Skip to main content

Wayne Rooney - "Thiago Ke Liverpool, Maka The Reds Akan Kekalkan Kejuaraan EPL".

Beliau juga mendakwa perpindahan itu lebih "gempak" dari perpindahan Lionel Messi ke Man City. 

Bekas pemain Man United ini amat mengagumi Thiago Alcantara. Foto : Gettyimages
Liverpool meraih trofi kejuaraan liga buat pertama kali sejak 30 tahun pada Jun lepas, sekaligus mengakhiri kemarau kejuaraan liga sejak 1990.

Dan Thiago Alcantara merupakan pemain yang dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool, di mana Wayne Rooney amat meminati corak teknikal pemain Bayern Munich tersebut. 

Menurut Rooney menerusi TalkSport:

"Saya berpendapat Man City atau Liverpool akan dinobatkan juara EPL lagi".

"Chelsea juga berpotensi, mereka banyak melakukan penambahan berkualiti. Namun mereka memerlukan masa setahun lagi untuk serasi".

"Man United banyak pemain berpotensi namun masih memerlukan masa lagi untuk kembali ke puncak".

"Jadi ramalan saya perebutan kejuaraan liga adalah Man City dan Liverpool. Jika Liverpool membawa masuk Thiago, mereka akan kekalkan kejuaraan".

"Ianya perpindahan yang berbaloi berbanding Lionel Messi ke Man City".

Ini bukanlah pertama kali Wayne Rooney memuji corak teknikal Thiago dengan beliau telah menulis sesuatu mengenai pemain tersebut dalam Kolum Ahad. 

"Beliau hampir menyertai United pada 2013 dan kini Liverpool semakin hampir dengan beliau".

"Beliau antara pemain tengah yang berkualiti, dan saya berharap beliau tidak ke Liverpool".

"Thiago adalah pemain tengah versatil, dan mampu melakukan apa sahaja".

ADMIN

Awalnya buat ramalan. Hahaha.

Sumber : Daily Mirror

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football