Skip to main content

Diego Simeone Menjelaskan Mengapa Beliau Tidak Berjabat Tangan Dengan Klopp Selepas Perlawanan

Beliau menjelaskan situasi itu selepas ramai peminat bolasepak menyaksikannya terus masuk ke dalam bilik persalinan tanpa mengendahkan Klopp. 


Diego Simeone ketika itu enggan bersalaman dengan Klopp, di mana Liverpool ketika itu mencatatkan kemenangan 3 - 2 ke atas Atletico Madrid di Wanda Metropolitano. 

Ianya menjadi perdebatan di kalangan peminat bolasepak, dan tidak hairan menjelang pertembungan kedua dua pasukan di Anfield pada awal pagi esok Simeone ditanya lagi mengenai situasi tersebut. 

Menurut Simeone menerusi Mirror :

"Saya telah menjelaskan segala galanya ketika perlawanan pertama dahulu".

"Saya tidak suka untuk berjabat tangan selepas perlawanan, kerana emosi selepas perlawanan dan emosi dalam fikiran adalah berbeza sama sekali".

"Jadi saya tidak sukakan ucapan tahniah selepas perlawanan".

"Saya tahu di UK ia merupakan tradisi dan juga rasa penghormatan kepada lawan. Namun saya tidak merasainya dan saya rasa ianya bukan satu kesalahan. Jadi saya akan menjadi diri saya sendiri".

"Secara individu saya tidak berapa kenal akan Klopp, namun saya tahu beliau adalah jurulatih yang hebat di mana mana beliau berada".

"Saya tidak memberikan pendapat dengan pasukan lain. Kami adalah jurulatih dan sentiasa menghormati satu sama lain".

ADMIN

Ikut mana kata kamu la Simeone. 

Sumber : This Is Anfield

Comments

Popular posts from this blog

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football

Media : Harvey Elliot Tamatkan Musim Bersama Blackburn Rovers Dengan Gol Peribadi Ketujuh

Ianya perlawanan terakhir beliau bersama Blackburn Rovers musim ini selain daripada menyumbangkan 11 assist kepada pasukan. Meskipun beliau memulakan perlawanan di bangku simpanan, ianya tidak menghalang beliau untuk menyumbangkan satu gol sekaligus mengakhiri karier sementaranya bersama Blackburn dengan gaya tersendiri.  Beliau dibawa masuk ketika perlawanan berbaki 30 minit dan ketika itu Blackburn mendahului Birmingham dengan 3 - 2.  Dengan perlawanan berbaki 10 minit, Elliot melakukan larian dari sayap kanan ke kawasan tengah.  Beliau menyambut baik hantaran Corey Evans, sekaligus melakukan tendangan lob melepasi penjaga gol Birmingham untuk menjaringkan gol keempat Blackburn.  Saksikan. Setakat ini Elliot merupakan sumber kreatif buat pasukan Blackburn musim ini, selain daripada 7 gol, 11 assist dan baru berusia 18 tahun pada April lepas. Selepas ini Elliot akan kembali ke Liverpool dan berkemungkinan berlatih dalam skuad utama untuk pramusim.  Kreativiti beliau mungkin diperlukan