Skip to main content

Liverpool Jelaskan Ketiadaan Origi dan Shaqiri Tiada Kaitan Dengan Perpindahan

Mereka tidak terlibat dalam kem latihan pramusim yang diadakan di Austria baru baru ini. 

Kedua dua pemain ini tidak berada dalam kem latihan pramusim. Foto : TIA
Ketika ini Liverpool telah melalui dua perlawanan persahabatan pramusim dengan menentang Stuttgart dan RB Salzburg, di mana ianya berakhir dengan keputusan kemenangan 3 - 0 dan seri 2 - 2. 

Dan kini mereka melakukan persiapan untuk menentang Arsenal dalam perlawanan Perisai Komuniti, dan akan mengadakan satu atau dua perlawanan persahabatan sebelum Liga Perdana Inggeris musim 2020 2021 membuka tirai pada 12 September. 

Divock Origi dan Xherdan Shaqiri tidak kelihatan sepanjang latihan pramusim tersebut, termasuk dalam dua perlawanan persahabatan. 

Ini menimbulkan spekulasi bahawa kedua dua pemain ini dikaitkan dengan perpindahan keluar kelab - dengan Origi dikaitkan dengan perpindahan ke Aston Villa. 

Namun laporan daripada James Pearce dari The Athletics menegaskan mereka berdua tidak menyertai kem latihan kerana menjalani pemulihan kecederaan ringan dan tiada perkembangan mengenai perpindahan mereka ketika ini. 

Sebelum ini ada pemain yang dikaitkan dengan perpindahan walaupun sedang menjalani pemulihan kecederaan - yang diingati adalah mengenai Phil Coutinho yang mengalami "sakit belakang" ketika cuba untuk keluar ke Barcelona pada musim panas 2017.

Origi dan Shaqiri masih dalam perancangan pasukan untuk kempen musim baru ini dan ianya bermula pada esok. 

Difahamkan juga Origi telah disenaraikan dalam skuad Belgium bagi perlawanan antarabangsa selepas ini, dan Shaqiri juga bakal disenaraikan dalam pasukan Switzerland. 

Skuad Liverpool kini menghadapi pramusim dengan skuad yang tipis dengan beberapa muka baru yang diberi peluang untuk beraksi seperti Billy Koumetio dan Marko Grujic. 

Beberapa pemain seperti Yasser Larouci, Kamil Grabara, Sheyi Ojo, Ben Woodburn dan Taiwo Awoniyi tidak terlibat berikutan perpindahan keluar samada tetap atau pinjaman. 

Alex Oxlade Chamberlain kini mengalami kecederaan lutut namun Jordan Henderson, Trent Alexander Arnold dan Joel Matip dijangka kembali selepas ini. 

ADMIN

So belum ada tawaran mana mana kelab. 

Sumber : This Is Anfield

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football