Skip to main content

Andy Robertson Menandatangani Kontrak Lanjutan Di Liverpool Hingga 2026

Beliau merupakan pemain utama terkini yang meletakkan masa depan beliau di Liverpool FC.


Pemain berusia 27 tahun ini merupakan sebahagian skuad yang memenangi UCL dan EPL beberapa musim lepas - kini telah melakukan 177 penampilan bersama kelab sebelum ini masih mempunyai baki kontrak selama 3 tahun namun mahu kekal lebih lama di Liverpool.

Sebelum ini rakan sepasukan beliau seperti Virgil Van Dijk, Fabinho, Alisson dan Trent Alexander Arnold telah menandatangani kontrak lanjutan di kelab. 

Menurut Robbo menerusi Liverpool FC :

"Jelas sekali selepas perbincangan dilakukan dan saya lihat masa depan saya memang berada di sini lebih lama, jadi saya tidak berahsia bahawa saya amat gembira di kelab".

"Saya mahu kekal di kelab ini lebih lama dan saya dan keluarga amat gembira dapat kekal di sini. Kami sukakan segala galanya di sini dan saya gembira perjalanan karier saya di sini bersambung lagi".

Dengan Robbo telah menandatangani kontrak lanjutan, Liverpool akan beralih arah untuk mengikat kontrak lanjutan dengan pemain lain. 

Liverpool kini hanya sepi di pasaran perpindahan, dengan Ibrahima Konate merupakan satu satunya pemain yang dibawa masuk pada musim panas ini. 

The Reds lebih fokus untuk mengekalkan pemain sedia ada, dan berharap terdapat berita positif yang bakal diterima dalam beberapa minggu lagi.

Liverpool ketika ini telah memulakan perbincangan untuk kontrak lanjutan Mo Salah, dengan kontrak pemain itu bakal berakhir pada 2023 namun dijangka akan melanjutkan lagi tempoh beliau di kelab.

ADMIN

Pilihan yang tepat, Robbo. YNWA. 

Sumber : Goal.com

Comments

Popular posts from this blog

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football

Media : Harvey Elliot Tamatkan Musim Bersama Blackburn Rovers Dengan Gol Peribadi Ketujuh

Ianya perlawanan terakhir beliau bersama Blackburn Rovers musim ini selain daripada menyumbangkan 11 assist kepada pasukan. Meskipun beliau memulakan perlawanan di bangku simpanan, ianya tidak menghalang beliau untuk menyumbangkan satu gol sekaligus mengakhiri karier sementaranya bersama Blackburn dengan gaya tersendiri.  Beliau dibawa masuk ketika perlawanan berbaki 30 minit dan ketika itu Blackburn mendahului Birmingham dengan 3 - 2.  Dengan perlawanan berbaki 10 minit, Elliot melakukan larian dari sayap kanan ke kawasan tengah.  Beliau menyambut baik hantaran Corey Evans, sekaligus melakukan tendangan lob melepasi penjaga gol Birmingham untuk menjaringkan gol keempat Blackburn.  Saksikan. Setakat ini Elliot merupakan sumber kreatif buat pasukan Blackburn musim ini, selain daripada 7 gol, 11 assist dan baru berusia 18 tahun pada April lepas. Selepas ini Elliot akan kembali ke Liverpool dan berkemungkinan berlatih dalam skuad utama untuk pramusim.  Kreativiti beliau mungkin diperlukan