The Reds gagal memanfaatkan peluang untuk meraih 3 mata penuh setelah Chelsea terpaksa bermain 10 orang di separuh masa kedua dengan Recce James dilayangkan kad merah.
Jurgen Klopp menyenaraikan semula Robbo dalam kesebelasan utama, sambil menggandingkan Hendo - Fabinho - Elliot di barisan tengah.
Manakala Chelsea menyenaraikan penyerang termahal mereka Romelu Lukaku yang digandingkan dengan Kai Havertz dan Mason Mount.
Liverpool memulakan perlawanan dengan agak garang dengan Elliot melakukan percubaan pertama dari luar petak seawal minit ke 3 namun tepat ke Mendy.
Minit ke 9 menyaksikan hantaran jauh Trent tepat menemui Hendo yang berada di hadapan gol tetapi kuisan beliau tersasar dari pintu gol.
Namun pasukan pelawat terlebih dahulu membuka jaringan dengan Kai Havertz meluru ke near post untuk menanduk bola hasil sepakan sudut melepasi jangkauan Alisson pada minit ke 21.
Chelsea semakin bergaya menguasai perlawanan terutama di bahagian tengah, dan hampir menambah gol apabila pemain Chelsea merampas bola dari kaki Firmino dengan rembatan Mount ketika itu gagal menemui pintu gol pada minit ke 35.
Klopp mengeluarkan Roberto Firmino di minit ke 42 dan memasukkan Diogo Jota, berikutan kecederaan yang dialami Firmino.
Liverpool hampir menyamakan kedudukan apabila berlaku situasi kelam kabut di hadapan gol Chelsea, dengan tandukan Matip terkena palang dengan Mane serta Jota berusaha untuk menolak bola ke gawang namun dikeluarkan Recce James pada minit ke 44.
Hasil rakaman VAR selepas itu mendedahkan James telah menahan bola menggunakan tangan dengan sengaja, sekaligus pemain itu dilayangkan kad merah.
Mo Salah tidak mempersia sia peluang itu dengan sepakan penalti di masa kecederaan separuh masa pertama.
Bersambung babak kedua, Chelsea lebih banyak menyerap tekanan Liverpool yang nampak agresif menyerang.
Jota hampir menambah gol Liverpool menerusi hantaran lintang outside foot dari Mo Salah tetapi sedikit melewati palang pada minit ke 50.
Di minit ke 57, rembatan luar petak Hendo hanya sedikit sipi dari pintu gol Chelsea.
Seminit selepas itu, rembatan Fabinho ditepis Mendy manakala sepakan sudut yang terhasil dari situasi tadi disambar Robbo dengan menyaksikan Mendy lagi bertindak cemerlang menepis rembatan itu.
Melihatkan pasukan Liverpool menguasai kawasan padang, Thiago dimasukkan bagi menggantikan Hendo pada minit ke 73 bagi membantu kelab mencatatkan kemenangan.
Serangan pantas di minit ke 84, menyaksikan peluang Mo Salah di hadapan gol selepas serangan pantas Liverpool dimanfaatkan oleh Jota untuk memburu gol namun lemah buat Mo Salah.
Pertukaran terakhir melibatkan Tsmikis dibawa masuk pada minit ke 86 bagi menggantikan Robbo.
Namun pertukaran itu gagal membuahkan hasil dengan kedua dia pasukan terpaksa berkongsi mata di EPL selepas tiupan wisel.
ADMIN.
Kecewa. Rilek. YNWA.
Comments
Post a Comment