Skip to main content

Akhirnya Lengkap 32 Pasukan Untuk Perlawanan Peringkat Kumpulan UCL 2021 2022

Liverpool akan mengetahui lawan mereka dalam peringkat kumpulan pada tengahmalam ini.


Undian akan dilakukan di Istanbul pada malam ini, dengan 32 pasukan akan dibahagikan dalam 8 kumpulan dengan 4 pasukan setiap kumpulan.

Skuad Jurgen Klopp sudah lama mengetahui mereka berada dalam Balang 2, dengan 26 pasukan sebelum ini telah layak secara automatik ke peringkat kumpulan UCL. 

Baki 6 slot untuk ke UCL ditentukan menerusi dua cara - Laluan Juara dan Laluan Liga. Laluan Juara diberikan kepada pasukan Juara Liga negara yang tidak diberikan slot automatik ke UCL, manakala Laluan Liga diberikan kepada pasukan yang bukan juara liga namun menduduki antara tangga terbaik liga masing masing masing. 

Benfica dan Malmo masing masing layak ke peringkat kumpulan, bersama sama Young Boys, Salzburg, Sheriff Tiraspol dan Shaktar Donetsk.

Balang 1 mengandungi pasukan Chelsea selaku Juara Bertahan, Villareal selaku Juara UEL musim lepas dan 6 pasukan juara liga dari Liga Top 6 Eropah. 

Baki 24 pasukan dibahagikan dalam Balang 2, 3 dan 4 mengikut ranking UEFA mereka, di mana ianya ditentukan oleh prestasi pasukan masing masing dalam kejohanan yang sama sejak 5 musim lepas. 

Selaku bekas juara UCL, finalis UCL dan juga mara ke Suku Akhir UCL musim lepas, Liverpool diletakkan dalam Balang 2 bersama sama antara pasukan terbaik di Eropah. 

Liverpool tidak akan diundi bersama sama pasukan dari sama negara seperti Chelsea dan Man City, tidak akan diundi bersama pasukan dalam Balang 2 tetapi akan diundi dengan mana mana pasukan dari Balang 3 dan 4 berdasarkan kelab dari negara mana yang diundi sebelumnya. 

Berikut adalah pasukan dalam setiap balang dengan ihsan foto Stadium Astro.


ADMIN

Jangan lupa bersedia untuk undian pada malam ini. YNWA. 

Sumber : Liverpool Echo

Comments

Popular posts from this blog

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football

Media : Harvey Elliot Tamatkan Musim Bersama Blackburn Rovers Dengan Gol Peribadi Ketujuh

Ianya perlawanan terakhir beliau bersama Blackburn Rovers musim ini selain daripada menyumbangkan 11 assist kepada pasukan. Meskipun beliau memulakan perlawanan di bangku simpanan, ianya tidak menghalang beliau untuk menyumbangkan satu gol sekaligus mengakhiri karier sementaranya bersama Blackburn dengan gaya tersendiri.  Beliau dibawa masuk ketika perlawanan berbaki 30 minit dan ketika itu Blackburn mendahului Birmingham dengan 3 - 2.  Dengan perlawanan berbaki 10 minit, Elliot melakukan larian dari sayap kanan ke kawasan tengah.  Beliau menyambut baik hantaran Corey Evans, sekaligus melakukan tendangan lob melepasi penjaga gol Birmingham untuk menjaringkan gol keempat Blackburn.  Saksikan. Setakat ini Elliot merupakan sumber kreatif buat pasukan Blackburn musim ini, selain daripada 7 gol, 11 assist dan baru berusia 18 tahun pada April lepas. Selepas ini Elliot akan kembali ke Liverpool dan berkemungkinan berlatih dalam skuad utama untuk pramusim.  Kreativiti beliau mungkin diperlukan