Skip to main content

Divock Origi Dipanggil Untuk Skuad Kebangsaan Belgium Buat Pertama Kali Sejak Setahun

Belgium akan berhadapan dengan Wales dan Estonia dalam perlawanan antarabangsa minggu hadapan. 


Sebelum ini beliau bukanlah dalam perancangan Jurgen Klopp, sebelum menunjukkan prestasi yang baik - dan sukar mendapatkan minat pengurus Belgium Roberto Martinez.

Namun dengan kecederaan Romelu Lukaku dan Mitch Batshuayi ketika ini, Origi dipanggil untuk membantu skuad kebangsaan Belgium bersama sama Christian Benteke dan pemain baru Dante Vanzier. 


Menurut Martinez :

"Ketiadaan Lukaku dapat diselesaikan dengan cara tertentu".

"Penyerang target man, saya fikirkan Benteke, Origi, Vanzier dan Trossard adalah lebih dinamik, walaupun tidak dapat menggantikan Lukaku ketika ini".

Origi melakukan 102 minit penampilan dalam 3 perlawanan terakhir, dengan kini telah melakukan 259 minit permainan bersama Liverpool dengan 2 gol dan 2 assist. 

Dengan Firmino akan tersisih selama lebih 4 minggu berikutan kecederaan hamstring, mendapatkan minit sekaligus membina keyakinan beliau kembali adalah amat penting buat masa sekarang. 

Kali terakhir Origi melakukan penampilan bersama Belgium adalah pada Oktober 2020, dengan dibawa masuk dalam 22 minit terakhir perlawanan persahabatan menentang Ivory Coast. 

Origi tidak pernah menjaringkan gol dalam perlawanan antarabangsa sejak 2014, dan beliau tidak mempunyai masa yang banyak untuk mengakhiri kemarau gol itu dengan harus bermain lebih baik jika diberikan peluang oleh Roberto Martinez. 

Beliau akan menyertai Jordan Henderson, Trent Alexander Arnold, Alisson, Fabinho, Diogo Jota, Mo Salah dan Sadio Mane dalam skuad kebangsaan pada minggu hadapan. 

ADMIN

Prestasi yang baik akan membuahkan hasil. Good luck Divock. 

Sumber : This Is Anfield

Comments

  1. Borgata Hotel Casino & Spa Announces Opening of Sportsbook at
    Borgata Hotel Casino & Spa will 김포 출장샵 open 구리 출장샵 its new sportsbook at 1 Borgata Way to celebrate the launch of sports 경주 출장샵 betting at its property in Atlantic 보령 출장샵 City, 태백 출장샵

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football