Skip to main content

Thomas Tuchel : "Ujian Sebenar Romelu Lukaku Adalah Berhadapan Virgil Van Dijk

Bintang Chelsea bernilai £98 juta itu menikmati permulaan yang baik sekembalinya beliau ke kelab dengan menjaringkan gol ke atas Arsenal minggu lepas.


Namun Thomas Tuchel mengambil pendekatan berjaga jaga dengan sesuatu yang menanti mereka di Anfield dan Chelsea pada hari ini. 

Beliau percaya Lukaku akan berjaya mengatasi tekanan itu sambil menyifatkan perlawanan ini bakal membantu pemain itu menyesuaikan diri dalam pasukan ketika ini. 

Menurut Tuchel :

"Beliau telah bermain satu perlawanan bersama kami dan memulakan kariernya dengan baik di sini".

"Bermula dari sana kami membantu beliau memahami akan corak permainan dan taktikal pasukan".

"Ujian sebenar adalah di Anfield ketika ini, dan kita akan lihat selepas itu".

"Namun selepas kami mendapatkan beliau kami tahu kami telah mendapatkan pemain bintang yang berpengalaman, dari segi bermain dalam perlawanan yang besar".

"Beliau sukakan cabaran di sini dan sebab itu saya menjangkakan kita akan melihat sesuatu yang terbaik dari beliau selepas ini".

"Saya tidak pasti adakah beliau akan mencapai tahap terbaik ketika ini, saya rasa tidak kerana beliau hanya bermain satu perlawanan".

"Namun beliau akan menikmati perlawanan terbaiknya hari ini, kerana beliau sukakan perlawanan seperti ini. Beliau pesaing yang hebat menentang lawan yang keras".

Chelsea menewaskan Liverpool 1 - 0 di Anfield pada Mac lepas, dengan ketika itu Liverpool bergelut dengan krisis kecederaan pertahanan.

Namun Tuchel menjangkakan cabaran yang berbeza apabila melihat kembalinya Virgil Van Dijk dan Joel Matip ke dalam pasukan pada musim ini.

"Ianya Liverpool yang berbeza tanpa kehadiran Virgil Van Dijk. Ianya satu realiti dan bukan alasan".

"Bukan disebabkan beliau mampu bermain di tahap terbaik, Van Dijk membuatkan rakan sepasukan berasa selesa".

"Penambahbaikan yang baik sejak Mac dan kehadiran penonton kali ini akan memberikan faktor yang besar di Anfield".

Tapi pada masa yang sama kami juga amat yakin dengan persefahaman yang semakin baik di kalangan pemain yang berpengalaman, dan kami mampu untuk mencabar mereka di tahap ini".

ADMIN

Okay, sama sama kita saksikan malam ini. YNWA.

Sumber : This Is Anfield

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football