Skip to main content

Jordan Henderson Akan Kembali Menjalani Latihan Bersama Pasukan Selepas Perlawanan Perisai Komuniti

Kapten Liverpool itu tidak beraksi sejak mengalami kecederaan lutut ketika perlawanan menentang Brighton pada 08 Julai lepas.

Beliau masih menjalani pemulihan hingga hujung bulan ini. Foto : Gettyimages
Dan beliau akan menjalani latihan bersama pasukan selepas perlawanan Perisai Komuniti menentang Arsenal pada hujung minggu ini. 

Beliau mengalami kecederaan itu pada awal Julai lepas, dengan Liverpool ketika itu memasuki fasa 4 perlawanan terakhir liga musim lepas. 

Kecederaan itu tidak memerlukan pembedahan dengan Hendo mula menjalani latihan ringan sejak kem latihan musim panas di Austria awal bulan ini.

Selepas perlawanan menentang Brighton itu, Henderson dilihat meninggalkan stadium menggunakan tongkat namun kini telah melakukan latihan persendirian yang dikendalikan oleh staf kejurulatihan Liverpool.

Beliau juga tidak dibawa bersama dalam skuad England dalam perlawanan menentang Iceland dan Denmark bagi menghadapi perlawanan UEFA Nation League sejurus selepas Perisai Komuniti itu. 

The Reds akan menentang The Gunners dalam perlawanan pembukaan liga musim baru itu, dan ini bermakna Henderson tidak terlibat dalam perlawanan tersebut dengan kelab telah menyediakan pelan pemulihan seterusnya buat beliau minggu hadapan. 

ADMIN

Means tiada Jordan Henderson dan pemain yang beraksi semalam mungkin barisan yang akan diturunkan. 

Sumber : Liverpool Echo

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football