederaan separuh masa pertama, Bowen hampir menguis masuk jarak dekat apabila menerima hantaran lintang pendek tetapi dihadang oleh VVD.
Bersambung babak kedua, West Ham hampir memperolehi gol kedua menerusi tandukan Rice menerusi sepakan sudut tetapi terkena palang di minit ke 49.
2 minit kemudian, hantaran lintang voli oleh Robbo tepat ke Mane di hadapan gol namun rembatannya ditepis Fabianski.
Minit ke 56 juga menyaksikan rembatan voli Mo Salah tinggi melewati palang.
Dan Liverpool dihukum sekali lagi dengan kehilangan bola di kawasan tengah, dengan Bowen melarikan bola ke final third dan lorongan untuk Fornal menyudahkan untuk West Ham mendahului di minit ke 67.
Liverpool terus dihukum dengan gol ketiga menerusi tandukan near post oleh Kurt Zouma hasil sepakan sudut di minit ke 74.
Klopp memasukkan Origi selepas itu, dan hasilnya Liverpool berjaya merapatkan jurang gol apabila hantaran pendek di hadapan petak, dikawal baik dan disudahkan beliau menerusi half volley di minit ke 82.
Dengan masa semakin mencemburui Liverpool, mereka sepatutnya mendapatkan gol penyamaan di minit akhir perlawanan dengan tandukan Mane hasil sepakan sudut hanya sipi sipi dari pintu gol.
Liverpool sepatutnya menyalahkan diri sendiri dan bukan Ole ketika wisel penamat dibunyikan sekaligus kekalahan pertama mereka dalam musim ini.
ADMIN
Sesuatu perlu dilakukan selepas ini dalam masa 2 minggu. Harap mereka akan bangkit nanti. YNWA.
Def skrg nmpak goyah,Matip X konsisten,elok lagi Konate, Fabinho semalam mcm lemau je,lembik semacam bila kena press,TAA biasalah...kelemahan dlm bertahan,gol ketiga tu blh je challenge dari melangok tgk bola...selagi X improve hal2 mcm ni..mmg X dptlh nk pegang piala..tp top 3 tu insyaAllah blh
ReplyDelete