Skip to main content

West Ham Sedia Menunjukkan Apa Yang Mereka Dapat Lakukan Ketika Menentang "Top Team"

David Moyes mendedahkan bahawa mereka layak untuk berada di kedudukan liga buat masa sekarang. 


Beliau telah membantu kelab untuk menduduki tangga keenam EPL musim lepas - sekaligus layak ke Europa League musim ini dan kini menunjukkan prestasi yang baik sejak kempen permulaan musim. 

The Hammers akan melayani kunjungan Liverpool awal pagi esok, dan tahu sekiranya mereka mencatatkan kemenangan mereka akan berada di atas Liverpool di tangga ketiga dan menyamai kutipan mata bersama Man City.

Malah jika tewas sekalipun, mereka masih kekal di Top 4 EPL dan mempunyai perbezaan gol yang besar walaupun Arsenal mencatatkan kemenangan ke atas Watford. 

Menurut Moyes :

"Kami merasakan kami berada di landasan yang tepat".

"Kualiti pemain yang kami miliki, kami berjaya mendapatkan pemain antarabangsa yang baik; pemain dari Spain, France, England, pemain dari Republic Czech dan juga dari negara Afrika. Ianya perubahan yang menakjubkan".

"Mereka dibawa masuk kerana kualiti yang dimiliki mereka dan apa yang mereka sumbangkan untuk kelab dan pasukan adalah sangat sangat bagus".

West Ham menyasarkan untuk mara ke kejohanan UCL musim lepas, namun antara kelemahan yang mereka miliki adalah gagal untuk menewaskan satupun pasukan "Big Six" pada musim lepas. 

Musim ini menyaksikan mereka telah menewaskan Spurs, manakala menyingkirkan pasukan "Puak Manchester" dari kejohanan Carabao Cup baru baru ini. 

Dan Moyes tahu perlawanan menentang Liverpool adalah kayu pengukur buat pasukannya adalah mereka boleh beranjak dari kedudukan Top 6 dan memecah masuk dominasi dalam Top 4. 

Tambah Moyes :

"Anda pastinya mahu meraih mata dari pasukan yang kini bersaing di kedudukan anda".

"Anda menjangkakan Liverpool adalah salah satu pasukan. Tetapi saya memikirkan beberapa pasukan lain lagi, dalam 6 atau 7 pasukan yang kini saling bersaing".

"Meraih mata penuh dalam setiap perlawanan adalah sesuatu yang paling penting. Musim sebelumnya kami berakhir di kedudukan 16, kami berjaya melakukan perubahan dan kedudukan itu berubah musim lepas".

"Buat masa sekarang perubahan hanya dipisahkan dengan kedudukan di dalam liga, jadi ianya makin sukar. Namun ianya satu cabaran buat pemain kami".

"Kami akan menentang pasukan yang bagus pada hari ini. Ianya sukar buat kami tetapi pada masa yang sama ianya cabaran buat pemain kami untuk menunjukkan apa yang mereka mampu lakukan dan tunjukkan".

"Kami harus percaya untuk mencabar dan menentang mereka. Kami telah lakukan ketika perlawanan menentang pasukan pasukan lepas".

ADMIN

West Ham United bukanlah lawan yang mudah. Harap Liverpool mampu atasi cabaran ini. YNWA.

Sumber : This Is Anfield

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football