Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2021

Ozan Kabak Akan Ke Norwich City Secara Pinjaman Semusim - Dengan Pilihan Untuk Pembelian

Schalke 04 dan Norwich telah bersetuju dengan bayaran dan terma perjanjian. Pemain antarabangsa Turki sebelum ini dipinjamkan ke Liverpool selama setengah musim, namun kelab tidak berhasrat mendapatkan beliau secara tetap dan mendapatkan Ibrahima Konate dari RB Leipzig.  Norwich telah melancarkan bidaan rasmi untuk Kabak dengan perbincangan sudah dilakukan dengan Schalke. Difahamkan Schalke telah menolak tawaran Torino beberapa hari lepas.  Ozan Kabak dilaporkan akan menjalani pemeriksaan kesihatan hari ini dan perpindahan beliau bakal dilengkapkan dalam masa beberapa jam lagi.  Jika perpindahan itu direalisasikan, maka Kabak berkemungkinan akan menentang Liverpool dalam aksi pusingan ketiga Carabao Cup pada 21 September hadapan. ADMIN Another step untuk Ozan Kabak. Good luck. YNWA. Sumber : Liverpool Echo via Fabrizio Romano dan John Percy

Michael Edwards Dijangka Meninggalkan Posisi Sebagai Sporting Director Hujung Musim Ini

Kontrak beliau bersama Liverpool dijangka berakhir hujung musim ini.  Difahamkan juga beliau telah memaklumkan kepada pemilik kelab bahawa beliau berhasrat untuk meninggalkan jawatan tersebut.  Meskipun perbincangan untuk tawaran kontrak lanjutan beliau akan dilakukan, tetapi berkemungkinan besar beliau akan meninggalkan posisi tersebut.  Dan jika benar Edwards mahu meninggalkan jawatan itu, maka Timbalan beliau Julian Ward dijangka akan mengambil alih jawatan tersebut.  Ward telah ditawarkan jawatan sebagai Timbalan Sporting Director kelab pada Disember 2020 dan telah bekerjasama dengan Edwards sejak itu.  Difahamkan Edwards dan Presiden FSG, Mike Gordon mahu melihat Julian Ward diberikan jawatan itu berikutan kerja keras beliau di belakang tabir sebelum ini.  ADMIN Kalau itu kehendaknya, kita harus akur. Banyak jasanya kepada Liverpool. YNWA Sumber : Liverpool Echo via David Ornstein

Analisa Taktikal : The Blues Sekat Liverpool Untuk Raih 3 Mata Di Anfield

The Reds menguasai hampir keseluruhan babak kedua perlawanan namun mengapa gagal untuk menjaringkan gol? Formasi   Liverpool bermula dengan formasi kegemaran mereka, 4 - 3 - 3. Manakala Chelsea dengan formasi 3 - 4 - 2 - 1 tetapi actually 5 - 4 - 1 ketika bertahan. First Half Liverpool memulakan perlawanan dengan cukup baik, dengan dua chances di awal perlawanan. Salah satunya dari Hendo, clear chances di hadapan gol namun gagal disempurnakan dengan baik on weaker foot beliau.  Fabinho dan Matip tak chill dalam perlawanan, buat cheap foul dengan mudah dan terlalu robust. Chelsea tahu Robbo akan naik ke atas dan akan tinggalkan space di belakang beliau.  Fabinho yang akan delay sebarang transition antara Mason Mount, dan agak robust.  Berbanding sebelah kiri, Trent agak kurang menerima serangan pada awal perlawanan kerana try to eliminate threat dari Marcos Alonso buat movement pantas.  Kai Havertz menjaringkan gol dengan cara yang cukup pelik tetapi gol yang cantik.  Ada dua point peny

Analisis Bos LMREDS : Sadio Mane "Dikambing Hitamkan" Ketika Perlawanan Liverpool vs Chelsea?

Antara pemain yang disebut sebut adalah Sadio Mane, yang dianggap tidak perform lagi semalam. Part 1: Semut dan Kismis. Jenuh baca di medsos yang berleluasa mengatakan bahawa Mane lah punca kegagalan hingga menjadikan keputusa seri semalam.  Antaranya, "Mane kerap hilang bola", "Mane tak perform" tapi yang rasanya tak boleh diterima daripada luar negara menyatakan bahawa "Mane Tak Perform Sejak Covid". Mane baru sahaja menjaringkan gol pada game lepas. Gol yang penting untuk men'confirm'kan kemenangan LFC dengan Burnley. Jika se'dekat' itu sumbangan Mane tidak diingati, maka sebenarnya susah nak sembang dah.  Ini kerana mungkin tak nampak bahawa gol penalti itu, bermula daripada tandukan ke belakang Mane disambut oleh Matip. Kemudian Mane jugalah yg menyepak bola sehingga ditahan dengan tangan secara sengaja atau tidak oleh Recce James.  Saya tak pasti mereka ini kurang makan kismis atau banyak makan semut.  Ini adalah rentetan kepada post

Analisis Bos LMREDS : Seri Pada Hari Ini, Umpama Kalah ......

Adakah keputusan ini, dapat memuaskan hati semua pihak? Point 1 : Confirm penalti, adakah red card? Clear penalty tiada pertikaian. Kalau ikut rules, "intentionally use hand to block scoring opportunity is clear red card".  Sama seperti famous Suarez red card untuk qualifying World Cup sebelum ni. Tapi, yang mungkin boleh dibincangkan adalah faktor 'intentionally'.  To make it simple discussion, "intentionally" happen twice. Masa 'reaction' yg pertama, and reaction bahu yg kedua. Ini first opinion. 2nd opinion, its "normal reaction".  Macam Carlton Cole cakap. Up to u nak buy mana opinion. One more thing, adakah "practice" ini akan kekal kepada semua match, tak kisah dari mana pun? Point 2 : Red Card Kill The Liverpool Opportunity. Half time dah rasa sebenarnya, LFC mmg payah nak lawan dgn ultra deep defending. So, kad merah itu sebenarnya buatkan Chelsea memang "tak nak menang". Reward Tuchel, seri adalah umpama kemenan

Jurgen Klopp : Layangan Kad Merah Recce James "Merosakkan Permainan"

Situasi itu memberikan sepakan penalti buat Liverpool bagi menyamakan kedudukan 1 - 1 dalam perlawanan menentang Chelsea. Dan Klopp percaya layangan kad merah buat Recce James telah merosakkan permainan dengan Liverpool terpaksa berpuas hati untuk berkongsi mata dengan Chelsea.  Pasukan pelawat ketika itu menjaringkan gol menerusi tandukan lambung oleh Kai Havertz, sebelum Mo Salah menjaringkan gol penyamaan menerusi sepakan penalti.  Kuisan Sadio Mane dilihat terkena tangan Recce James di atas garisan gol sebelum pengadil membuat keputusan untuk melihat semula rakaman menerusi VAR di tepi padang.  Layangan kad merah itu menyaksikan Chelsea terpaksa bermain dengan 10 pemain di atas padang namun gagal untuk menembusi barisan pertahanan Chelsea yang kukuh.  Menurut Klopp : "Saya tidak sukakan hukuman berganda ketika permainan, namun jika siapa siapa pernah mendengar saya bercakap mengenai peraturan yang diubah mereka telah mengambil maklum tetapi ketika ini peraturan itu masih kekal

Liverpool Sekadar Seri 1 - 1 Ke Atas Chelsea Di Anfield

The Reds gagal memanfaatkan peluang untuk meraih 3 mata penuh setelah Chelsea terpaksa bermain 10 orang di separuh masa kedua dengan Recce James dilayangkan kad merah. Jurgen Klopp menyenaraikan semula Robbo dalam kesebelasan utama, sambil menggandingkan Hendo - Fabinho - Elliot di barisan tengah. Manakala Chelsea menyenaraikan penyerang termahal mereka Romelu Lukaku yang digandingkan dengan Kai Havertz dan Mason Mount. Liverpool memulakan perlawanan dengan agak garang dengan Elliot melakukan percubaan pertama dari luar petak seawal minit ke 3 namun tepat ke Mendy. Minit ke 9 menyaksikan hantaran jauh Trent tepat menemui Hendo yang berada di hadapan gol tetapi kuisan beliau tersasar dari pintu gol.  Namun pasukan pelawat terlebih dahulu membuka jaringan dengan Kai Havertz meluru ke near post untuk menanduk bola hasil sepakan sudut melepasi jangkauan Alisson pada minit ke 21.  Chelsea semakin bergaya menguasai perlawanan terutama di bahagian tengah, dan hampir menambah gol apabila pemai

Link Live Streaming : Liverpool vs Chelsea ( EPL 2021 2022 )

Terdapat beberapa link live streaming untuk perlawanan blockbuster pada tengah malam ini. https://www.mobisports.live/2021/08/premier-league-liverpool-vs-chelsea.html?m=1 https://streamsport.in/2021/08/liverpool-vs-chelsea-live-channel-and-info/ https://www.goforsports.net/2021/08/lfcche/ ADMIN Selamat menonton. YNWA.

Thomas Tuchel : "Ujian Sebenar Romelu Lukaku Adalah Berhadapan Virgil Van Dijk

Bintang Chelsea bernilai £98 juta itu menikmati permulaan yang baik sekembalinya beliau ke kelab dengan menjaringkan gol ke atas Arsenal minggu lepas. Namun Thomas Tuchel mengambil pendekatan berjaga jaga dengan sesuatu yang menanti mereka di Anfield dan Chelsea pada hari ini.  Beliau percaya Lukaku akan berjaya mengatasi tekanan itu sambil menyifatkan perlawanan ini bakal membantu pemain itu menyesuaikan diri dalam pasukan ketika ini.  Menurut Tuchel : "Beliau telah bermain satu perlawanan bersama kami dan memulakan kariernya dengan baik di sini". "Bermula dari sana kami membantu beliau memahami akan corak permainan dan taktikal pasukan". "Ujian sebenar adalah di Anfield ketika ini, dan kita akan lihat selepas itu". "Namun selepas kami mendapatkan beliau kami tahu kami telah mendapatkan pemain bintang yang berpengalaman, dari segi bermain dalam perlawanan yang besar". "Beliau sukakan cabaran di sini dan sebab itu saya menjangkakan kita akan

James Milner Bakal Terlepas Perlawanan Menentang Chelsea - Namun Robbo Dijangka Kembali

The Reds hanya kehilangan seorang pemain menjelang pertembungan blockbuster Liverpool - Chelsea. Sebelum ini James Milner diturunkan ketika menentang Norwich City, tetapi tidak dapat diturunkan dalam perlawanan menentang Burnley berikutan mengalami kecederaan sejurus sebelum perlawanan tersebut. Manakala Andy Robertson pula diletakkan di bangku simpanan ketika perlawanan minggu lepas setelah mengalami kecederaan buku lali ketika menentang Athletic Bilbao awal bulan ini hingga menyebabkan beliau tersisih dalam perlawanan pembukaan EPL.  Dan Klopp mendedahkan bahawa Robbo berkemungkinan akan merebut kembali slot pemain pertahanan kiri dari Tsimikas menjelang pertembungan Liverpool dan Chelsea.  " Robbo telah menjalani latihan minggu ini, sudah pasti beliau berkemungkinan akan diturunkan. Ianya hampir pasti". "Hanya Milly sahaja belum dapat diturunkan". "Kesemua pemain lain menjalani latihan - mereka nampak bagus kerana Chelsea bukanlah lawan mudah. Ianya seperti

Jurgen Klopp Dedahkan Hanya "Ketawa" Melihat Liverpool Diundi Dalam Kumpulan Maut UCL

The Reds diundi bersama AC Milan, Atletico Madrid dan Porto dalam Kumpulan B UCL.   Liverpool berhadapan dengan Atletico Madrid buat pertama kali dalam peringkat kumpulan, dengan pasukan itu menyingkirkan The Reds dalam aksi UCL dua musim lepas dalam pusingan kedua kalah mati UCL.  Mereka juga akan berhadapan dengan Milan, dengan kedua dua pasukan itu telah bertemu sesama sendiri pada Final UCL 2005 dan 2007, manakala Liverpool telah diundi bertemu Porto pada pusingan kalah mati pada 2017 - 2018 dan 2018 - 2019 sebelum ini.  Dan Klopp tahu mereka bakal berhadapan lawan yang sukar namun menggesa peminat menerima cabaran yang telah diberikan untuk Liverpool dalam UCL.  Menurut Klopp : " Saya hanya ketawa besar, secara jujur kerana kami bakal berhadapan dengan kumpulan yang sukar". "Ianya UCL, jadi anda harus berhadapan dengan pasukan terbaik di Eropah. Jelas sekali sebahagian pasukan itu berada dalam kumpulan kami". "Kami pernah menentang Porto beberapa kali, jad

Divock Origi Dijangka Akan Kekal Di Liverpool FC

Pintu perpindahan musim panas akan ditutup dalam masa 5 hari dengan Origi masih menjalani latihan bersama Liverpool. Divock Origi tidak disenaraikan dalam skuad ketika perlawanan menentang Burnley, sekaligus menggambarkan beliau telah berada di belakang Takumi Minamino. Dengan Mo Salah, Sadio Mane dan Diogo Jota berada dalam kesebelasan utama, Minamino dan Firmino juga berada di bangku simpanan maka khidmat Divock Origi tidak diperlukan buat masa sekarang di Liverpool.  Liverpool sebelum ini telah mempertimbangkan tawaran untuk pemain ini, namun setakat ini gagal mendapat tawaran lumayan dari mana mana kelab.  Menurut James Pearce dari The Athletics, beberapa kelab sekitar Eropah dilihat berminat untuk mendapatkan khidmat beliau.  Liverpool menjangkakan harga jualan beliau adalah sekitar £12 - 15 juta, dengan beliau telah menandatangani kontrak lanjutan di kelab sejak 2019 selama 5 tahun. Namun keputusan untuk mengekalkan beliau ketika itu dengan tawaran kontrak baru adalah sesuatu yan

Trent Dan Hendo Disenaraikan Dalam Skuad England Untuk Kelayakan Piala Dunia Pada September

Meskipun kelab kelab EPL dilaporkan menghalang pemain mereka untuk bermain di negara kategori merah, namun perlawanan melibatkan Three Lions tidak berubah. Dan Gareth Southgate telah menyenaraikan pemain beliau untuk bersama skuad England menentang Hungary ( 02 September ), Andorra ( 05 September ) dan Poland ( 08 September ). Jordan Henderson dan Trent Alexander Arnold tersenarai, dengan Trent sebelum ini tersisih dari pasukan England ketika kejohanan Euro berikutan kecederaan.  Trent sebelum ini mengalami kecederaan otot paha dalam masa 24 jam sebelum skuad England diumumkan ketika Euro 2020, dengan Jordan Henderson digunakan sebagai pemain rotation ketika itu dengan England hanya mampu meraih gelaran naib juara pada kejohanan tersebut.  Joe Gomez dan Alex Oxlade Chamberlain adalah antara pemain Liverpool yang tidak disenaraikan. Sepertimana yang diharapkan bahawa kedua dua pemain ini akan kembali tanpa sebarang kecederaan ketika itu, dan akan bersedia untuk beraksi ketika kunjungan

Reaksi Alisson Selepas Dihalang Menyertai Skuad Brazil : "Saya Rasa Bersalah"

The Reds sebelum ini telah menghalang sebahagian pemainnya untuk terlibat dalam tugasan antarabangsa dalam kelayakan Piala Dunia. Kelab kelab EPL telah melakukan keputusan untuk menghalang mana mana pemainnya beraksi untuk pasukan kebangsaan yang dikategorikan sebagai zon merah, dengan Brazil merupakan salah satu terlibat.  Keputusan itu dilakukan supaya pemain pemain yang terlibat tidak akan menjalani kuarantin sekembalinya mereka ke England.  Roberto Firmino dan Fabinho juga dihalang untuk menyertai skuad kebangsaan dengan Brazil akan menentang Chile, Argentina dan Peru dalam kelayakan Piala Dunia.  Hanya perlawanan menentang Argentina sahaja yang akan berlangsung di Brazil, dengan perlawanan menentang Chile dan Peru diadakan di halaman lawan.  Dan berikut adalah reaksi Alisson : "Secara jujurnya saya rasa bersalah, kerana saya mahu bermain bersama pasukan kebangsaan dan juga pasukan Liverpool". "Saya tidak mahu dihukun kerana melakukan keputusan. Tetapi dari apa yang

Akhirnya Lengkap 32 Pasukan Untuk Perlawanan Peringkat Kumpulan UCL 2021 2022

Liverpool akan mengetahui lawan mereka dalam peringkat kumpulan pada tengahmalam ini. Undian akan dilakukan di Istanbul pada malam ini, dengan 32 pasukan akan dibahagikan dalam 8 kumpulan dengan 4 pasukan setiap kumpulan. Skuad Jurgen Klopp sudah lama mengetahui mereka berada dalam Balang 2, dengan 26 pasukan sebelum ini telah layak secara automatik ke peringkat kumpulan UCL.  Baki 6 slot untuk ke UCL ditentukan menerusi dua cara - Laluan Juara dan Laluan Liga. Laluan Juara diberikan kepada pasukan Juara Liga negara yang tidak diberikan slot automatik ke UCL, manakala Laluan Liga diberikan kepada pasukan yang bukan juara liga namun menduduki antara tangga terbaik liga masing masing masing.  Benfica dan Malmo masing masing layak ke peringkat kumpulan, bersama sama Young Boys, Salzburg, Sheriff Tiraspol dan Shaktar Donetsk. Balang 1 mengandungi pasukan Chelsea selaku Juara Bertahan, Villareal selaku Juara UEL musim lepas dan 6 pasukan juara liga dari Liga Top 6 Eropah.  Baki 24 pasukan d

Atok Wenger Menyampaikan Anugerah FIFA Untuk Jurgen Klopp Dan 4 Pemain LFC

Pengurus Arsenal itu kini merupakan Ketua Pembangunan Bolasepak Dunia di FIFA.  Beliau berada di AXA Training Centre untuk menyampaikan trofi Jurulatih Terbaik FIFA 2020 kepada Jurgen Klopp. Selain itu, beliau juga menyampaikan trofi FIFA FIFPro 2020 kepada empat pemain Liverpool iaitu Trent Alexander Arnold, Virgil Van Dijk, Alisson dan Thiago.  Wenger sendiri hadir bagi menyaksikan sesi latihan yang dikendalikan Jurgen Klopp sekaligus bertemu semula dengan bekas pemainnya, Alex Oxlade Chamberlain yang bersama dari 2011 hingga 2017 ketika beliau mengemudi Arsenal.  ADMIN Tahniah Klopp dan Liverpool FC. Arsene Wenger, anda tetap lejen EPL. YNWA. Sumber : Liverpool FC

Andy Robertson Menandatangani Kontrak Lanjutan Di Liverpool Hingga 2026

Beliau merupakan pemain utama terkini yang meletakkan masa depan beliau di Liverpool FC. Pemain berusia 27 tahun ini merupakan sebahagian skuad yang memenangi UCL dan EPL beberapa musim lepas - kini telah melakukan 177 penampilan bersama kelab sebelum ini masih mempunyai baki kontrak selama 3 tahun namun mahu kekal lebih lama di Liverpool. Sebelum ini rakan sepasukan beliau seperti Virgil Van Dijk, Fabinho, Alisson dan Trent Alexander Arnold telah menandatangani kontrak lanjutan di kelab.  Menurut Robbo menerusi Liverpool FC : " Jelas sekali selepas perbincangan dilakukan dan saya lihat masa depan saya memang berada di sini lebih lama, jadi saya tidak berahsia bahawa saya amat gembira di kelab". "Saya mahu kekal di kelab ini lebih lama dan saya dan keluarga amat gembira dapat kekal di sini. Kami sukakan segala galanya di sini dan saya gembira perjalanan karier saya di sini bersambung lagi". Dengan Robbo telah menandatangani kontrak lanjutan, Liverpool akan beralih a

Sah! Ben Woodburn Menyertai Hearts Of Midlothian Secara Pinjaman Semusim

Beliau kini dipinjamkan ke kelab lain buat kali keempat sepanjang kariernya di LFC. Pemain berusia 21 tahun ini telah menarik minat Jurgen Klopp dan Pep Ljinders sepanjang latihan pramusim, dengan beliau telah menunjukkan kematangan dalam permainan. Sebelum ini Woodburn disenaraikan di bangku simpanan ketika perlawanan pembukaan EPL menentang Norwich, dengan beliau sebelum ini juga berada di bangku simpanan dalam 5 perlawanan terakhir liga musim lepas. Namun setelah kembalinya Thiago dan Hendo bagi memperkuatkan barisan tengah pasukan, Woodburn semakin sukar mendapatkan minit permainan di Liverpool dan beralih arah ke Liga Scotland untuk mendapatkan lebih minit permainan.  Sebelum ini beliau dijangka untuk menyertai kelab Liga Scotland itu selama separuh musim namun mengambil keputusan untuk menyertai secara pinjaman semusim. Beliau akan menggunakan jersi bernombor 9 di Tynecastle, dan berkemungkinan besar akan diturunkan dalam perlawanan menentang Dundee United hujung minggu ini. Wood