Meskipun kelab kelab EPL dilaporkan menghalang pemain mereka untuk bermain di negara kategori merah, namun perlawanan melibatkan Three Lions tidak berubah.
Dan Gareth Southgate telah menyenaraikan pemain beliau untuk bersama skuad England menentang Hungary ( 02 September ), Andorra ( 05 September ) dan Poland ( 08 September ).
Jordan Henderson dan Trent Alexander Arnold tersenarai, dengan Trent sebelum ini tersisih dari pasukan England ketika kejohanan Euro berikutan kecederaan.
Trent sebelum ini mengalami kecederaan otot paha dalam masa 24 jam sebelum skuad England diumumkan ketika Euro 2020, dengan Jordan Henderson digunakan sebagai pemain rotation ketika itu dengan England hanya mampu meraih gelaran naib juara pada kejohanan tersebut.
Joe Gomez dan Alex Oxlade Chamberlain adalah antara pemain Liverpool yang tidak disenaraikan.
Sepertimana yang diharapkan bahawa kedua dua pemain ini akan kembali tanpa sebarang kecederaan ketika itu, dan akan bersedia untuk beraksi ketika kunjungan ke Leeds akan berlangsung sejurus selepas tugasan antarabangsa.
England akan berkunjung ke Hungary dan Poland ketika itu, dengan penonton pasukan pelawat tidak dibenarkan masuk berikutan penularan Covid 19.
Berikut adalah senarai pemain untuk skuad England dalam September ini.
Comments
Post a Comment