Skip to main content

Louis Van Gaal Dedahkan Beliau Hampir Menjadi Pengarah Kelab Liverpool Sebelum Ke Old Trafford

Malahan, beliau hampir cuba mendapatkan dua bintang Jurgen Klopp sekarang.

Louis Van Gaal membimbing Man United dari 2014 - 2016. Foto : Gettyimages
Dan beliau mengakui bahawa telah mengadakan perbincangan yang panjang sebelum beralih arah menjadi pengurus Man United di mana ketika itu hampir mendapatkan dua pemain di bawah Klopp sekarang.

Beliau ketika itu menggantikan David Moyes pada 2014, bersama pasukan selama 2 musim dengan membantu United meraih kejuaraan Piala FA sebelum digantikan dengan Mourinho pada 2017.

Van Gaal yang kini berusia 69 tahun mendedahkan bahawa beliau bukanlah menyasarkan jawatan sebagai pengurus namun sebagai pengarah kelab ( Sporting Director ).

Ketika beliau ditanya adakah Liverpool pernah menghubungi beliau sebelum menjadi ketua jurulatih Netherland pada 2012, Van Gaal berkata menerusi FourFourTwo :

"Ya, ketika itu Ian Ayre datang ke Portugal di mana saya menetap di sana, kami berbincang dan beliau tinggal di sana kerana saya menjemputnya untuk makan malam".

"Selepas beliau pulang, saya tidak mendengar dari apa apa lagi mengenai itu. Saya tidak dapat bayangkan mengapa beliau datang ke Portugal kalau bukan kerana sesuatu yang serius dan kemudian saya mendengar mereka berkata saya terlalu angkuh atau apa apa sahajalah".

Dan Van Gaal mengakui beliau hampir mendapatkan James Milner yang berada di Man City ketika itu dan juga Sadio Mane semasa beliau menjadi pengurus Man United. 

Tambah beliau : 

"Saya cuba dapatkan Robert Lewandowski, namun ianya sukar dan kemudian saya beralih kepada Gonzalo Higuain".

"Sebelum saya tiba di Man United, saya turut bertanya dengan lembaga pengarah mengenai Neymar. Di United, anda harus berfikiran luar biasa. Beliau akan menjadi tarikan terutama untuk pemasaran".

"Saya mahukan pemain sayap yang laju. Untuk itu saya mahukan Sadio Mane atau Riyad Mahrez".

"Thomas Muller juga berada dalam senarai pemain yang saya mahukan. Untuk pemain tengah, saya mahukan Ngolo Kante".

"Saya juga ketika itu mahukan James Milner, agak berumur namun saya perlukan kerana beliau boleh bermain di pelbagai posisi dan mempunyai daya kepimpinan yang tinggi".

"Untuk pertahanan saya sebenarnya mahu Matts Hummel dan Sergio Ramos, kerana kami lemah membina serangan dari bahagian pertahanan".

ADMIN

Selera tinggi juga Louis Van Gaal ni. Haha.

Tapi apa yang diperkatakan mengenai Mane dan Milner tu betul.

Sumber : Liverpool Echo

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football