Skip to main content

Jurgen Klopp Mengambil Tanggungjawab Di Atas Kegagalan Penalti Rhian Brewster

Penyerang muda itu dimasukkan di lewat permainan namun gagal menyempurnakan penalti sekaligus memberikan Arsenal kejuaraan Perisai Komuniti. 

Brewster gagal menyempurnakan sepakan penalti ketiga semalam. Foto : Gettyimages
Dan Jurgen Klopp memikul tanggungjawab di atas kegagalan Rhian Brewster itu.

Dengan kedudukan terikat 1 - 1 ketika itu, Jurgen Klopp memasukkan Rhian Brewster bagi menggantikan Gini Wijnaldum khas untuk penentuan sepakan penalti. 

Namun ketika kedudukan penentuan sepakan penalti terikat 2 - 2, sepakam Brewster terkena palang sekaligus merupakan satu satunya sepakan yang tersasar untuk menghadiahkan Arsenal kejuaraan Perisai Komuniti. 

Klopp enggan menyalahkan Brewster namun sebaliknya menyatakan ianya satu pengajaran dan pengalaman buat pemain muda tersebut. 

Menurut Klopp : 

"Ianya tidak menghalang Rhian. Jika ada sesiapa yang perlu disalahkan, ianya saya. Saya mahu dia berada di posisi itu kerana beliau mempunyai penyudah yang baik dan yakin. Namun hari ini tidak. Ianya terjadi dalam bolasepak dan kehidupan".

"Kita semua harus belajar daripada kekalahan. Jika beliau berjaya menyempurnakan penalti dan pemain lain tidak, ianya skrip yang sama. Ada sebab lebih besar daripada itu".

"Saya jarang berkongsi kisah bolasepak saya kepada mereka kerana ianya kisah lama. Beliau gagal menyempurnakan penalti, kami telah berbincang mengenai itu dan ianya baik sahaja. Tidak perlu meminta maaf. Itulah bolasepak. Tiada masalah".

ADMIN

Hope Rhian Brewster belajar lagi. YNWA.

Sumber : Daily Mirror

Comments

Popular posts from this blog

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football

Media : Harvey Elliot Tamatkan Musim Bersama Blackburn Rovers Dengan Gol Peribadi Ketujuh

Ianya perlawanan terakhir beliau bersama Blackburn Rovers musim ini selain daripada menyumbangkan 11 assist kepada pasukan. Meskipun beliau memulakan perlawanan di bangku simpanan, ianya tidak menghalang beliau untuk menyumbangkan satu gol sekaligus mengakhiri karier sementaranya bersama Blackburn dengan gaya tersendiri.  Beliau dibawa masuk ketika perlawanan berbaki 30 minit dan ketika itu Blackburn mendahului Birmingham dengan 3 - 2.  Dengan perlawanan berbaki 10 minit, Elliot melakukan larian dari sayap kanan ke kawasan tengah.  Beliau menyambut baik hantaran Corey Evans, sekaligus melakukan tendangan lob melepasi penjaga gol Birmingham untuk menjaringkan gol keempat Blackburn.  Saksikan. Setakat ini Elliot merupakan sumber kreatif buat pasukan Blackburn musim ini, selain daripada 7 gol, 11 assist dan baru berusia 18 tahun pada April lepas. Selepas ini Elliot akan kembali ke Liverpool dan berkemungkinan berlatih dalam skuad utama untuk pramusim.  Kreativiti beliau mungkin diperlukan