Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2020

Analisis : Thiago Bukanlah Creator Tetapi Lebih Kepada Stabiliser

REVIEW GAME SEMALAM Berdasarkan game semalam, Kita briefly review skit game semalam. Liverpool nampak struggle utk penetrate gol Arsenal especially first half. Kredit kpd Arsenal discipline def work & Arteta.  Plus, LFC sendiri mmg mati akal especially first half dengan ketiadaan Arnold & our captain.   First half Liverpool main 4-3-3 then second half LFC main 4-2-3-1. Arsenal main line up 3-4-3 most of the time.  LFC main attack guna wingback first half then baru lah try utk penetrate tengah. While Arsenal def very high line first half and be so deep in second half.  Kalau ada Arnorld and Hendo mesti game jadi lain. Tapi harus diingat, Arsenal pon not full strength jugak. EXAGGERATE OF THIAGO  Bila bercerita pasal LFC unable utk score, mulalah semua suruh ambik cepat2 Thiago.  Pada asasnya, Thiago tidak akan memberi sebarang keburukan kalau LFC beli. Bahkan akan menjadi bertambah baik.  Namun, nak cakap beli Thiago LFC dapat free

Trevor Sinclair Mengkritik Strategi Perpindahan Liverpool Musim Ini.

Setakat ini Liverpool hanya melakukan satu pembelian dengan membawa masuk Kostas Tsimikas dari Olympiacos.  Kostas Tsimikas merupakan satu satunya pembelian baru untuk musim ini buat masa sekarang. Sumber : Gettyimages Dan bekas pemain Man City itu mengkritik strategi perpindahan Liverpool pada musim ini. Liverpool dikaitkan dengan beberapa pemain berprofil tinggi seperti Thiago Alcantara namun difahamkan pemain itu bukanlah sasaran yang aktif buat masa sekarang. Namun Sinclair percaya Liverpool harus berbuat sesuatu dalam pasaran perpindahan sambil mempersoalkan peranan James Milner dan Joe Gomez dalam kesebelasan utama Liverpool sekarang.  Menurut Sinclair menerusi Talksport : "Liverpool tidak sempurna 100%. Mereka hanya menandatangani seorang pemain iaitu Tsimikas". "Saya berpendapat Klopp terlalu berkeras kepada media apabila mereka membincangkan mengenai kontrak Wijnaldum yang tinggal setahun lagi. Terdapat potensi Thiago Alcantara akan

Analisa Taktikal Liverpool vs Arsenal ( Community Shield ) : Tactical Battle Klopp v Arteta

Perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1 - 1 tetapi Liverpool tewas menerusi sepakan penalti untuk Arsenal menjulang Perisai Komuniti 2020. Robbo menguap ke apa? Sumber : Getty images Lineup Pasukan Liverpool memulakan perlawanan dengan formasi biasa, 4 - 3 - 3. Macam biasa la.  Manakala Arsenal dengan formasi 3 - 4 - 3. Sekali dia bawa Saka da .... First Half  Antara weakness awal Liverpool dalam perlawanan ini adalah kehilangan dua pemain utama, TAA dan Henderson. Klopp terpaksa menurunkan buat Neco Williams. Aubameyang pula kali ini stay di wide area, tujuan untuk tarik Neco keluar dari tight defending dan push untuk attack half space kiri Liverpool.  Dan ianya memberikan gol pendahuluan buat Arsenal apabila Auba berjaya menarik Neco keluar dari posisi untuk beliau melakukan percubaan.  Tambahan pula, Neco lack support dari pemain tengah Neco terlalu baik untuk Auba Poin lain adalah apabila Liverpool kehilangan Trent, mereka

Klopp Mahukan Lebih Daripada Takumi Minamino Selepas Jaringan Pertama Bersama Liverpool

Dan beliau dicabar oleh Klopp untuk memberikan impak buat kelab untuk musim ini. Takumi Minamino menjaringkan gol penyamaan buat Liverpool ketika aksi Perisai Komuniti semalam. Foto : Gettyimages Sebelum ini Minamino melalui masa sukar setelah berhijrah dari RB Salzburg pada Januari lepas.  Namun jaringan gol penyamaan beliau semalam mengakhiri kemarau gol yang dihadapinya sejak ke Liverpool FC.  Selepas perlawanan, Jurgen Klopp melabelkan ianya satu langkah yang penting untuk pemain antarabangsa Jepun itu, dengan mahukan beliau melangkah lebih jauh bagi menghadapi musim pertama penuhnya di EPL.  Menurut Klopp : "Ianya hari yang bermakna buat kami dan beliau". "Kekurangan beliau sebelum ini adalah tidak menjaringkan gol. Beliau banyak mencipta peluang dan berada dalam kecergasan yang terbaik". "Gol itu adalah langkah besar buat beliau. Saya amat gembira buat beliau dan amat penting buat beliau dalam kariernya". "Ta

Jurgen Klopp Mengambil Tanggungjawab Di Atas Kegagalan Penalti Rhian Brewster

Penyerang muda itu dimasukkan di lewat permainan namun gagal menyempurnakan penalti sekaligus memberikan Arsenal kejuaraan Perisai Komuniti.  Brewster gagal menyempurnakan sepakan penalti ketiga semalam. Foto : Gettyimages Dan Jurgen Klopp memikul tanggungjawab di atas kegagalan Rhian Brewster itu. Dengan kedudukan terikat 1 - 1 ketika itu, Jurgen Klopp memasukkan Rhian Brewster bagi menggantikan Gini Wijnaldum khas untuk penentuan sepakan penalti.  Namun ketika kedudukan penentuan sepakan penalti terikat 2 - 2, sepakam Brewster terkena palang sekaligus merupakan satu satunya sepakan yang tersasar untuk menghadiahkan Arsenal kejuaraan Perisai Komuniti.  Klopp enggan menyalahkan Brewster namun sebaliknya menyatakan ianya satu pengajaran dan pengalaman buat pemain muda tersebut.  Menurut Klopp :  "Ianya tidak menghalang Rhian. Jika ada sesiapa yang perlu disalahkan, ianya saya. Saya mahu dia berada di posisi itu kerana beliau mempunyai penyudah yang baik

Arsenal Menewaskan Liverpool Melalui Penentuan Sepakan Penalti

Perlawanan 90 minit berakhir dengan 1-1 setelah Minamino menjaringkan gol diminit 73 setelah ketinggalan gol awal daripada kapten Arsenal, Aubameyang.  Liverpool diawal permainan berjaya menjaringkan gol namun Van Dijk dalam keadaan off side. Satu hantaran lintang Neco Williams berjaya ditanduk oleh Milner namun tersasar. Sebaliknya Arsenal dihadapan setelah penyerang mereka berjaya menewaskan Allison untuk gol pertama perlawanan. Liverpool berusaha untuk mencipta peluang setelah ketinggalan namun gol penyamaan hadir pada minit 73 melalui Minamino yang menewaskan Emiliano Martinez.  Selesai 90 minit, penentuan sepakan penalti bermula apabila Liverpool diberikan sepakan pertama. Salah memberi peluang dengan berjaya meletakkan  Liverpool dihadapan. Fabinho mudah meletakkan Liverpool kembali dihadapan sebelum itu Reiss menyamakan kedudukan.  Sepakan yang ketiga diambil oleh Brewster terkena palang dan bola keluar kedudukan masih sama setelah itu pemain baru Arsenal Ce

Statistik Pra Perlawanan : Liverpool vs Arsenal ( Perisai Komuniti 2020 )

The Reds bakal memulakan musim 2020 - 2021 dengan menentang The Gunners dalam perebutan Perisai Komuniti hari ini.  Stevie G dan Carra menjulang Perisai Komuniti pada 2006. Foto : Gettyimages Secara tradisinya, ia menemukan Juara EPL dan Piala FA dalam satu perlawanan pembuka tirai musim ini. (Kalau di Malaysia, ia digelar Piala Sumbangsih). Berikut adalah statistik pra perlawanan menjelang pertemuan di Wembley pada malam ini.  Ianya merupakan penampilan kali ke 23 Liverpool dalam perlawanan ini, mereka memenangi sebanyak 10 kali dan berkongsi kejuaraan sebanyak 5 kali.  Selain itu ia dikenali sebagai Charity Shield. Ianya merupakan perlawanan kedua Liverpool secara berterusan dalam Perisai Komuniti, tahun 2019 mereka turut "termain tanpa sengaja" selaku pasukan tempat kedua EPL (disebabkan Man City menjuarai EPL dan Piala FA pada musim 2018 2019 ). Kali terakhir Liverpool menjuarai Perisai Komuniti adalah pada 2006, setelah menewaskan Chelsea 2 -

Ovie Ejaria Sah Berpindah Secara Tetap Ke Reading FC Bernilai £3 Juta

Pemain berusia 22 tahun itu melakukan 8 penampilan dalam skuad senior Liverpool.  Ovie Ejaria bersama Liverpool sejak 2014. Foto : Gettyimages Dan pemain itu sah berpindah secara tetap ke kelab Liga Championship.  Pemain itu dipinjamkan ke Reading pada musim lepas dengan pilihan untuk mendapatkan pemain itu secara tetap pada musim seterusnya. Ketika di Madjeski Stadium, Ejaria melakukan 39 penampilan dan menjaringkan 3 gol bersama kelab itu.  Ejaria tiba di Liverpool dari Arsenal pada 2014, dan menghabiskan masa dengan bermain dalam skuad Akademi di Kirkby. Ketibaan Jurgen Klopp memberi beliau peluang untuk bermain dalam skuad utama pada September 2016 dalam perlawanan Piala Liga menentang Derby County.  Beliau melakukan 7 lagi penampilan dalam skuad utama pada musim 2016 - 2017, sebelum dipinjamkan ke Sunderland dan juga Rangers. Penampilan terakhir Ejaria bersama Liverpool adalah pada Januari 2017, ketika kekalahan Piala FA terhadap Wolves.  ADMIN

Klopp Dedahkan 7 Pemain Masih Tersisih Berikutan Kecederaan Menjelang Sepakmula Perisai Komuniti

Beliau akan membuat keputusan saat akhir untuk menentukan kesebelasan utama menentang Arsenal.  Trent Alexander Arnold antara pemain yang bergelut dengan kecergasan. Foto : Gettyimages Trent Alexander Arnold berkemungkinan akan diturunkan dalam perlawanan Perisai Komuniti hari ini, tetapi kehilangan ramai pemain utama dengan menyasarkan untuk meraih lebih banyak kejuaraan bermula hari ini.  Pemain muda itu tidak terlibat dengan kem latihan di Austria dan dua perlawanan persahabatan sebelum ini, dengan kekal di Melwood untuk menjalani pemulihan kecederaan ringan beliau.  Keputusan lewat akan dilakukan untuk menentukan siapa yang akan diturunkan, meskipun VVD dijangka akan bermain selepas mengalami kecederaan ketika menentang RB Salzburg.  Menurut Klopp : "Trent kelihatan baik. Kita akan melakukan keputusan mengenainya esok". "Virgil nampak bagus. Beliau nampak tidak okay kerana luka pada Selasa lepas, namun tidak serius". Perlawanan i

Jurgen Klopp : Tiada Peluang Untuk Mendapatkan Lionel Messi Di Liverpool

Pemain antarabangsa Argentina itu memberitahu Barcelona beliau mahu meninggalkan kelab, dengan beberapa kelab sikaitkan dengan perpindahan pemain itu termasuk Liverpool.  Lionel Messi telah memaklumkan kepada Barca beliau mahu berpindah. Foto : Sky Sports Dan Klopp mengakui Liverpool tidak akan dapat untuk membawa Lionel Messi. Messi yang dianggap pemain terbaik Eropah baru baru ini telah menyatakan hasrat untuk berpindah dari kelab Catalan tersebut.  Beberapa kelab seperti PSG, Inter Milan dan Man City merupakan antara kelab yang dipertimbangkan untuk membawa pemain itu sekiranya Barca berhasrat melepaskan beliau.  Dan apabila Klopp ditanya mengenai potensi perpindahan Messi ke Liverpool, beliau berkata : "Berminat? Siapa yang tidak mahukan Messi dalam pasukannya?" "Namun tiada peluang. Amaun yang ditawarkan tidak dapat dipenuhi. Kita tidak perlu berfikir mengenai itu. Ianya jelas - tiada peluang. Namun pemain yang bagus secara jujurnya"

Media : Klopp Dedahkan Robbo Dan Mane "Bertengkar" Ketika Perlawanan Aston Villa.

Andy Robertson dan Sadio Mane merupakan hero ketika perlawanan itu, namun sebelum itu telah terjadi suatu insiden ketika rehat separuh masa.  Mane dan Robbo masing masing menjaringkan gol ketika perlawanan tersebut. Foto : Gettyimages Dan Jurgen Klopp mendedahkan bahawa kedua dua pemain itu bertengkar ketika perlawanan menentang Aston Villa di Villa Park.  Perlawanan itu berlangsung pada November 2019, seminggu sebelum menentang Man City di Anfield.  Ketika itu Liverpool ketinggalan 1 - 0, dengan prospek dari pasukan Pep Guardiola mungkin akan menyingkirkan mereka dari tangga teratas sekiranya gagal memenangi kedua dua perlawanan itu.  Namun jaringan dari kedua dua pemain itu memastikan Liverpool berkelebihan 6 mata ketika itu dan akhirnya menjarakkan fizikal kepada 9 mata apabila Liverpool menewaskan Man City 3 - 1. Saksikan : ADMIN Akhirnya kejuaraan liga milik Liverpool dengan perbezaan 18 mata.  Sumber : BT Sports

Liverpool Jelaskan Ketiadaan Origi dan Shaqiri Tiada Kaitan Dengan Perpindahan

Mereka tidak terlibat dalam kem latihan pramusim yang diadakan di Austria baru baru ini.  Kedua dua pemain ini tidak berada dalam kem latihan pramusim. Foto : TIA Ketika ini Liverpool telah melalui dua perlawanan persahabatan pramusim dengan menentang Stuttgart dan RB Salzburg, di mana ianya berakhir dengan keputusan kemenangan 3 - 0 dan seri 2 - 2.  Dan kini mereka melakukan persiapan untuk menentang Arsenal dalam perlawanan Perisai Komuniti, dan akan mengadakan satu atau dua perlawanan persahabatan sebelum Liga Perdana Inggeris musim 2020 2021 membuka tirai pada 12 September.  Divock Origi dan Xherdan Shaqiri tidak kelihatan sepanjang latihan pramusim tersebut, termasuk dalam dua perlawanan persahabatan.  Ini menimbulkan spekulasi bahawa kedua dua pemain ini dikaitkan dengan perpindahan keluar kelab - dengan Origi dikaitkan dengan perpindahan ke Aston Villa.  Namun laporan daripada James Pearce dari The Athletics menegaskan mereka berdua tidak menyertai ke

Statistik Mengenai Rhian Brewster Dan Perbandingan Dengan Lagenda Liverpool Robbie Fowler

Beliau menghabiskan masa di Swansea City secara pinjaman pertengahan musim lepas namun mempamerkan prestasi yang baik ketika pramusim ini. Rhian Brewster merupakan penyerang muda Liverpool FC. Foto : Gettyimages Objektif utama latihan pramusim adalah untuk mengembalikan kecergasan pemain bagi menghadapi musim seterusnya, namun pramusim boleh memberikan dimensi berbeza terhadap pemain.  Pemain baru seperti Kostas Tsimikas dapat merasai bagaimana bermain dengan rakan sepasukan baru, manakala pengurus dapat mencuba taktikal baru dari segi intensiti permainan yang rendah ketika pramusim.  Ia juga merupakan medan buat pemain muda untuk mencari minit permainan sekaligus mendapatkan peluang menunjukkan apa yang mereka miliki.  Dengan pemain utama seperti Mo Salah dan Sadio Mane masih mencari sentuhan gol, Rhian Brewster telah menjaringkan 3 gol dari 2 perlawanan menentang Stuttgart dan Red Bull Salzburg. Variasi gol Brewster juga amat menarik. Ketika menentang Stuttga

Wayne Rooney - "Thiago Ke Liverpool, Maka The Reds Akan Kekalkan Kejuaraan EPL".

Beliau juga mendakwa perpindahan itu lebih "gempak" dari perpindahan Lionel Messi ke Man City.  Bekas pemain Man United ini amat mengagumi Thiago Alcantara. Foto : Gettyimages Liverpool meraih trofi kejuaraan liga buat pertama kali sejak 30 tahun pada Jun lepas, sekaligus mengakhiri kemarau kejuaraan liga sejak 1990. Dan Thiago Alcantara merupakan pemain yang dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool, di mana Wayne Rooney amat meminati corak teknikal pemain Bayern Munich tersebut.  Menurut Rooney menerusi TalkSport: "Saya berpendapat Man City atau Liverpool akan dinobatkan juara EPL lagi". "Chelsea juga berpotensi, mereka banyak melakukan penambahan berkualiti. Namun mereka memerlukan masa setahun lagi untuk serasi". "Man United banyak pemain berpotensi namun masih memerlukan masa lagi untuk kembali ke puncak". "Jadi ramalan saya perebutan kejuaraan liga adalah Man City dan Liverpool. Jika Liverpool membawa m

Jurgen Klopp : Kami Harus Berfikir "Lima Kali" Sebelum Memasuki Pasaran Perpindahan Ketika Ini

Ketika ini The Reds hanya membawa masuk Kostas Tsimikas dengan nilai £11.75 juta namun dikaitkan dengan ramai perpindahan musim panas ini. Klopp masih menunggu dan lihat dalam pasaran perpindahan buat masa sekarang. Foto : Gettyimages Dan beliau menyatakan bahawa mereka harus berfikir 5 kali untuk memasuki pasaran perpindahan berdasarkan situasi kewangan Liverpool buat masa sekarang.  Kehadiran Kostas Tsimikas ke Liverpool banyak dibantu dengan wang hasil penjualan Dejan Lovren yang menyertai Zenit St Petersburg dengan nilai £10.9 juta sebelum ini.  Walaupun The Reds kini kehilangan sebahagian besar dana sejak Mac hingga lewat Jun namun kelab itu terus dikaitkan dengan perpindahan berprofil tinggi pada musim panas ini.  Thiago Alcantara telah dikaitkan dengan perpindahan dengan Liverpool meskipun kelab itu belum lagi menawarkan bidaan rasmi untuk pemain tersebut kepada Bayern Munich.  Dan Klopp menegaskan strategi perpindahan Liverpool kini menerima impak langs

Jordan Henderson Akan Kembali Menjalani Latihan Bersama Pasukan Selepas Perlawanan Perisai Komuniti

Kapten Liverpool itu tidak beraksi sejak mengalami kecederaan lutut ketika perlawanan menentang Brighton pada 08 Julai lepas. Beliau masih menjalani pemulihan hingga hujung bulan ini. Foto : Gettyimages Dan beliau akan menjalani latihan bersama pasukan selepas perlawanan Perisai Komuniti menentang Arsenal pada hujung minggu ini.  Beliau mengalami kecederaan itu pada awal Julai lepas, dengan Liverpool ketika itu memasuki fasa 4 perlawanan terakhir liga musim lepas.  Kecederaan itu tidak memerlukan pembedahan dengan Hendo mula menjalani latihan ringan sejak kem latihan musim panas di Austria awal bulan ini. Selepas perlawanan menentang Brighton itu, Henderson dilihat meninggalkan stadium menggunakan tongkat namun kini telah melakukan latihan persendirian yang dikendalikan oleh staf kejurulatihan Liverpool. Beliau juga tidak dibawa bersama dalam skuad England dalam perlawanan menentang Iceland dan Denmark bagi menghadapi perlawanan UEFA Nation League sejurus selep

Louis Van Gaal Dedahkan Beliau Hampir Menjadi Pengarah Kelab Liverpool Sebelum Ke Old Trafford

Malahan, beliau hampir cuba mendapatkan dua bintang Jurgen Klopp sekarang. Louis Van Gaal membimbing Man United dari 2014 - 2016. Foto : Gettyimages Dan beliau mengakui bahawa telah mengadakan perbincangan yang panjang sebelum beralih arah menjadi pengurus Man United di mana ketika itu hampir mendapatkan dua pemain di bawah Klopp sekarang. Beliau ketika itu menggantikan David Moyes pada 2014, bersama pasukan selama 2 musim dengan membantu United meraih kejuaraan Piala FA sebelum digantikan dengan Mourinho pada 2017. Van Gaal yang kini berusia 69 tahun mendedahkan bahawa beliau bukanlah menyasarkan jawatan sebagai pengurus namun sebagai pengarah kelab ( Sporting Director ). Ketika beliau ditanya adakah Liverpool pernah menghubungi beliau sebelum menjadi ketua jurulatih Netherland pada 2012, Van Gaal berkata menerusi FourFourTwo : "Ya, ketika itu Ian Ayre datang ke Portugal di mana saya menetap di sana, kami berbincang dan beliau tinggal di sana kerana saya