Skip to main content

Luis Suarez Mengimbau Semula Saat Cuba Meninggalkan Liverpool Pada 2012 Dan 2013

"Apa yang mereka hisap di Emirates ketika ini? Ayat John W Henry apabila mendengar Arsenal berusaha keras untuk membawa keluar Luis Suarez daripada Liverpool pada musim panas 2013.


Pemain berusia 34 tahun itu akan kembali ke Liverpool buat kali kedua sejak meninggalkan kelab pada 2014, bersama Atletico Madrid yang akan bermain untuk perlawanan keempat peringkat kumpulan dalam UCL. 

Ianya merupakan kejohanan yang tidak pernah disertai Suarez dalam masa 3 setengah tahun kariernya bersama Liverpool, dengan Arsenal ketika itu mahu membawa beliau keluar dari Liverpool sambil menawarkan tempat dalam kejohanan elit Eropah itu. 

Bidaan setinggi £40 + 1 oleh Arsenal telah mengaktifkan klausa pelepasan beliau ketika itu, namun keinginan beliau telah dinasihati oleh Steven Gerrard sendiri dengan beliau boleh mendapatkan sasaran yang lebih tinggi dari itu jika kekal di Liverpool untuk semusim lagi. 

Setahun sebelum itu, beliau memerlukan jaminan dari Brendan Rodgers selepas mengambilalih tampuk pengurus dari Kenny Daglish pada 2012, dan ketika itu terdapat beberapa tawaran lumayan untuk beliau. 

Menurut Suarez menerusi UEFA :

"Saya berada setahun setengah di Liverpool ketika Brendan Rodgers mengambilalih tampuk pengurusan pada Julai 2012".

"Ketika itu juga saya berpeluang untuk menyertai kelab lain, namun Brendan Rodgers menghubungi ketika saya sedang bercuti di Uruguay dan memikirkan apa langkah seterusnya buat kelab".

"Beliau mahu menstrukturkan semula kelab dan filosofinya, beliau mahu kelab ini kembali ke UCL dan berjuang untuk meraih trofi dan mahukan pasukan bermain dengan bagus".

"Beliau mahukan saya mempercayai apa yang beliau lakukan. Dan ianya perbualan yang sangat bagus".

"Saya sukakan keyakinan Rodgers, filosofi beliau yang mahu dilakukan dan saya memberitahu ejen bahawa saya enggan berpindah dahulu, dan saya mahukan peluang untuk menyerlah di Liverpool".

Musim pertama Rodgers tidaklah begitu baik, di mana Liverpool hanya mengakhiri liga di tangga ketujuh, dan percubaan kedua Suarez meninggalkan Liverpool memerlukan Gerrard sebagai penasihat ketika itu.

"Musim itu bukanlah musim terbaik untuk kami, namun ideanya sangat jelas".

"Ketika itu saya mahu menyertai Arsenal, dengan kelab itu sentiasa berada dalam kejohanan UCL".

"Saya telah berbincang dengan jurulatih, dengan Gerrard sekali. Beliau adalah individu yang meyakinkan saya".

"Saya memberitahu beliau saya mahu sentiasa menjadi yang terbaik, dan mahu bermain dalam UCL".

"Jadi beliau berkata jika situasi kelab berubah dan anda berada di tahap terbaik, anda akan berada di Bayern, Real Madrid, Barca atau mana mana kelab yang anda mahukan. Kekal untuk setahun lagi".

"Dan musim itulah, kami sangat hampir untuk menjuarai EPL. Saya sangat berterima kasih kepada pasukan, terutama Brendan Rodgers di mana filosofi dan keyakinan beliau sebagai jurulatih ketika itu".

Akhirnya Suarez berhijrah ke Barca dengan nilai £75 juta pada 2014, setelah bersama Liverpool dalam 133 perlawanan. 

Steven Gerrard membuktikan nasihat beliau amat tepat. 

ADMIN

Dan kini beliau kembali semula ke Anfield. Namun sebagai pemain Atletico. 

Sumber : This Is Anfield.

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football