Beliau menghabiskan masa di Swansea City secara pinjaman pertengahan musim lepas namun mempamerkan prestasi yang baik ketika pramusim ini.
Rhian Brewster merupakan penyerang muda Liverpool FC. Foto : Gettyimages |
Objektif utama latihan pramusim adalah untuk mengembalikan kecergasan pemain bagi menghadapi musim seterusnya, namun pramusim boleh memberikan dimensi berbeza terhadap pemain.
Pemain baru seperti Kostas Tsimikas dapat merasai bagaimana bermain dengan rakan sepasukan baru, manakala pengurus dapat mencuba taktikal baru dari segi intensiti permainan yang rendah ketika pramusim.
Ia juga merupakan medan buat pemain muda untuk mencari minit permainan sekaligus mendapatkan peluang menunjukkan apa yang mereka miliki.
Dengan pemain utama seperti Mo Salah dan Sadio Mane masih mencari sentuhan gol, Rhian Brewster telah menjaringkan 3 gol dari 2 perlawanan menentang Stuttgart dan Red Bull Salzburg.
Variasi gol Brewster juga amat menarik. Ketika menentang Stuttgart, beliau melakukan tap in dalam jarak dekat untuk gol ketiga Liverpool.
James Milner memberikan beliau peluang untuk membuka jaringan pertama menentang Salzburg dengan gerakan satu - dua bersama Brewster.
Jaringan kedua menentang Salzburg adalah yang menarik perhatian, dengan penyudah yang tepat dari luar petak D ke pintu gol yang terbuka. 3 gol dari 75 minit permainan bukanlah statistik yang buruk, baik perlawanan sebenar atau perlawanan persahabatan.
Setiap kali beliau menjaringkan gol, sudah pasti ada di antara penganalisis membandingkan prestasi beliau dengan lagenda Robbie Fowler.
Sudah pasti lagenda yang diberikan gelaran Toxteth Terror itu adalah pemain yang jauh berbeza dari Rhian Brewster. Di hujung musim di mana kedua pemain itu berusia 20 tahun, Fowler telah menjaringkan 49 gol berbanding Brewster yang hanya menjaringkan 3 gol dalam penampilan piala domestik sebelum ini.
Namun kita boleh mengkaji statistik gol Brewster di luar Liverpool, ketika bersama Swansea. Beliau menjaringkan 10 gol ketika bersama kelab Wales itu dalam setengah musim, sekaligus membantu kelab itu ke playoff Liga Championship.
Melakukan perbandingan yang adil menerusi data FBRef.com, mereka melihat pada data berdasarkan kepada 18.5 perlawanan di atas padang, dengan minimum sekurang kurangnya 48 percubaan ke arah gol. Figura ini adalah untuk Rhian Brewster sahaja.
Daripada 48 percubaan ke arah gol, 21 percubaan Brewster adalah tepat ke arah gol untuk memberikan peratusan ketepatan percubaan adalah 43.8%. Pengiraan ini hanya berkedudukan ketujuh dalam perbandingan percubaan tepat terhadap semua pemain dalam Liga Championship 2019 2020.
Sadio Mane satu satunya pemain Liverpool berkedudukan lebih tinggi dari Rhian Brewster jika kriteria yang sama seperti di atas digunakan.
Percubaan tepat beliau yang baik itu mendorong kepada jaringan gol yang lebih banyak. Purata beliau menjaringkan gol adalah 5 gol dalam setiap 90 minit perlawanan, dan hanya berkedudukan purata 4 gol jika tidak termasuk sepakan penalti.
Rhian Brewster juga berkedudukan keempat jika percubaan tepat itu berjaya menghasilkan gol dengan 48%. Jika dibandingkan dengan dengan statistik keseluruhan, Brewster berada dalam kedudukan lebih baik dari musim lepas dari segi prestasi.
21% daripada percubaan beliau boleh menghasilkan gol, dengan hanya dibezakan 1%
Macauley Bonne dari Charlton Athletics.
Untuk menyamai pencapaian Robbie Fowler bukan tugas mudah tetapi berdasarkan statistik Rhian Brewster di Liga Championship segala galanya bukan mustahil.
ADMIN
Jauh beza antara Rhian Brewster dan Robbie Fowler, tetapi jika beliau bekerja keras lagi beliau dapat mengubah hala tuju karier beliau di Liverpool FC.
Sumber : Liverpool Echo
Comments
Post a Comment