The Reds hanya kehilangan seorang pemain menjelang pertembungan blockbuster Liverpool - Chelsea.
Sebelum ini James Milner diturunkan ketika menentang Norwich City, tetapi tidak dapat diturunkan dalam perlawanan menentang Burnley berikutan mengalami kecederaan sejurus sebelum perlawanan tersebut.
Manakala Andy Robertson pula diletakkan di bangku simpanan ketika perlawanan minggu lepas setelah mengalami kecederaan buku lali ketika menentang Athletic Bilbao awal bulan ini hingga menyebabkan beliau tersisih dalam perlawanan pembukaan EPL.
Dan Klopp mendedahkan bahawa Robbo berkemungkinan akan merebut kembali slot pemain pertahanan kiri dari Tsimikas menjelang pertembungan Liverpool dan Chelsea.
"Robbo telah menjalani latihan minggu ini, sudah pasti beliau berkemungkinan akan diturunkan. Ianya hampir pasti".
"Hanya Milly sahaja belum dapat diturunkan".
"Kesemua pemain lain menjalani latihan - mereka nampak bagus kerana Chelsea bukanlah lawan mudah. Ianya seperti perlawanan UCL, walaupun sebenarnya hanya perlawanan EPL".
Liverpool juga kembali diperkuatkan dengan kehadiran Fabinho yang diberikan pelepasan berikutan pemergian ayahnya, dan juga Alex Oxlade yang kembali menjalani latihan selepas menyambut kelahiran anak pertamanya.
Tambah Klopp :
"Chelsea kini berada dalam prestasi terbaik mereka, sangat berkeyakinan dan telah memenangi UCL musim lepas serta banyak memenangi perlawanan sejak Tuchel berada di sana".
"Jadi pengurus yang bagus dengan skuad yang bagus adalah sesuatu yang terbaik, ramuan terbaik untuk mengharungi musim ini - itulah Chelsea".
"Namun kami bermain di halaman sendiri, kami juga berprestasi baik dan kami mahu gunakan sebaiknya".
ADMIN
Perlawanan malam ini pastinya sesuatu yang dinantikan. YNWA.
Sumber : Liverpool Echo
Comments
Post a Comment