Beliau menjawab persoalan di mana terdapat cadangan supaya Andy Robertson digugurkan dari pilihan utama bek kiri untuk memberi laluan kepada Tsimikas.
Robertson sebelum ini mengalami kecederaan buku lali semasa permulaan kempen, melalui prestasi turun naik selepas itu dan tidak diturunkan dalam perlawanan menentang Atletico Madrid pada pertengahan minggu ini.
Tsimikas beraksi dengan baik dalam perlawanan tersebut, dan kini telah melakukan 6 penampilan bersama Liverpool - dua kali lebih banyak dari musim pertama beliau yang dirundung kecederaan.
Ini mendorong kepada pendapat peminat supaya Tsimikas diberikan tempat dalam slot kesebelasan utama bek kiri Liverpool dan Andy Robertson wajar digugurkan ke bangku simpanan.
Menurut Klopp :
"Kostas semakin hampir kerana jika pemain itu berada di bangku simpanan, mereka sangat hampir untuk diturunkan dan itu sebabnya mereka di bangku simpanan".
"Kostas memiliki kualiti tersendiri namun saya tidak sukakan perbandingan ini dilakukan di mana kami masih di awal saingan".
"Apa yang dimaksudkan dengan "menyaingi Andy Robertson?" Kostas sendiri menyaingi Andy Robertson ke tahap terbaik dan selalu melakukannya, di mata saya Robbo merupakan bek kiri terbaik di dunia buat masa sekarang".
"Namun ianya sangat bagus jika dapat memberi pilihan untuk Robbo berehat buat sementara, walaupun beliau tidak sukakan dan memerlukannya".
"Kami perlukan kedua dua kualiti pemain yang sedia ada, dan jika anda memiliki kualiti yang dimiliki Kostas anda harus berikan beliau peluang sekali sekala bermain".
"Beliau memerlukan masa panjang untuk memahami corak permainan kami, apa yang beliau perlukan dan kini proses itu telah selesai".
"Sudah jelas beliau pemain yang baik dan kami bertuah dapat memiliki beliau".
ADMIN
No doubt, Robbo adalah first choice dan Kostas adalah back up buat masa sekarang dengan kualiti tersendiri.
Sumber : Liverpool Echo
Comments
Post a Comment