The Reds diundi bersama AC Milan, Atletico Madrid dan Porto dalam Kumpulan B UCL.
Liverpool berhadapan dengan Atletico Madrid buat pertama kali dalam peringkat kumpulan, dengan pasukan itu menyingkirkan The Reds dalam aksi UCL dua musim lepas dalam pusingan kedua kalah mati UCL.
Mereka juga akan berhadapan dengan Milan, dengan kedua dua pasukan itu telah bertemu sesama sendiri pada Final UCL 2005 dan 2007, manakala Liverpool telah diundi bertemu Porto pada pusingan kalah mati pada 2017 - 2018 dan 2018 - 2019 sebelum ini.
Dan Klopp tahu mereka bakal berhadapan lawan yang sukar namun menggesa peminat menerima cabaran yang telah diberikan untuk Liverpool dalam UCL.
Menurut Klopp :
"Saya hanya ketawa besar, secara jujur kerana kami bakal berhadapan dengan kumpulan yang sukar".
"Ianya UCL, jadi anda harus berhadapan dengan pasukan terbaik di Eropah. Jelas sekali sebahagian pasukan itu berada dalam kumpulan kami".
"Kami pernah menentang Porto beberapa kali, jadi sudah pasti mereka menanti kehadiran kami. Sudah pasti kami masih mempunyai "hutang" yang belum dilunaskan bersama Atletico, manakala AC Milan pula kelab yang banyak mempunyai sejarah bersama kami".
"Jadi saya berharap peminat tidak sabar untuk menantikan perlawanan ini".
"Saya tahu ada peminat yang menyaksikan undian itu dari rumah dan menyatakan ianya pasti menarik, dan mereka mendapati diundi bersama Milan dan Atletico dari balang yang berbeza".
"Kita tidak mahukan undian sebegitu namun kami mahu menunjukkan apa yang kami lakukan sejak musim lepas, melayakkan diri dalam UCL musim ini. Itu adalah bagaimana cara kami akan bermain nanti".
Klopp juga bersedia untuk menggunakan kesemua pemain sedia ada untuk menghadapi bulan September yang padat selepas ini.
Tambah Klopp :
"Kami mempunyai pemain yang bagus, tidak kira siapa yang bermain".
"Namun ianya bukanlah satu pilihan untuk melihat siapa yang akan bermain dalam UCL dan siapa yang akan bermain dalam EPL".
"Sekarang kami akan menentukan pemain terbaik untuk beraksi di atas padang, meskipun kami berhadapan dengan masalah kecergasan dan kecederaan sekali sekala".
"Tetapi kami memerlukan pemain ini sepanjang masa, itu hakikat sebenar".
"Namun perkara pertama yang saya fikirkan, bukanlah penggiliran pemain atau apa sahaja tetapi bermain bolasepak dan teruskan perjalanan kami".
ADMIN
Kita akan saksikan pada pertengahan bulan September nanti. YNWA.
Sumber : Daily Mirror
Comments
Post a Comment