Skip to main content

TAA : "Memberikan Lawan Peluang Untuk Comeback Adalah Sesuatu Yang Perlu DiPerbaiki"

Beliau mendedahkan misi The Reds pada musim ini sambil menyatakan situasi yang perlu mereka baiki segera. 


Trent mengakui bahawa Liverpool tidak lagi boleh memberikan ruang untuk pasukan lawan bangkit dalam semua perlawanan, dengan menyasarkan untuk meraih kejayaan lebih baik pada musim ini.

Skuad Jurgen Klopp memulakan musim ini dengan sangat baik, dengan tidak tewas dalam 25 perlawanan secara berterusan seterusnya berada di landasan yang baik untuk meraih kejuaraan liga semula musim ini. 

Chelsea dan Man City merupakan pencabar utama Liverpool untuk mendakap kejuaraan itu lagi, dengan kedua dua pasukan membuktikan kualiti yang dimiliki untuk bersaing di kelompok atasan.

Jurang yang agak rapat menyebabkan ketika ini agak sukar untuk memilih calon juara lebih awal, namun Liverpool harus mengatasi masalah di mana membenarkan lawan untuk melakukan comeback semula dalam perlawanan. 

Petanda awal adalah ketika keputusan seri 3 - 3 ketika menentang Brentford, disusuli dengan keputusan seri ke atas Man City dan juga Brighton baru baru ini. 

Beliau tahu Liverpool tidak sepatutnya memberikan ruang buat Brighton untuk bangkit setelah mendahului 2 gol, Trent menggesa rakan sepasukan untuk memperbaiki kesilapan itu dengan cabaran liga kini semakin sukar.

Menurut Trent menerusi Mirror :

"Minggu lepas amat memgecewakan buat kami".

"Mendahului 2 gol, kami adalah sebuah pasukan yang bagus dengan kualiti yang kami miliki tetapi kami tidak sepatutnya memberikan mereka peluang untuk bangkit".

"Namun kami tidak fikirkan mengenai kedudukan liga, dengan kami masih berada di landasan yang tepat".

"Terdapat lebih banyak kejohanan yang kami masih sertai ketika ini berbanding musim 2019 2020 - di mana hanya kami dan Man City mengekalkan persaingan ketika itu".

"Pada pendapat saya, belum lagi tewas musim ini adalah satu perkara yang konsisten. Namun kami tidak boleh kehilangan mata seperti minggu lepas".

"Kami harus kekalkan rentak kemenangan. Dan selepas Krismas, Februari dan Mac tekanan begitu tinggi dalam setiap perlawanan tersebut".

Liverpool berpeluang merapatkan jurang kepada 1 mata dengan Chelsea jika berjaya mencatatkan kemenangan ke atas West Ham United pada hari ini.

Meskipun sasaran skuad Klopp adalah untuk merampas semula kejuaraan liga, namun Trent mendedahkan mereka juga mahukan kejayaan dalam kejohanan lain ketika ini. 

"Kami memerlukan semua orang untuk membantu kami musim ini, namun kami mahu pergi lebih jauh untuk menjulang kejuaraan EPL, UCL dan piala piala lain pada musim ini".

"Kami mahu berada di tahap terbaik dan membuktikan kami adalah pasukan berkelas dunia - pasukan yang sentiasa meraih trofi setiap musim".

ADMIN

Tinggi cita cita diorang, tapi mulakan dengan memperbaiki masalah sedia ada dahulu. YNWA.

Sumber : Liverpool Echo

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football