Skip to main content

Jordan Henderson Mengakui Bahawa Beliau Masih Berhubung Dengan Luis Suarez

Kapten Liverpool itu menyertai Liverpool pada 2011, selepas Luis Suarez menyertai kelab dan akhirnya meninggalkan Liverpool pada 2014.


Dan beliau mengakui masih berhubung dengan Luis Suarez ketika ini, menjelang pertembungan antara Liverpool dan Atletico Madrid awal pagi esok. 

Sebelum ini Suarez dan Henderson telah diturunkan dalam perlawanan pertama antara kedua dua kelab itu 2 minggu lepas, dengan Liverpool mencatatkan kemenangan 3 - 2 di Wanda Metropolitano.

Dan Suarez berkemungkinan besar diturunkan dalam perlawanan ini, berikutan penggantungan Antione Griezmann kerana menerima layangan kad merah 2 minggu lepas. 

Suarez bersama Henderson di Liverpool selama 3 musim, setelah tiba 6 bulan lebih awal dari kapten Liverpool itu. 

Selepas sedekad, Hendo sekarang merupakan kapten Liverpool yang telah membantu kelab menjulang trofi UCL dan juga EPL, dengan Liverpool telah menumpaskan Barca di Anfield di mana ketika itu kali pertama Suarez menentang kelab lamanya secara kompetitif.

Henderson mendedahkan Suarez telah membantu beliau dalam perkembangan kariernya, dan tidak sabar untuk bertemu beliau semula awal pagi esok. 

Menurut Hendo :

"Kami semua tahu beliau adalah pemain yang hebat ketika ini".

"Beliau mencipta banyak momen terhebat bersama Liverpool dan saya banyak belajar dari beliau".

"Saya amat rapat dengan beliau, pemain berkelas dunia dan mencipta banyak masalah di pertahanan lawan".

"Kami harus berhati hati kerana beliau adalah pemain yang amat bagus ketika berhadapan dengan beliau".

"Beliau banyak membantu kami dari segi mentaliti dalam latihan, beliau sentiasa mahu menang dan mengharungi kesakitan. Beliau hanya mahu bermain".

"Beliau banyak membantu saya".

Suarez sebelum ini diejek oleh peminat Liverpool ketika bangkit untuk menewaskan Barcelona 4 - 3 dalam separuh akhir UCL 2018 2019, dengan dituju juga kepada bekas pemain Phil Coutinho dan juga Lionel Messi. 

Namun Hendo berpendapat kali ini beliau akan diterima dengan baik oleh peminat Liverpool pada awal pagi esok.

"Apa yang beliau pernah lakukan di sini adalah sangat hebat. Peminat tahu akan itu".

"Selepas perlawanan, ianya amat bagus jika beliau menerima tepukan gemuruh dari peminat".

Liverpool tahu kemenangan ke atas Atletico Madrid awal pagi esok akan mengesahkan mereka ke peringkat seterusnya dalam UCL. 

ADMIN

Apa pandangan anda sekalian? Once Reds always Reds right?

Sumber : Daily Mirror

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football