Skip to main content

Jurgen Klopp : Kami Harus Berfikir "Lima Kali" Sebelum Memasuki Pasaran Perpindahan Ketika Ini

Ketika ini The Reds hanya membawa masuk Kostas Tsimikas dengan nilai £11.75 juta namun dikaitkan dengan ramai perpindahan musim panas ini.

Klopp masih menunggu dan lihat dalam pasaran perpindahan buat masa sekarang. Foto : Gettyimages
Dan beliau menyatakan bahawa mereka harus berfikir 5 kali untuk memasuki pasaran perpindahan berdasarkan situasi kewangan Liverpool buat masa sekarang. 

Kehadiran Kostas Tsimikas ke Liverpool banyak dibantu dengan wang hasil penjualan Dejan Lovren yang menyertai Zenit St Petersburg dengan nilai £10.9 juta sebelum ini. 

Walaupun The Reds kini kehilangan sebahagian besar dana sejak Mac hingga lewat Jun namun kelab itu terus dikaitkan dengan perpindahan berprofil tinggi pada musim panas ini. 

Thiago Alcantara telah dikaitkan dengan perpindahan dengan Liverpool meskipun kelab itu belum lagi menawarkan bidaan rasmi untuk pemain tersebut kepada Bayern Munich. 

Dan Klopp menegaskan strategi perpindahan Liverpool kini menerima impak langsung daripada penularan Covid 19 ketika ini. 

Menurut Klopp menerusi Servus TV :

"Sekarang di waktu pandemik anda harus memikirkan sebanyak 5 kali untuk melakukan perpindahan kerana anda tidak pasti apa yang terjadi selepas pandemik ini".

"Kami harus memandang berat terhadap kedudukan kewangan kami. Kerana kami tidak pasti berapakah jumlah wang yang tinggal dalam akaun".

"Mereka hanya melihat situasi kewangan secara positif selepas mereka mengetahui Chelsea melakukan urusniaga".

Klopp juga menegaskan bahawa kekuatan pasukan bimbingan beliau adalah faktor mengapa beliau dianggap jurulatih yang berjaya ketika ini. 

Tambah Klopp :

"Semuanya hanya tuah menyebelahi. Ramai jurulatih di luar tidak mempunyai tuah seperti yang saya miliki untuk melatih pasukan seperti ini. Sebagai jurulatih, kekuatan anda datang daripada pemain".

Liverpool menamatkan pusingan perlawanan persahabatan di Eropah dengan seri ke atas Red Bull Salzburg 2 - 2, dengan Patson Daka menjaringkan 2 gol awal sebelum Rhian Brewster menjaringkan dua gol lewat penyamaan selepas itu.

"Jesse Marsch mempunyai potensi yang baik dan beliau mengendalikan Salzburg dengan baik".

"Saya mengagumi apa yang beliau lakukan dalam Salzburg. Ianya projek yang bagus di sini walaupun setiap tahun pemain mereka dibeli dari sini".

ADMIN

Ketika ini kita masih menanti apakah Liverpool akan melancarkan bidaan terhadap pemain lain. Segalanya terpulang kepada mereka. 

Sumber : Liverpool Echo

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football