Kali terakhir Atletico bertandang ke Anfield, mereka menang di masa tambahan. Tetapi kali ini mereka terdesak untuk dapatkan kemenangan di Anfield menentang "unbeaten team in campaign today".
LINEUP
Klopp memang tak akan ubah formasi kegemaran beliau, tetapi membawa masuk 5 muka baru dalam lineup dengan Tsimikas, Matip, Jota, Fabinho dan Oxlade Chamberlain.
Berani betul Klopp turunkan Ox. Tak takut kena kecam ke sebab biasanya fans tahu lagi lineup padu padu ni.
Simeone pula, menurunkan pemain dengan formasi 3 5 2 di atas kertas, tetapi dalam permainan sebenarnya 3 4 2 1.
Skuad Atletico tampil bukanlah dengan kekuatan utama mereka. Mereka dah kehilangan khidmat Kondogbia, Savic, Marcus Llorente dan Lemar berikutan kecederaan, manakala Griezmann pula digantung perlawanan berikutan layangan kad merah.
FIRST HALF
Dengan adanya Fabinho, Hendo kembali ke slot midfield kanan di hadapan Trent. Dan memberikan extra protection di bahagian Trent yang selalu menjadi sasaran.
Selain membolehkan Trent move forward ke atas. Boleh lihat kehadiran Hendo amat membantu bek kanan Liverpool.
Manakala peranan Oxlade pula, cut inside ke midfield untuk memberikan space buat Tsimikas juga bergerak ke hadapan.
Kenapa Tsimikas? Bukan Robbo?
Sign of versatility. Jurgen Klopp menurunkan pemain based on opponent tactical, bukan sebab favour Robbo atau Tsimikas. Atau Tsimikas ada simpan gambar Klopp mandi.
Other reason is depth. Enggan merisikokan Robbo musim ini dengan sentiasa diturunkan dan injury. By the same time, Tsimikas mula blended dengan tactical Liverpool.
Boleh saja Klopp turunkan Robbo, tapi Tsimikas is unpredictable. Mcm Jebon zup zap zup zap.
Atletico baik bila bertahan, tetapi terlalu bertahan di low block, dan rely dengan hantaran jauh untuk transition.
Bertahan terlalu ke bawah, giving much space untuk TAA melakukan cross tanpa ada sebarang pressing dari pemain Atletico.
Beri peluang untuk best RB in the world buat cross, adalah kesilapan besar buat Atletico dan Jota ibarat musang dalam reban Pak Ali, menanduk masuk gol awal.
Selepas gol pertama, Atletico masih berikan ruang yang besar buat Trent. Dan Liverpool mendahului dengan 2 gol selepas 20 minit, juga dari space yang sama.
Namun apa yang menariknya, Trent mampu melakukan cross low ke dalam petak dan Mane build up by Mane sendiri.
Dari kiri masuk ke kanan dan ke tengah. Power namati betul Liverpool sekarang.
Salah memang berada di wide area, dan sering menimbulkan masalah dengan quick feet. Klopp tahu defender akan heavily man mark Mo Salah, sekaligus membuka ruang buat Trent berada di empty space.
Hendo mencantikkan lagi movement di sekitar wide area, mungkin ini yang dipanggil flexible triangle oleh Klopp.
Wide area kiri Atletico terkopak habis, cuma Liverpool je tak clinical di hadapan gol.
Kali ini, turning point game bukanlah kepada kad merah Atletico. Bentesan dari belakang, dan intention bukan untuk merampas bola risiko kad itu sangat tinggi.
Cuma tak pasti samada kuning atau merah, tetapi red card adalah realistik.
Peminat Liverpool sebenarnya dah mula menggelabah puyuh, Liverpool pasti kena kambek lepas mendahului 2 gol awal dan tak akan score selepas lawan bermain 10 orang.
Tunjuk sikit macam mana puyuh menggelabah?
Memang pun. Atletico mengubah formasi mereka selepas layangan kad merah Felipe.
SECOND HALF
Liverpool berterusan menyerang untuk memburu gol ketiga, dan hampir sekali mendapatnya menerusi Jota, tetapi malangnya bulu tangan Jota terlalu panjang sedikit dan ofsaid. Malas betul nak trim.
Simeone tidak kekal dalam satu formasi selepas Felipe dibuang padang, dan mula mengatur strategi 4 4 1.
Atletico berpeluang melakukan kambek jika berjaya mendapatkan gol pertama, dan Suarez berpeluang meraikan di hadapan peminat di Anfield tetapi kali ini tengkuk pemain Atletico pula yang ofsaid.
Jangan pula trim tengkuk. Naya weh.
Ramai yang bertanya kenapa Mane dikeluarkan di separuh masa pertama.
Ketika itu Mane telah dilayangkan kad kuning, dan pemain Atletico menyasarkan Mane dengan provokasi menerusi physical foul untuk menaikkan darah Mane dan seterusnya menerima kad merah.
Percayalah, satu satunya situasi yang kita lihat Mane marah betul adalah masa Burnley vs Liverpool. Yang Mo Salah tak nak passing ke dia.
Nasib ada Milly masa tu.
Simeone ubah lagi formasi di hujung saingan, more to damaged control dan enggan bolos lagi rather than win. Dia tahu takleh nak menang pun.
KESIMPULAN
Liverpool lebih fluid sebenarnya di bahagian midfield, dan ini adalah Oxlade sebenar berbanding Oxlade ketika menentang Brighton.
Kehadiran tiga pemain yang fresh seperti Tsimikas, Jota dan Oxlade banyak memberi perbezaan dalam gameplay Liverpool.
Tapi bila Oxlade main okay, sedikit je orang nak puji dia. Bila dia main teruk, ada je fans cakap tak layak main dengan Liverpool. Pelik betul abang dengan statement diorang ni. Puji la sikit.
Kehadiran Fabinho, proper DM menjadikan Liverpool lebih solid. Dan impressive untuk defending before defender.
Kenapa Liverpool tak berjaya tambah gol?
Mereka dah cuba, namun Simeone dah kukuhkan defender dia balik dengan perubahan formasi.
Baideway kita harus menyantuni juara La Liga musim lepas, head to head record untuk Liverpool dan Atletico terlalu berat untuk mereka kejar. Apatah lagi bercakap pasal kutipan mata dalam kumpulan.
Job done. Settle.
The man in the mission adalah Trent. Yes, kadangkala dia buat mistake tetapi tengok juga siapa yang support dia masa bertahan. Dia juga yang mentransitionkan Liverpool dari bertahan ke menyerang.
Atletico harus membayar harga yang mahal untuk kekalahan di kali ini. Bayar dengan persembahan yang bagus la untuk perlawanan seterusnya.
Bukan bayar dengan ikan siakap RM 160/100 gram tu. Apa kaitan ikan siakap dengan Atletico? Kena bayar harga mahal cuma dari aspek berbeza
ADMIN
Dengan skuad yang depleted, memang sukar Atletico nak catat kemenangan di Anfield. Liverpool pula take advantage dengan gol awal tapi tak skor lagi lepas itu.
Agree to disagree tidak akan dipertimbangkan. Itu bukan nilai ambang sebenar.
Yang penting kita boleh berkepak depan fans lain yang masih terkial kial di UCL.
"Team ko dah layak ke peringkat kalah mati UCL? Belum? Hmmm lemah!" - Budak Tiktok -
Apapun YNWA.
Comments
Post a Comment