Beliau dikeluarkan sejurus selepas dibawa masuk pada separuh masa kedua ketika menentang Atletico Madrid dalam UCL.
Hasil pemeriksaan lanjutan mendedahkan beliau mengalami kecederaan hamstring yang serius, dengan beliau akan tersisih dalam jangka masa agak lama sekaligus tidak akan menyertai skuad kebangsaan Brazil pada minggu hadapan.
Ianya kecederaan kedua melibatkan hamstring terhadap Roberto Firmino, yang sebelum ini tersisih selama sebulan pada Ogos lepas ketika pertemuan menentang Chelsea.
Menurut Klopp menerusi sidang media :
"Perkhabaran Bobby tidak baik di mana beliau mengalami kecederaan hamstring yang serius, sangat tidak bernasib baik".
"Kami tidak tahu berapa lama lagi beliau akan tersisih, tetapi yang pasti beliau tidak akan kembali selepas minggu perlawanan antarabangsa. Kami akan memantau perkembangan beliau".
"Kehilangan Bobby Firmino amat sukar buat kami. Kami telah mengetahuinya 2 hari lepas".
"Kita bercakap mengenai beberapa minggu, mungkin lebih dari empat minggu. Saya anggap ianya satu kecederaan serius. Selepas itu kami akan memantau perkembangannya. Bobby adalah pemain yang cepat pulih".
Liverpool juga tidak dapat menggunakan khidmat Joe Gomez dan Curtis Jones untuk perlawanan menentang West Ham hujung minggu ini.
Gomez tersisih dari perlawanan menentang Atletico berikutan kecederaan betis manakala Jones mengalami kecederaan mata ketika sesi latihan.
Namun Klopp yakin kedua dua pemain itu akan kembali selepas cuti perlawanan antarabangsa, memandangkan mereka tidak terlibat dalam aksi antarabangsa buat masa ini.
Tambah Klopp :
"Curtis sangat tidak bernasib baik. Cerita yang berbeza. Matanya tercalar oleh jari seseorang ketika sesi latihan".
"Saya berhadapan dengan banyak kecederaan melibatkan pemain sepanjang tempoh menjadi pengurus, namun ini tidak termasuk. Beliau sedang menjalani pemulihan tetapi kami harus memantau keadaannya dahulu".
"Dan Joey, kita berharap beliau akan kembali selepas perlawanan antarabangsa ini".
ADMIN
Lebih sebulan, itu lama. GWS Bobby. YNWA.
Sumber : Liverpool Echo
GWS bobby
ReplyDeleteX perlah..faham sbb Bini baru bersalin..Kasi canlah cuti
ReplyDelete