Skip to main content

Media : Fernando Torres Memberikan Mesej Kepada Peminat Liverpool Ketika Berada Di Anfield

Beliau menyaksikan perlawanan antara Liverpool dan Atletico Madrid yang berkesudahan dengan kemenangan 2 - 0 untuk The Reds. 


Bekas penyerang Liverpool itu mengakui amat gembira dapat kembali ke Anfield pada perlawanan itu. 

Torres yang berusia 37 tahun, adalah antara bekas pemain Liverpool yang hadir menyaksikan perlawanan di antara Atletico dan juga Liverpool.

Beliau kini adalah sebahagian dari staf kejurulatihan Atletico, dan menyaksikan skuad bimbingan beliau tewas 2 - 0 kepada Liverpool Bawah 19 Tahun dalam perlawanan lebih awal dalam UEFA Youth League.

Dan menjelang sepakmula perlawanan di Anfield, beliau menyampaikan mesej kepada peminat Liverpool dengan Torres sendiri berada di dalam stadium pada ketika itu. 


Sebelum ini Torres menyertai Liverpool dari Atletico Madrid pada 2007, sekaligus menjadi pujaan peminat selama 4 musim di Merseyside. 

Beliau akhirnya kembali ke Atletico Madrid pada 2015 2016, setelah bersama Chelsea dan Milan sebelum itu hinggalah 2018. 

Penyerang prolifik ini menjaringkan 81 gol dari 142 penampilan bersama Liverpool, dan berada di kedudukan 23 dalam senarai penjaring terbanyak kelab sepanjang masa. 

ADMIN

Welcome back to Anfield, Fernando Torres. YNWA. 

Sumber : Liverpool Echo

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football