Skip to main content

Xavi Hernandez Melontarkan Pujian Buat Jurgen Klopp Dan Sadio Mane Di Liverpool

Barca semakin hampir untuk mendapatkan beliau selaku pengurus baru kelab, dan beliau sebelum ini amat berterus terang dengan pendapat beliau mengenai Liverpool.


Kelab Qatar, Al Sadd mengesahkan bahawa bekas pemain Barcelona itu menyatakan hasrat untuk kembali ke kelab Catalan itu selepas pemecatan Ronald Koeman sebagai pengurus. 

Dan Barca telah mengumumkan bahawa persetujuan telah dicapai pada awal pagi ini, dengan kelab menawarkan kontrak 3 tahun buat lagenda Barcelona itu. 

Dan Xavi sentiasa memuji perkembangan pasukan Liverpool dan salah seorang pemain amat menarik perhatian untuk pengurus berusia 41 tahun itu. 

Sadio Mane telah dianggap antara penyerang terbaik dunia buat ketika ini, dan sentiasa berterusan sejak beliau menyertai Liverpool pada 2016. 

Persembahan beliau di Liverpool sudah semestinya menarik minat kelab kelab besar di luar Eropah, termasuk Barcelona sendiri. 

Namun tiada sumber yang kukuh dengan hanya khabar angin, dan Xavi sendiri telah memberikan pandangan adakah Sadio Mane sesuai dengan Barcelona.

Pierre Emerick Aubameyang juga dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona, namun Xavi mendedahkan kedua dua pemain itu tidak sesuai dengan taktikal kelab Catalan itu.

Menurut Xavi menerusi Football365 tahun lepas :

"Mane dan Auba boleh menjaringkan gol jika jika diberikan ruang yang besar. Namun kami memerlukan pemain yang boleh bergerak di ruang yang kecil".

"Saya sedang memikirkan pemain terbaik untuk Barcelona, tetapi bukan mudah untuk mendapatkan pemain itu. Luis Suarez adalah sebaik Samuel Eto'o pada zamannya buat masa sekarang".

Ianya bukan pertama kali Xavi memuji pasukan Liverpool dan juga usaha yang dilakukan Jurgen Klopp buat masa sekarang. 

Ketika Piala Kelab Dunia 2019 di Qatar, ketika itu Xavi baru 5 bulan menjadi pengurus kelab beliau menyatakan corak permainan yang diterapkan Jurgen Klopp dan apa yang menyebabkan Liverpool amat sukar untuk ditewaskan.

"Apa yang menarik minat saya terhadap Klopp dan Liverpool adalah intensiti pasukan".

"Intensiti yang dilakukan di bahagian serangan dan pertahanan, tekanan pantas oleh barisan serangan yang mengawal ruang di garisan pertahanan dan mereka melaksanakan tugas mereka di sana".

"Mereka pasukan yang sukar untuk diserang. Sangat kukuh dari segi fizikal. Mereka sentiasa memenangi second ball dan bekerja keras dalam taktik perlawanan. Mereka sangat dominan di pelbagai posisi".

"Transition ketika menyerang dan bertahan mereka amat sempurna, bagaimana mereka bertahan, bagaimana mereka memainkan bola di belakang, bagaimana mereka menyerang balas, kepantasan dan intensiti yang dilakukan Klopp amat baik".

"Tekaan saya Klopp mungkin mahukan yang terbaik dari mereka menerusi sesi latihan. Bagaimana beliau menyuntik semangat pemainnya amatlah mengagumkan".

ADMIN

Adakah Liverpool akan menentang Barca lagi dalam UCL nanti? Pujian yang baik. 

Sumber : Liverpool Echo

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football