The Reds sebelum ini telah menghalang sebahagian pemainnya untuk terlibat dalam tugasan antarabangsa dalam kelayakan Piala Dunia.
Kelab kelab EPL telah melakukan keputusan untuk menghalang mana mana pemainnya beraksi untuk pasukan kebangsaan yang dikategorikan sebagai zon merah, dengan Brazil merupakan salah satu terlibat.
Keputusan itu dilakukan supaya pemain pemain yang terlibat tidak akan menjalani kuarantin sekembalinya mereka ke England.
Roberto Firmino dan Fabinho juga dihalang untuk menyertai skuad kebangsaan dengan Brazil akan menentang Chile, Argentina dan Peru dalam kelayakan Piala Dunia.
Hanya perlawanan menentang Argentina sahaja yang akan berlangsung di Brazil, dengan perlawanan menentang Chile dan Peru diadakan di halaman lawan.
Dan berikut adalah reaksi Alisson :
"Secara jujurnya saya rasa bersalah, kerana saya mahu bermain bersama pasukan kebangsaan dan juga pasukan Liverpool".
"Saya tidak mahu dihukun kerana melakukan keputusan. Tetapi dari apa yang saya faham, ianya bukan suatu keputusan. Kami tidak mempunyai pilihan lain".
Sebelum ini pemain dari negara lain, Mo Salah turut tidak dibenarkan bersama pasukan Egypt kerana negara itu dikategorikan sebagai negara merah.
Liverpool telah memberikan maklumbalas kepada Egyptian FA mengenai keputusan itu dan membenarkan beliau bersama pasukan ketika menentang Gabon pada 05 September, dengan negara itu tidak disenaraikan sebagai negara merah.
Namun kelab tidak membenarkan Mo Salah untuk menyertai sesi latihan di negara beliau dan juga beraksi di Angola pada 02 September.
ADMIN
Ianya sudah ketetapan UK dan Liverpool harus mengambil keputusan itu.
Sumber : Liverpool Echo
Comments
Post a Comment