Antara pemain yang disebut sebut adalah Sadio Mane, yang dianggap tidak perform lagi semalam.
Part 1: Semut dan Kismis.
Jenuh baca di medsos yang berleluasa mengatakan bahawa Mane lah punca kegagalan hingga menjadikan keputusa seri semalam.
Antaranya, "Mane kerap hilang bola", "Mane tak perform" tapi yang rasanya tak boleh diterima daripada luar negara menyatakan bahawa "Mane Tak Perform Sejak Covid".
Mane baru sahaja menjaringkan gol pada game lepas. Gol yang penting untuk men'confirm'kan kemenangan LFC dengan Burnley. Jika se'dekat' itu sumbangan Mane tidak diingati, maka sebenarnya susah nak sembang dah.
Ini kerana mungkin tak nampak bahawa gol penalti itu, bermula daripada tandukan ke belakang Mane disambut oleh Matip. Kemudian Mane jugalah yg menyepak bola sehingga ditahan dengan tangan secara sengaja atau tidak oleh Recce James.
Saya tak pasti mereka ini kurang makan kismis atau banyak makan semut.
Ini adalah rentetan kepada post review saya dalam game semalam ke atas isu yg saya dah raisekan semalam. Saya kupas sedikit tentang betapa confirmnya penalti tersebut, Red Card Kill The Liverpool Opportunity, Subs Plan, First Eleven Plan dan Subs Depth kita. Benda ni boleh baca kat bawah:
https://chemanlmreds.blogspot.com/2021/08/analisis-bos-lmreds-seri-pada-hari-ini.html?m=1
Bagi menzahirkan ke'scapegoatan' Mane ini, saya cuba letakkan bukti kuantitatif dan kualitatif sebagai panduan.
Part 2 : Tiada Pandangan Yang Salah
Sebelum nak cerita pasal pandangan, saya lebih demokratik bercirikan "Keluarga Malaysia" kali ini. Tiada pandangan yg salah.
Pandangan tsebut betul dan ianya adalah asas daripada mana ANDA MAHU LIHAT dan daripada mana anda MAHU ORANG LIHAT pandangan anda.
Sebagai contoh mudah, jika anda melihat kenderaan. Jika dilihat kepada kereta Myvi. Anda mungkin nak lihat kepada penjimatan minyak. Memang Myvi menjimatkan minyak. Myvi tahan lasak, memang Myvi tahan lasak. Tapi Myvi masih ada 'weakness' tersendiri. Secara pandangan yg lebih besar, Myvi ini memang sangat bagus utk rakyat marhaen seperti saya.
Analogi yang mudah yg lain jika kita bawak 3 orang yg berlainan background iaitu engineer, agamawan dan kontraktor melihat ke arah laut, engineer melihat sebagai minyak, agamawan melihat kepada kekuasaan tuhan, kontraktor melihat kepada pembangunan dan business perikanan.
Kesemua pendapat betul. Tetapi, jika daripada peringkat yg lebih strategik, lebih tinggi laut ini dilihat sebagai sumber kewangan/makanan, sempadan,nasionalisasi dan keselamatan bagi sebuah negara.
Agamawan, kontraktor, engineer adalah subject matter expert (SME) utk bidang masing masing But the decision maker akan membuat satu keputusan yg strategik yang terbaik utk keseluruhan.
Some weakness, some decision memang unfavour dan tak popular. Tapi for sake utk keseluruhan, itu yg terpaksa dilakukan.
Ini sebagai eksesais utk bagi buka minda jika anda mahu bukakannya.
Part 3 : Gol atau Bolos Adalah Kerja Kolektif Bukan Individu
Zaman dah berubah. Sesuatu yang terjadi bukan hanya satu orang sahaja. Ini adalah collective work. Namun, secara lumrah, apabila score goal scorer akan dipuja. Yang assist tu ada dapat tempias. Tapi yang 2nd pass assist dan sebelumnya tak akan dapat apa-apa benefit. Ini bukan zaman orang gemuk jadi keeper atau defend, yg kurus jadi striker.
Sudah banyak teknikal dan taktikal web yangt unjukkan bukti bahawa semua gol dijaringkan dpd build up dari bawah. Mungkin 20 - 50 ke atas passing sebelum dapat satu kill pass and 1 finishing and gol. Berapa banyak switch play, berapa banyak off ball movement, berapa banyak shadow run yang 'membenarkan' final pass tersebut berlaku as assist dan finishing ke arah gol tersebut diberi ruang Benda ni orang 'masih tak peduli' sangat sebenarnya
Sama jugalah jika berjaya save, yang dipandang adalah keeper atau last back yang block. Tapi any movement sebelum itu, closed down, recovery run dan semua itu dipandang enteng je.
Sekali lagi saya menanyakan kepada anda, adakah anda perasan bahawa Mane punya header menyebabkan Matip sambut dan berlakulah penalti chance dan red card tersebut? Tidakkah anda perasan bahawa Mane lah yg shoot bola ke gawang menyebabkan Recce kena kad merah? Orang hanya fokus penalti Salah itu pasti. 'involvement' Mane masa itu ramai org terlepas pandang.
Maka sebenarnya, jika sebuah team itu tak berjaya menjaringkan gol sebenarnya adalah sebab kolektif bukan individu. Especially attacking unit la.
Walaubagaimanapun, saya percaya bahawa beberapa keadaan, kita perlu individu brilliant utk dapatkan gol atau save the own post.
Dalam menjadi contender, anda perlu banyak individu brilliant. Famous quote, "Win Ugly' or "Ugly Win' menyebabkan SAF dan JM mendominasi EPL sebelum ini.
Walaupun contoh AW dan PG menang sebagai satu unit attacking, tapi kemenangan gelaran itu disebabkan banyak individu brilliant dalam banyak occasion. Cukup lah kita ambil JK menang EPL disebabkan banyak individu brilliant. Gol Origi vs Everton, gol Shaqiri vs Man U, banyak sangat nak tulis.
Saya mungkin bersetuju bahawa Shaqiri mampu untuk create something from nothing. Cuma saya tak bersetuju jika statement 'rindu Coutinho sebab long shot' atau Origi brilliant.
Origi telah lama menghilang entah ke mana. Coutinho brilliant secara bukti saintifiknya, saya telah buktikan bahawa Coutinho jarang benar create something jika menentang team besar atau deep defending. Dia hanya mampu cipta magic dalam game 'kecik' . Nanti saya extract statistic lama saya.
Saya mungkin boleh terima kalau nak beli inside striker atau any forward across 3 position. tetapi saya sangsi kalau Klopp nak gunakan kreatif mid No 10, atau mungkin No 10 dalam setup dia. Mungkin boleh, tapi the whole system akan reshuffled.
Maksudnya mungkin Arnold dan Robbo takkan jadi assist terbanyak lagi. Mungkin dengan pure striker, Salah tak mampu score lagi. Mungkin dengan No 10, kita tak perlu pakai formasi 4-3-3 dah. Benda yg kita "mintak" tu akan effect the whole system. Sebab jenis player yg kita minta tu bukan utk sistem klopp sekarang ni.
Part 4 : Hanya Mane Underperform? Bukti Kuantitatif 3 Perlawanan Sebelumnya
Salah satu indicator teknikal yang saya selalu gunakan adalah Whoscored. Kalau ada, minta tolong suggest dekat bahagian komen ya.
Dalam WS ini, mereka akan indicate rating berdasarkan 'involvement' dalam game. Involvement ini bukan hanya tertumpu kepada penyerang untuk attacking attribute sahaja.
Semua pemain akan dihitung dalam elemen defending dan attacking. Dan rating individu ini akan dijumudkan dalam rating pasukan. Pada pandangan saya tiada bukti saintifik lain yang setanding WS ketika ini.
Dalam 3 game yang lepas, saya akan listkan 4 pemain penyerang iaitu Bobby, Salah, Mane dan Jota. Saya akan letakkan stats Gol, Assist dan saya akan letakkan total rating.
Norwich
Jota - 1 gol/ 0 assist / 7.2 rating
Salah - 1 gol/ 2 assist /9.2 rating
Boby - 1 gol/ 0 Assist / 7.5
Mane - 0 gol/ 0 assist/ 7.6
Burnley
Jota - 1 gol/ 0 assist/ 7.7 rating
Salah - 0 gol/ 0 assist/ 7.3 rating
Boby - 0 gol/ 0 assist/ 6.3 rating
Mane - 1 gol / 0 assist/ 8.0 rating
Chelsea (LFC total 6.70)
Jota - 0 gol/ 0 Assist/ 6.6 rating
Salah - 1 gol/ 0 assist/ 7.3 ratig
Bobby - 0 gol/ 0 assist/ 6.2 rating
Mane - 0 gol/0 assist/ 7.0 rating
Daripada butiran diatas ada beberapa kesimpulan awal yang kita boleh buat. Gol/assist bukan menunjukkan penanda aras 'involvement' pemain itu dalam game tersebut.
Gol/assist membantu menaikkan rating, tetapi bukan absolute figure utk menunjukkan pemain itu cemerlang dalam game tersebut.
Ada banyak pemain yg tak 'diiktiraf' bagus dalam game oleh peminat, sebab bukan scorer atau assister.
Mane bukanlah terburuk. Bahkan mungkin kedua terbaik jika kita total semua point, tercicir di belakang Salah. Ketiga Jota dan last Firmino. Firmino & Jota keduanya tak dapat full game seperti Mane dan Salah.
So, bagi yang mengatakan Mane out perform musim ini, saya rasa satu pandangan yang tidak menyeluruh.
Part 5 : Mane vs Chelsea Secara Statistik
Saya akan perincikan setiap satu indicator utk keempat2 pemain vs Chelsea ini.
Shot - Jota(3), Salah (3), Firmino (0) Mane (3) = LFC (24)
Possesion - Jota(1.8%), Salah (4%), Firmino (1.6%) Mane (3.9%) = LFC (65.7%)
Pass % - Jota(74), Salah (90), Firmino (94) Mane (75) = LFC (86%)
Dribble - Jota(0), Salah (1), Firmino (2) Mane (0) = LFC (4)
Aerial Won - Jota(2), Salah (0), Firmino (1) Mane (2) = LFC (21)
Tackle - Jota(1), Salah (0), Firmino (1) Mane (3) = LFC (11)
Dispossed - Jota(1), Salah (4), Firmino (3) Mane (6) = LFC (18)
Total Pass - Jota(20), Salah (45), Firmino (19) Mane (44) = LFC (695)
Interception - Jota(1), Salah (0), Firmino (1) Mane (3) = LFC (11)
Block - Jota(2), Salah (0), Firmino (0) Mane (6) = LFC (16)
Loss of Possession - Jota(4), Salah (6), Firmino (4) Mane (12) = LFC (35)
Ok daripada data di atas, saya buktikan bahawa benar pendapat yg menyatakan Mane off form sebab banyak hilang bola. Mane hilang bola tanpa diganggu oleh opponent sebanyak 6 kali (dispossesion) dan Mane hilang bola apabila ditackle (non dispossesion) sebanyak 6 kali lagi menjadikan total loss of possesion.
Tetapi adakah itu sahaja yang anda mahu lihat?
Cukup saya senaraikan ringkas, Mane tackler terbanyak utk LFC semalam dengan 3 kali. Interception terbanyak. Yup dia hilang banyak bola, dan salah satu sebab adalah dia memegang bola yg paling banyak utk front 3/4 sedia ada. Passing rate yg kedua terbagus termasuk total possesion. Aerial terbagus bersama Jota. Secara rumusannya, Mane berada di prestasi yang bukan terbaik tapi for sure above average.
Rating average LFC semalam adalah 6.7 dan top 7 from below performance smalam adalah Hendo (6.3), Allison (6.4), Firmino (6.4)*, Thiago (6.4)*, Tsimkas (6.1)*, Jota (6.6)* Elliot (6.6). Even Matip dan Van Dijk hanya mencapai 6.9. Hanya Mane, Arnold dan Salah berada 7.0 and above.
(*) indicator player yg xcomplete 90 minit.
Malas nak komen pasal Jota 'kesayangan' peminat kerana walaupun Jota sebenarnya perform lebih teruk daripada Mane.
Namun, saya juga tidak salahkan Jota, kerana midfielder setup lain (tiada Keita) dan Left back lain, Robbo sedikit outperform berbanding kebiasaannya. So semua benda ada kaitan dan dipanggil snow-ball effect.
Dan macam saya tulis dalam nukilan saya sebelum ini, Mane ditenggelam kerana ketiadaan 'Tsimikas' yang dah ada connection dalam 2 games sebelum ini.
So, anda boleh tengok sekali lagi semua indicator dan anda nilailah sendiri. Saya percaya, itulah antara sebab mengapa posisi Mane masih tidak dapat diancam dan mengapa Liverpool susah untuk mendapatkan pengganti abadi Mane buat masa ini.
Part 6 : Bukti Kualitatif
Bagi yang tidak suka dan tidak percayakan data, saya juga menyediakan site rating samada daripada wartawan dan peminat.
Mengapa saya suka melihat rating ini, kerana mereka berada di padang, berada di media room dan melihat semua movement secara 'EAGLE EYE". Bahkan kita yg melihat di tv lebih kepada "TV View' atau "Comercial View' jika setting dalam FIFA 2021 atau WInning Eleven 21.
Dalam masa sama, wartawan koresponden ini, yang selalu mendapatkan berita, menerumaramah pengurus dan staf, mempunyai connection dengan insider Liverpool. Bahkan orang yang paling dekat dengan management Liverpool adalah koresponden ini lah. Mereka ini sebenarnya penghubung kepada peminat dan management.
Bagi bukti kualitatif, saya pecahkan kepada 2 bahagian, 1 web neutral dan 1 bahgian pro Liverpool.
Dan semestinya saya akan senaraikan semua keempat-empat player punya rating
a. Pro Liverpool
(1) This is Anfield
Salah (7) - Sangat cool jaringkan gol. Kecewa kerana tak dapat fouls ketika bergelut dengan Alonso. Banyak lakukan larian daripada belakang
Firmino (7) - Ujian sebenar. Tidak berhenti berlari sepanjang 40 minit utk harrasing dan pressing termasuk tackle. Link sgt bagus. Keluar kerana injured.
Jota (5) - Tidak bagus dalam tandukannya (shot). Sangat kurang terbabit dalamm perlawanan. First touch kadang kala out.
Mane (7) - Sgt busy dengan serangan. Link up terbaik mempunyai peranan terbesar dalam mendapatkan penalti. Sangat bekerja keras utk close down ketika defend. Tetapi gagal dalam beberapa passing. Ada kesilapan keputusan semasa transisi.
(2) Liverpool Echo
Salah (8) - Menyebabkan Alonso tak cukup tanah secara konsisten.
Firmino (6) - Busy dan involve dalam kebanyakan bola sebelum dikeluarkan.
Jota (6) - Press engine menggantikan Firmino dan mempunyai 1 chance.
Mane (7) - Menyebabkan Recce keluar dan sentiasa mengganggu bahagian defend Chelsea.
(b) Site Neutral
(1) NBC
Salah (7) - Jaringkan gol dan selalu bagi masalah bahagian defend Chelsea
Firmino (5) - Dikeluarkan awal kerana injured. Nampak tidak sharp.
Jota (6) - Benar hampir menjaringkan gol dalam 2 situasi. Sangat bertenaga.
Mane (7) - Mendapatkan penalti. Bekerja sangat kuat.
(2) BBC
Salah (5.9)
Firmino (5.35)
Jota (5.49)
Mane (5.50)
Rasanya cukuplah 4 site yg mengatakan bahawa Mane perform much better daripada Jota sekurang2nya. Saya setuju, bahawa Mane tidak begitu baik prestasinya, namun, mengapa nama Mane sahaja yg dibangkit? Bukan bersama nama Jota, Robbo dan sebagainya?
Tambahan sikit saya letak Fantasy Point utk Keempat-empat pemain ini juga.
Salah (10 pts)
Firmino (1 pts)
Jota (1 pts)
Mane (5pts) - Sebab assist Penalty
*Melepas siapa yg buat Jota jadi kapten....
RUMUSAN
Sekali lagi saya nyatakan bahawa pandangan berkenaaan Mane 'teruk' juga ada benar. Namun, itu hanya daripada satu sudut yg nipis berbanding keseluruhan involvementnya dalam game semalam.
Peranannya tidak dipandang dan dilupakan walaupun adalah punca mengapa Liverpool berjaya penalty & gol. Mane dalam Fantasy Point turut dikira sebagai assist kepada penalty yang dijaringkan oleh Liverpool.
Ini juga tidak bermakna saya anti-Jota atau mempunyai blue-eye boy Firmino atau Mane. Ini adalah berdasarkan data dan pemahamanan saya sendiri berkenaan isu 'scape-goat' yang fokuskan. Samalah senada seperti mana Wijnaldum mengatakan bahawa 'some medsos' boleh dikira sebagai toxic (juga tidak bermakna saya menyokong Wijnaldum 'menyalahkan' pemergiannya kerana fan di medsos'. )
Besar harapan saya agar budaya 'scapegoat' ini 'dikurangkan' walaupun tidak dapat mengubah keseluruhannya, cukuplah bagi mereka yang ingin melihat daripada dimensi yang lain pula dalam circle saya.
Di penghabisan kali ini, saya KERASKAN bahawa semua ini adalah pendapat peribadi semata-mata. Dan its open to agree or disagree.....
ADMIN
So isu scapegoat ni memang berlarutan sejak beberapa tahun lalu. Hendo, Gini, Lovren .....
Comments
Post a Comment