Situasi itu memberikan sepakan penalti buat Liverpool bagi menyamakan kedudukan 1 - 1 dalam perlawanan menentang Chelsea.
Dan Klopp percaya layangan kad merah buat Recce James telah merosakkan permainan dengan Liverpool terpaksa berpuas hati untuk berkongsi mata dengan Chelsea.
Pasukan pelawat ketika itu menjaringkan gol menerusi tandukan lambung oleh Kai Havertz, sebelum Mo Salah menjaringkan gol penyamaan menerusi sepakan penalti.
Kuisan Sadio Mane dilihat terkena tangan Recce James di atas garisan gol sebelum pengadil membuat keputusan untuk melihat semula rakaman menerusi VAR di tepi padang.
Layangan kad merah itu menyaksikan Chelsea terpaksa bermain dengan 10 pemain di atas padang namun gagal untuk menembusi barisan pertahanan Chelsea yang kukuh.
Menurut Klopp :
"Saya tidak sukakan hukuman berganda ketika permainan, namun jika siapa siapa pernah mendengar saya bercakap mengenai peraturan yang diubah mereka telah mengambil maklum tetapi ketika ini peraturan itu masih kekal".
"Ianya tindakan yang amat kejam dan merosakkan permainan".
"Saya sukakan corak permainan kami di separuh masa pertama dan kami menimbulkan masalah buat Chelsea, sama juga di separuh masa kedua tetapi tekanan tinggi buat Chelsea juga".
"Mereka melakukan tugas dengan baik dan layak mendapatkan 1 mata, namun saya lebih sukakan permainan ketika 11 vs 11".
Meskipun hanya mencatatkan keputusan seri ke atas Chelsea semalam, Klopp berpuas hati dengan keputusan perlawanan dengan mengakui pasukan ini sukar untuk ditembusi sebaik sahaja mereka beralih kepada mod defensif pada separuh masa kedua.
Tambah Klopp :
"Saya sukakan perlawanan seperti ini, beberapa tahun lepas kami memenangi perlawanan ke atas Chelsea dengan Mo Salah menjaringkan gol cantik, ianya bukan peluang tetapi satu gol yang bagus".
"Hari ini kami mendapat banyak peluang di separuh masa pertama, namun kami gagal menjaringkan gol tetapi inilah persembahan yang amat baik menentang skuad Chelsea yang kuat sejak beberapa tahun lepas".
"Ianya amat sukar menentang Chelsea dan hari ini kita menyaksikan tetapi saya amat gembira di separuh masa pertama".
"Separuh masa kedua ramai menjangkakan ianya mudah 11 vs 10, namun ianya tidak semudah yang disangka".
ADMIN
Separuh masa pertama masih terbuka, tetapi selepas layang kad merah Chelsea berubah menjadi ultra defensive.
Sesuatu yang perlu Klopp fikirkan. YNWA.
Sumber : Liverpool Echo
Comments
Post a Comment