Skip to main content

Divock Origi Dijangka Akan Kekal Di Liverpool FC

Pintu perpindahan musim panas akan ditutup dalam masa 5 hari dengan Origi masih menjalani latihan bersama Liverpool.


Divock Origi tidak disenaraikan dalam skuad ketika perlawanan menentang Burnley, sekaligus menggambarkan beliau telah berada di belakang Takumi Minamino.

Dengan Mo Salah, Sadio Mane dan Diogo Jota berada dalam kesebelasan utama, Minamino dan Firmino juga berada di bangku simpanan maka khidmat Divock Origi tidak diperlukan buat masa sekarang di Liverpool. 

Liverpool sebelum ini telah mempertimbangkan tawaran untuk pemain ini, namun setakat ini gagal mendapat tawaran lumayan dari mana mana kelab. 

Menurut James Pearce dari The Athletics, beberapa kelab sekitar Eropah dilihat berminat untuk mendapatkan khidmat beliau. 

Liverpool menjangkakan harga jualan beliau adalah sekitar £12 - 15 juta, dengan beliau telah menandatangani kontrak lanjutan di kelab sejak 2019 selama 5 tahun.

Namun keputusan untuk mengekalkan beliau ketika itu dengan tawaran kontrak baru adalah sesuatu yang pelik ketika itu, meskipun beliau adalah hero untuk perlawanan akhir UCL musim itu.

Malahan, pemain itu juga tidak berhasrat untuk meninggalkan Liverpool dengan kelab juga tidak berhasrat untuk meminjamkan beliau dengan Origi juga tidak bersedia untuk menerima apa apa tawaran.

Untuk sebarang perbincangan mengenai perpindahan beliau, kelab yang berminat harus berbincang dengan kelab serta pemain dengan selepas itu persetujuan mengenai harga perpindahan dan tawaran yang dilakukan terhadap pemain selepas itu. 

Wolves, Crystal Palace dan West Ham dilaporkan berminat terhadap beliau musim panas ini, dengan kelab kelab luar seperti Roma, Sevilla, Bayer Leverkusen dan Borussia Dortmund pernah dikaitkan dengan beliau satu ketika dahulu. 

Difahamkan Origi masih menjalani latihan bersama skuad utama Liverpool, dan jika tiada sebarang tawaran yang diterima selepas 31 Ogos maka beliau akan kekal di kelab.

Ketika ini pintu perpindahan masih berbaki 5 hari sebelum ditutup dan kelab lain masih mempunyai masa untuk melakukan bidaan.

Namun laporan Pearce menjelaskan Origi berkemungkinan akan kekal lagi di Liverpool sekurang kurangnya 4 bulan lagi. 

ADMIN

Untuk jual, kena ada pembeli. Bukan lepas suka suka. YNWA. 

Sumber : This Is Anfield via The Athletics

Comments

Popular posts from this blog

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football

Media : Harvey Elliot Tamatkan Musim Bersama Blackburn Rovers Dengan Gol Peribadi Ketujuh

Ianya perlawanan terakhir beliau bersama Blackburn Rovers musim ini selain daripada menyumbangkan 11 assist kepada pasukan. Meskipun beliau memulakan perlawanan di bangku simpanan, ianya tidak menghalang beliau untuk menyumbangkan satu gol sekaligus mengakhiri karier sementaranya bersama Blackburn dengan gaya tersendiri.  Beliau dibawa masuk ketika perlawanan berbaki 30 minit dan ketika itu Blackburn mendahului Birmingham dengan 3 - 2.  Dengan perlawanan berbaki 10 minit, Elliot melakukan larian dari sayap kanan ke kawasan tengah.  Beliau menyambut baik hantaran Corey Evans, sekaligus melakukan tendangan lob melepasi penjaga gol Birmingham untuk menjaringkan gol keempat Blackburn.  Saksikan. Setakat ini Elliot merupakan sumber kreatif buat pasukan Blackburn musim ini, selain daripada 7 gol, 11 assist dan baru berusia 18 tahun pada April lepas. Selepas ini Elliot akan kembali ke Liverpool dan berkemungkinan berlatih dalam skuad utama untuk pramusim.  Kreativiti beliau mungkin diperlukan