Skip to main content

Klopp Dedahkan 7 Pemain Masih Tersisih Berikutan Kecederaan Menjelang Sepakmula Perisai Komuniti

Beliau akan membuat keputusan saat akhir untuk menentukan kesebelasan utama menentang Arsenal. 

Trent Alexander Arnold antara pemain yang bergelut dengan kecergasan. Foto : Gettyimages
Trent Alexander Arnold berkemungkinan akan diturunkan dalam perlawanan Perisai Komuniti hari ini, tetapi kehilangan ramai pemain utama dengan menyasarkan untuk meraih lebih banyak kejuaraan bermula hari ini. 

Pemain muda itu tidak terlibat dengan kem latihan di Austria dan dua perlawanan persahabatan sebelum ini, dengan kekal di Melwood untuk menjalani pemulihan kecederaan ringan beliau. 

Keputusan lewat akan dilakukan untuk menentukan siapa yang akan diturunkan, meskipun VVD dijangka akan bermain selepas mengalami kecederaan ketika menentang RB Salzburg. 

Menurut Klopp :

"Trent kelihatan baik. Kita akan melakukan keputusan mengenainya esok".

"Virgil nampak bagus. Beliau nampak tidak okay kerana luka pada Selasa lepas, namun tidak serius".

Perlawanan ini tampak terlalu awal buat Jordan Henderson dan Joel Matip, yang hanya akan kembali menjalani latihan bersama pasukan selepas Perisai Komuniti. 

Manakala Harry Wilson dan Xherdan Shaqiri sudah mula menjalani latihan dengan Alex Oxlade kini menjalani pemulihan awal kecederaan lututnya. 

Tambah Klopp : 

"Kesemua pemain yang tidak terlibat atau mengalami kecederaan ketika kem latihan tidaka akan terlibat hari ini namun mereka semakin pulih".

"Diharap majoriti pemain akan menjalani latihan bersama pasukan selepas perlawanan hari ini, namun terlalu awal buat mereka hari ini. Mungkin seorang atau dua orang terlibat dalam skuad, kami harus melihat semula".

Dan Klopp juga menyatakan Rhian Brewster yang menjaringkan 3 gol dari 2 perlawanan persahabatan akan terlibat dalam perlawanan hari ini. 

"Kami akan menilai semula situasi beliau dalam masa beberapa minggu lagi. Kami mahu menggunakan Rhian dan membantu beliau. Kami akan buat keputusan namun bukan sekarang".

"Beliau masih muda. Berada di posisi 9 banyak membantu beliau. Kami harus melihat bagaimana beliau mendapat pengalaman bermain samada di sini atau tempat lain. Setakat ini kami tidak perlu melakukan keputusan terburu buru".

"Buat masa sekarang beliau kekal di sini dan akan terlibat dalam perlawanan esok".

ADMIN

Mungkin ada sedikit rombakan pada perlawanan hari ini. YNWA. 

Sumber : Liverpool Echo


Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football