Skip to main content

Sah! Ben Woodburn Menyertai Hearts Of Midlothian Secara Pinjaman Semusim

Beliau kini dipinjamkan ke kelab lain buat kali keempat sepanjang kariernya di LFC.


Pemain berusia 21 tahun ini telah menarik minat Jurgen Klopp dan Pep Ljinders sepanjang latihan pramusim, dengan beliau telah menunjukkan kematangan dalam permainan.

Sebelum ini Woodburn disenaraikan di bangku simpanan ketika perlawanan pembukaan EPL menentang Norwich, dengan beliau sebelum ini juga berada di bangku simpanan dalam 5 perlawanan terakhir liga musim lepas.

Namun setelah kembalinya Thiago dan Hendo bagi memperkuatkan barisan tengah pasukan, Woodburn semakin sukar mendapatkan minit permainan di Liverpool dan beralih arah ke Liga Scotland untuk mendapatkan lebih minit permainan. 

Sebelum ini beliau dijangka untuk menyertai kelab Liga Scotland itu selama separuh musim namun mengambil keputusan untuk menyertai secara pinjaman semusim.

Beliau akan menggunakan jersi bernombor 9 di Tynecastle, dan berkemungkinan besar akan diturunkan dalam perlawanan menentang Dundee United hujung minggu ini.

Woodburn sebelum ini telah dipinjamkan ke Sheffield United, Blackpool dan Oxford FC dengan beliau terpaksa mengharungi pelbagai masalah sepanjang kariernya dengan kecederaan dan jangkitan Covid 19, dan kini bersedia untuk mengorak langkah baru bagi menghidupkan kariernya. 

Beliau adalah pemain kedua yang menyertai pasukan di Liga Scotland selepas Adam Lewis menyertai pasukan Livingston awal musim panas ini. 

Buat masa sekarang, beliau memasuki fasa akhir kontrak beliau bersama Liverpool dan bakal menjadi ejen bebas pada hujung musim ini nanti. 

Sebelum ini pemain seperti Ben Davies telah dipinjamkan ke Sheffield United manakala Leighton Clarkson telah dipinjamkan ke Blackburn Rovers 

ADMIN

All the best Ben Woodburn. YNWA.

Sumber : This Is Anfield

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football