Pemain antarabangsa Argentina itu memberitahu Barcelona beliau mahu meninggalkan kelab, dengan beberapa kelab sikaitkan dengan perpindahan pemain itu termasuk Liverpool.
Lionel Messi telah memaklumkan kepada Barca beliau mahu berpindah. Foto : Sky Sports |
Dan Klopp mengakui Liverpool tidak akan dapat untuk membawa Lionel Messi.
Messi yang dianggap pemain terbaik Eropah baru baru ini telah menyatakan hasrat untuk berpindah dari kelab Catalan tersebut.
Beberapa kelab seperti PSG, Inter Milan dan Man City merupakan antara kelab yang dipertimbangkan untuk membawa pemain itu sekiranya Barca berhasrat melepaskan beliau.
Dan apabila Klopp ditanya mengenai potensi perpindahan Messi ke Liverpool, beliau berkata :
"Berminat? Siapa yang tidak mahukan Messi dalam pasukannya?"
"Namun tiada peluang. Amaun yang ditawarkan tidak dapat dipenuhi. Kita tidak perlu berfikir mengenai itu. Ianya jelas - tiada peluang. Namun pemain yang bagus secara jujurnya".
Man City adalah kelab yang dikaitkan dengan perpindahan Man City dengan sokongan kewangan datang daripada pemilik dan Pep Guardiola pernah bersama Messi di Barcelona satu ketika dahulu.
Tambah Klopp :
"Ia akan membantu Man City dan menjadikan kelab itu sukar ditewaskan yang sekarang inipun sukar ditewaskan. Untuk Premier League ianya pasaran yang bagus dengan pemain terbaik dunia beraksi di salah satu kelab mereka".
"Saya tidak pasti samada Premier League memerlukan pemasaran lagi tetapi ia akan membantu menaikkan liga".
"Ianya akan menjadi menarik jika dapat melihat Messi di sini. Messi tidak pernah bermain di liga lain kecuali La Liga".
"Bolasepak di sini berbeza. Saya tidak pasti samada dapat melihat beliau beraksi di sini".
Kali terakhir Messi menjejakkan kaki ke Anfield adalah pada Mei 2019, di mana ketika itu Liverpool melakukan keajaiban dengan menyingkirkan kelab Catalan itu dari UCL dengan 4 - 0 walaupun tewas sebelum itu dengan jaringan 3 - 0.
ADMIN
Yang bukan bukan je nak sain pemain. Mahal doe.
Sumber : Liverpool Echo
Comments
Post a Comment