Andy Robertson dan Sadio Mane merupakan hero ketika perlawanan itu, namun sebelum itu telah terjadi suatu insiden ketika rehat separuh masa.
Mane dan Robbo masing masing menjaringkan gol ketika perlawanan tersebut. Foto : Gettyimages |
Dan Jurgen Klopp mendedahkan bahawa kedua dua pemain itu bertengkar ketika perlawanan menentang Aston Villa di Villa Park.
Perlawanan itu berlangsung pada November 2019, seminggu sebelum menentang Man City di Anfield.
Ketika itu Liverpool ketinggalan 1 - 0, dengan prospek dari pasukan Pep Guardiola mungkin akan menyingkirkan mereka dari tangga teratas sekiranya gagal memenangi kedua dua perlawanan itu.
Namun jaringan dari kedua dua pemain itu memastikan Liverpool berkelebihan 6 mata ketika itu dan akhirnya menjarakkan fizikal kepada 9 mata apabila Liverpool menewaskan Man City 3 - 1.
Saksikan :
ADMIN
Akhirnya kejuaraan liga milik Liverpool dengan perbezaan 18 mata.
Sumber : BT Sports
Comments
Post a Comment