Skip to main content

Statistik Pra Perlawanan : Liverpool vs Arsenal ( Perisai Komuniti 2020 )

The Reds bakal memulakan musim 2020 - 2021 dengan menentang The Gunners dalam perebutan Perisai Komuniti hari ini. 

Stevie G dan Carra menjulang Perisai Komuniti pada 2006. Foto : Gettyimages
Secara tradisinya, ia menemukan Juara EPL dan Piala FA dalam satu perlawanan pembuka tirai musim ini. (Kalau di Malaysia, ia digelar Piala Sumbangsih).

Berikut adalah statistik pra perlawanan menjelang pertemuan di Wembley pada malam ini. 

Ianya merupakan penampilan kali ke 23 Liverpool dalam perlawanan ini, mereka memenangi sebanyak 10 kali dan berkongsi kejuaraan sebanyak 5 kali. 

Selain itu ia dikenali sebagai Charity Shield.

Ianya merupakan perlawanan kedua Liverpool secara berterusan dalam Perisai Komuniti, tahun 2019 mereka turut "termain tanpa sengaja" selaku pasukan tempat kedua EPL (disebabkan Man City menjuarai EPL dan Piala FA pada musim 2018 2019 ).

Kali terakhir Liverpool menjuarai Perisai Komuniti adalah pada 2006, setelah menewaskan Chelsea 2 - 1 hasil jaringan John Arne Riise dan Peter Crouch. ( Demo dop kenal bare baik Riise )


Kesemua 6 perlawanan terakhir Perisai Komuniti hanya dimenangi dengan perbezaan 1 gol.

Hanya dua pemain Liverpool yang menjaringkan lebih dari satu gol dalam perlawanan ini; Terry McDermott ketika menentang Arsenal pada 1979 dan John Aldridge ketika menentang Wimbledon pada 1988. 

Hari ini merupakan perlawanan kompetitif ke 40 Liverpool di Wembley, mereka memenangi sebanyak 19 kali, 6 kali seri dan 14 kali kalah sebelum ini.

Pemain paling muda Liverpool yang menjaringkan gol di Wembley adalah Ian Rush (20 tahun 144 hari ketika Perlawanan Akhir Piala Liga 1982 menentang Spurs), manakala pemain tertua adalah Dirk Kuyt (31 tahun 219 hari ketika Perlawanan Akhir Piala Liga pada 2012 menentang Cardiff City ).

Kali pertama perlawanan Perisai Komuniti Liverpool berakhir dengan penentuan sepakan penalti, menewaskan Leeds United pada 1974. 

James Milner akan beraksi dalam Perlawanan Perisai Komuniti keempat beliau jika diturunkan hari ini. Beliau adalah sebahagian dari pasukan Man City yang tewas kepada Arsenal dalam kejohanan sama pada 2014. 

Arsenal telah memenangi 3 perlawanan terakhir Perisai Komuniti yang disertai mereka - kesemua menerusi tiket selaku juara Piala FA sebelum itu. 

Mikel Arteta adalah pengurus pertama yang memenangi kejuaraan Piala FA dalam musim yang sama dilantik sebagai pengurus - kali terakhir melakukannya adalah ketika zaman George Graham pada 1987 - 1988.

Pengadil hari ini, Andre Marriner terlibat dalam perlawanan melibatkan kedua dua pasukan musim lepas, iaitu ketika Carabao Cup yang berakhir dengan keputusan 5 - 5. Liverpool memenangi menerusi sepakan penalti.

ADMIN

Pertemuan terakhir antara Arsenal vs Liverpool dalam kejohanan yang sama ialah pada 2002, Arsenal menang 1 - 0. 

Sejarah berulang atau sejarah tercipta? Sama sama kita saksikan hari ini. YNWA.

Sumber : Liverpool FC



Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football