Skip to main content

Klopp Mahukan Lebih Daripada Takumi Minamino Selepas Jaringan Pertama Bersama Liverpool

Dan beliau dicabar oleh Klopp untuk memberikan impak buat kelab untuk musim ini.

Takumi Minamino menjaringkan gol penyamaan buat Liverpool ketika aksi Perisai Komuniti semalam. Foto : Gettyimages
Sebelum ini Minamino melalui masa sukar setelah berhijrah dari RB Salzburg pada Januari lepas. 

Namun jaringan gol penyamaan beliau semalam mengakhiri kemarau gol yang dihadapinya sejak ke Liverpool FC. 

Selepas perlawanan, Jurgen Klopp melabelkan ianya satu langkah yang penting untuk pemain antarabangsa Jepun itu, dengan mahukan beliau melangkah lebih jauh bagi menghadapi musim pertama penuhnya di EPL. 

Menurut Klopp :

"Ianya hari yang bermakna buat kami dan beliau".

"Kekurangan beliau sebelum ini adalah tidak menjaringkan gol. Beliau banyak mencipta peluang dan berada dalam kecergasan yang terbaik".

"Gol itu adalah langkah besar buat beliau. Saya amat gembira buat beliau dan amat penting buat beliau dalam kariernya".

"Taki boleh memberikan impak, sebab itu kami membawa beliau masuk".

"Namun saya tidak mahu letakkan tekanan buat beliau. Tiada keperluan kerana beliau amat bagus".

"Beliau boleh bergerak dalam ruang yang sempit, sentuhan pertama yang baik dan sentiasa berada di antara celah pertahanan. Beliau harus menyesuaikan diri".

ADMIN

Really good start buat Takumi Minamino. 

Sumber : Daily Mirror 

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football