Skip to main content

Trevor Sinclair Mengkritik Strategi Perpindahan Liverpool Musim Ini.

Setakat ini Liverpool hanya melakukan satu pembelian dengan membawa masuk Kostas Tsimikas dari Olympiacos. 

Kostas Tsimikas merupakan satu satunya pembelian baru untuk musim ini buat masa sekarang. Sumber : Gettyimages
Dan bekas pemain Man City itu mengkritik strategi perpindahan Liverpool pada musim ini.

Liverpool dikaitkan dengan beberapa pemain berprofil tinggi seperti Thiago Alcantara namun difahamkan pemain itu bukanlah sasaran yang aktif buat masa sekarang.

Namun Sinclair percaya Liverpool harus berbuat sesuatu dalam pasaran perpindahan sambil mempersoalkan peranan James Milner dan Joe Gomez dalam kesebelasan utama Liverpool sekarang. 

Menurut Sinclair menerusi Talksport :

"Liverpool tidak sempurna 100%. Mereka hanya menandatangani seorang pemain iaitu Tsimikas".

"Saya berpendapat Klopp terlalu berkeras kepada media apabila mereka membincangkan mengenai kontrak Wijnaldum yang tinggal setahun lagi. Terdapat potensi Thiago Alcantara akan ke Liverpool, dan terdapat juga potensi Wijnaldum ke Barca".

"Mereka belum lagi melakukan sebarang perpindahan major buat masa sekarang".

"Anda memerlukan itu lebih lebih lagi anda merupakan pemenang kejuaraan buat masa sekarang. Hanya untuk meningkatkan potensi pemain sedia ada, lebih lebih lagi pemain itu adalah pemain yang mampu mengubah situasi dan bermain dengan baik".

"Milner tidak akan menjadi pemain serba boleh seperti musim lepas. Gomez melalui musim yang baik tetapi adakah situasi sekarang membuatkan beliau lebih meningkat naik?"

"Adakah Neco William bersedia untuk bermain 4 - 5 perlawanan jika Trent tidak dapat diturunkan. Akan ada posisi yang wajar dikukuhkan".

"Lihat sahaja barisan serangan mereka. Jika salah seorang daripada mereka cedera, sikap bersama dan efektif mereka hilang begitu sahaja".

"Saya katakan mereka harus mempunyai pemain serangan berkualiti untuk melonjakkan lagi prestasi pemain serangan sedia ada".

  • ADMIN


To be fair, masuk akal juga. Cuma semua tu datang dari Klopp dan Liverpool.

Sumber : Liverpool Echo

Comments

  1. Pity of him, active in transfer window does not guarantees success LIKE Man City

    ReplyDelete
  2. if LFc didn't do something.... in transfer market probably we can't defend our title.. we need add...more than lfc have now...

    ReplyDelete
  3. Gomez blm cukup yakinkn aku,dari dulu lagi sbb kerap hilang posisi dan loose marking,kena cari sorg fullback selevel van dijk(koulibaly ngam)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football

Media : Harvey Elliot Tamatkan Musim Bersama Blackburn Rovers Dengan Gol Peribadi Ketujuh

Ianya perlawanan terakhir beliau bersama Blackburn Rovers musim ini selain daripada menyumbangkan 11 assist kepada pasukan. Meskipun beliau memulakan perlawanan di bangku simpanan, ianya tidak menghalang beliau untuk menyumbangkan satu gol sekaligus mengakhiri karier sementaranya bersama Blackburn dengan gaya tersendiri.  Beliau dibawa masuk ketika perlawanan berbaki 30 minit dan ketika itu Blackburn mendahului Birmingham dengan 3 - 2.  Dengan perlawanan berbaki 10 minit, Elliot melakukan larian dari sayap kanan ke kawasan tengah.  Beliau menyambut baik hantaran Corey Evans, sekaligus melakukan tendangan lob melepasi penjaga gol Birmingham untuk menjaringkan gol keempat Blackburn.  Saksikan. Setakat ini Elliot merupakan sumber kreatif buat pasukan Blackburn musim ini, selain daripada 7 gol, 11 assist dan baru berusia 18 tahun pada April lepas. Selepas ini Elliot akan kembali ke Liverpool dan berkemungkinan berlatih dalam skuad utama untuk pramusim.  Kreativiti beliau mungkin diperlukan