Skip to main content

NON LFC : Nuno Espirito Santo Dipecat Dari Jawatan Pengurus Spurs - Conte Bersedia Ambil Alih

Kekalahan 3 - 0 ke atas Man United merupakan sesuatu yang sukar diterima oleh lembaga pengarah Spurs, yang telah mencari calon pengganti untuk Nuno.


Nuno dipecat dari jawatan pengurus dengan hanya 4 bulan menjadi pengurus Spurs, dan Antonio Conte disebut sebut sebagai pengganti beliau.

Beliau menggantikan kerusi panas yang ditinggalkan Mourinho, dengan kontrak 2 tahun bersama kelab London tersebut. 

Namun kontrak pengurus dari Portugal itu ditamatkan lebih awal susulan kekalahan 3 - 0 ke atas Man United, dengan kelab itu dipisahkan 10 mata dari pendahulu liga Chelsea selepas 10 perlawanan. 

Pengumuman itu dilakukan oleh laman rasmi Spurs, yang mengesahkan Nuno bersama sama staf beliau seperti Ian Cathro, Rui Barbosa dan Antonio Dias turut akan dikeluarkan dari jawatan kelab. 

Menurut kenyataan oleh pengarah urusan kelab Fabio Paratici :

"Saya tahu Nuno bersama staf kejurulatihan beliau mahukan kejayaan kepada kelab ini, namun kami terpaksa melakukan keputusan ini".

"Nuno adalah individu yang matang dan sentiasa dialu alukan ke sini. Kami harus berterima kasih dengan beliau bersama staf kejurulatihan beliau dan semoga berjaya di masa hadapan".

Nuno mengendalikan 17 perlawanan bersama Spurs setakat ini dengan mencatatkan 9 kemenangan, 2 seri dan 7 kekalahan.

5 kekalahan dicatatkan dalam EPL dengan Spurs tewas kepada West Ham, Crystal Palace, Chelsea, Arsenal dan Man United. 

Spurs musim ini juga mencatatkan rekod kedua terburuk dalam melakukan percubaan dan juga mencipta peluang dalam EPL, dengan rekod  kekalahan 3 gol atau lebih paling banyak berbanding kelab EPL lain.

Sebelum ini kelab itu mempertimbangkan untuk mendapatkan khidmat Gattuso, Paulo Fonseca dan Antonio Conte sebelum beralih untuk mendapatkam khidmat Nuno. 

Difahamkan Spurs telah menghubungi dan berbincang dengan Antonio Conte, di mana Paratici berminat untuk membawa beliau bagi menstabilkan situasi di Spurs setelah sebelum ini bekerjasama di Juventus. 

Pengumuman rasmi dijangka dilakukan kelab dalam masa terdekat, sebelum perlawanan menentang Everton. 

ADMIN

Tak sampai setengah musim, terus lembaga pengarah bertindak. Paling banyak bertukar manager dah. 

Sumber : Goal.com

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football