Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2021

Liverpool Ucapkan Selamat Tinggal Buat Tiga Pemain Utama Setelah Kontrak Mereka Berakhir

Kontrak mereka bersama kelab berakhir pada 30 Jun.  Secara rasminya ketiga tiga pemain itu mengakhiri karier mereka bersama kelab dengan tarikh 30 Jun adalah tarikh signifikan kontrak setiap pemain berakhir dengan pintu perpindahan dibuka pada 01 Julai.  Ianya termasuk pemain yang dipinjamkan ke kelab lain, walaupun mereka sebelum itu telah kembali ke kelab asal lebih awal.  Perpindahan yang diketahui umum adalah mengenai perpindahan Gini Wijnaldum, yang sebelum ini menabur bakti selama 5 musim di bawah Jurgen Klopp.  Sebelum ini pemain dan pengurus berharap dapat bekerjasama lebih lama di Anfield, namun ianya gagal dipersetujui secara terma. Setelah dikaitkan dengan perpindahan ke Juventus, Barcelona dan Bayern akhirnya Gini memilih untuk menyertai PSG pada hari ini.  Gini melakukan 237 penampilan bersama Liverpool serta menjaring 22 gol sepanjang kariernya di Anfield dengan membantu kelab memenangi UCL, Super Cup, Club World Cup dan EPL.  Pemain seterusnya adalah Yaser Larouchi, di m

Respond Joachim Low Kepada Jurgen Klopp : "Setiap Jurulatih Mempunyai Filosofinya Sendiri"

Beliau mempertahankan pendekatan beliau dalam skuad Germany setelah jurulatih Liverpool itu mempersoalkan formasi pilihan beliau. Joachim Low sebelum ini menurunkan tiga pemain pertahanan tengah serta pemain sayap pertahanan, di mana beliau mendakwa formasi itu berkesan ketika kejohanan Euro ini dengan berhadapan Portugal dan Hungary sebelum melangkah ke Pusingan Kedua Kalah Mati. Minggu lepas Klopp mendedahkan beliau tidak gemarkan formasi pertahanan tersebut dan lebih sukakan 3 pemain berada di kawasan tengah. Walaupun bukan pengurus Liverpool itu sahaja yang mempersoalkan pemilihan formasi Low, namun Low membidas kembali kenyataan Klopp mengenai pemilihan tersebut. "Setiap jurulatih mempunyai filosofi dan idea yang berbeza. Bukan faktor utama sistem itu dilakukan di atas padang". "Setiap jurulatih, Jurgen Klopp, saya, jurulatih England mereka akan memikirkan sistem terbaik untuk pasukan mereka dan apa yang penting adalah posisi ketika bertahan dan melakukan serangan&q

Jurgen Klopp : "Sesuatu Yang Tidak Masuk Akal Jika Menidakkan Harapan Germany"

Germany akan menentang England dalam perlawanan Pusingan Kedua Kalah Mati seterusnya tengahmalam nanti. Dan Jurgen Klopp menegaskan ianya sesuatu yang tidak masuk akal jika menidakkan peluang Germany untuk mara ke pusingan selanjutnya meskipun mengalami turun naik prestasi dalam kejohanan ini.  Joachim Low sebelum ini menyaksikan pasukannya menang bergaya ke atas Portugal sebelum bergelut untuk mencatatkan keputusan seri menentang Hungary sekaligus mara ke pusingan selanjutnya.  Namun kini Germany sedang melalui fasa perubahan dengan masih lagi dianggap salah satu pasukan pilihan bersama sama England untuk menjuarai kejohanan ini.  Menurut Klopp apabila ditanya mengenai peluang Germany melangkah ke Suku Akhir : "Menidakkan peluang Germany adalah sesuatu yang tidak masuk akal". "Mereka bermain dengan baik ketika menentang France, menguasai perlawanan ketika menentang Portugal seperti beberapa tahun lepas". "Mereka sukar ketika menentang Hungary. Namun semuanya j

Euro 2020 | Shaq dan Thiago Bersama Negara Masing Masing Layak Ke Suku Akhir

14 gol terhasil daripada 2 perlawanan Pusingan Kedua Kalah Mati sahaja awal lagi tadi. Perlawanan awal menyaksikan Thiago Alcantara tidak diturunkan dalam perlawanan antara Spain dan Croatia, dengan menyaksikan perlawanan yang menarik tetapi Spain menewaskan Croatia 5 - 3 selepas masa tambahan.  Skuad kendalian Luis Enrique mendahului 3 - 1 hingga di 5 minit terakhir perlawanan apabila Croatia menyamakan kedudukan menerusi jaringan lewat Mislav Orsic dan Mario Pasalic.  Namun begitu Alvaro Morata dan Mikel Oryazanbal menjaringkan 2 gol di masa tambahan bagi membolehkan Spain mendahului lagi dan seterusnya layak ke Suku Akhir.  Satu lagi perlawanan menarik antara France dan Switzerland menyaksikan Xherdan Shaqiri bermain selama 73 minit perlawanan. Dua gol lewat Swiss membolehkan kedudukan terikat 3 - 3 hingga membawa perlawanan ke masa tambahan, dan kemudian dimenangi Swiss dengan penentuan sepakan penalti 5 - 4.  Thiago dan Shaqiri akan berhadapan sesama sendiri dalam perlawanan Suku

Kalvin Phillips : "Saya Jangkakan Jordan Henderson Akan Kembali Dalam Kesebelasan Utama England"

Namun beliau sedar beliau kini menghadapi persaingan posisi dengan kapten Liverpool itu. Kalvin Phillips menjangkakan Jordan Henderson akan diturunkan dalam kesebelasan utama England setelah pulih sepenuhnya dari kecederaan.  Kapten Liverpool itu diturunkan buat pertama kali ketika separuh masa kedua dalam perlawanan England menentang Czech, di mana ianya perlawanan kompetitif pertama yang dilalui beliau sejak Februari.  Berbanding dengan Kalvin Phillips yang telah diturunkan dalam setiap perlawanan melibatkan pasukan England.  Disebabkan Hendo masih menghadapi kekurangan minit perlawanan sebelum kejohanan beliau menjadi sasaran kritikan daripada beberapa pundit seperti Roy Keane dan Gabby Agbonlahor berikutan pemilihan ke dalam skuad Southgate.  Namun Kalvin Phillips adalah antara beberapa pemain yang menegaskan kepentingan Hendo di dalam pasukan buat masa sekarang.  Kalvin Phillips juga menyatakan Hendo merupakan salah satu pesaing beliau dalam posisinya dalam skuad England tetapi ti

Euro 2020 | Perjalanan Diogo Jota Bersama Portugal Tersekat Di Round Of 16

Belgium menumbangkan juara bertahan Euro itu di Seville dengan jaringan 1 - 0. Beliau diturunkan dalam kesebelasan utama menentang Belgium dan mempunyai peluang untuk menjaringkan gol dalam perlawanan tersebut sebelum dibawa keluar pada minit ke 70.  Jaringan tunggal dari luar petak penalti oleh Thorgan Hazard memastikan Belgium mara ke peringkat seterusnya.  Jota sebelum ini melakukan penampilan dalam keempat empat perlawanan Euro dengan menyumbang 1 gol dan 1 assist. ADMIN Takde luck untuk pemain penyerang Liverpool ini. Boleh rehat awal. YNWA.  Sumber : Liverpool FC

Basel Berminat Mendapatkan Liam Millar - Kini Dalam Perbincangan Lanjutan Bersama Liverpool

Beliau juga berminat ke kelab Swiss itu dan nilai perpindahan beliau dijangka mencecah £2 juta. The Athletics difahamkan perbincangan kini sedang dilakukan antara kelab dengan fokus perbincangan adalah mengenai pakej bayaran. Liverpool mahukan klausa penjualan semula dimasukkan dalam terma persetujuan di antara kedua dua kelab.  Millar sebelum ini telah menarik beberapa kelab lain seperti New York Red Bulls, Odense, Blackpool dan Charlton Athletics.  New York telah cuba untuk mendapatkan khidmat pemain ini pada Januari 2020, sejurus beliau kembali dari pinjaman di Kilmarnock.  Pemain berusia 21 tahun itu telah dipinjamkan ke Charlton pertengahan musim lepas di mana beliau menjaringkan 3 gol dari 27 penampilan. Pemain kelahiran Toronto ini telah menyertai akademi Liverpool dari Fulham pada 2016. Beliau kini merupakan kapten pasukan Bawah 23 Tahun Liverpool. Satu satunya penampilan senior beliau adalah ketika menentang Shrewsbury Town pada Februari 2020. Bersama Canada, beliau kini telah

Analisis Bos LMREDS | Jangan Ragu Ragu Jika Jurgen Klopp "Jual" Pemain Itu

Artikel panjang namun berbaloi untuk difahami. EPILOG : SHAQIRI & GINI  Mood Euro lagi berlegar-legar, dan saya juga telah menulis sedikit mengenai Wijnaldum & Shaqiri yang dikatakan 'tidak sepower' di Liverpool. Mungkin pada sesetengah orang 'power' diukur dari segi 'gol dan assist'.  Namun, bagi saya GIni antara pemain yg paling 'sempurna' utk memainkan role yg diamanahkan dengan konsisten dengan injury free. Bagi Shaqiri dirinya masih tidak 'adapt' sepenuhnya namun antara supersub paling berpengaruh utk Liverpool. Dalam artikel yg sebelum ini dinyatakan bahawa Gini dan Shaqiri bermain sebagai No 10 role di negaranya.  Satu role impian bagi kebanyakan fan yang 'tak move on' mahukan creative player di Liverpool. Dan dinyatakan Mengapa Klopp tidak mungkin ambil pemain yang 'creative' sepertimana Coutinho. Artikel adalah seperti di bawah: https://chemanlmreds.blogspot.com/2021/06/analisis-bos-lmreds-mengapa-shaq-dan.html?m=

Euro 2020 | Neco William Dan Harry Wilson Beraksi Bersama Wales Sebelum Tersingkir

Kedua dua pemain itu bermula dari bangku simpanan dengan Wales ditundukkan oleh Denmark 4 - 0. Neco William turun menggantikan Connor Roberts sebelum tamat separuh masa pertama berikutan kecederaan di Amsterdam, dengan dua gol oleh Kasper Dolberg dan masing masing satu gol oleh Joakim Maehle dan  Martin Braithwaite. Dan Harry Wilson diturunkan di lewat separuh masa kedua, dengan menyaksikan beliau dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan di hujung perlawanan.  ADMIN Bukan rezeki untuk mereka berdua. YNWA.  Sumber : Liverpool FC

Ibrahima Konate Tidak Tersenarai Dalam Skuad Olimpik France

Beliau akan terlibat penuh dalam latihan pramusim bersama Liverpool pertengahan bulan hadapan. Sebelum ini Liverpool telah menyatakan mereka akan menghalang mana mana pemainnya untuk menyertai skuad Olimpik ke Tokyo, dan kini sah Konate tidak akan menyertai skuad ke Olimpik France.  Ibrahima Konate sebelum ini telah menyertai skuad Bawah 21 France untuk Kejohanan Euro Bawah 21, dan berkemungkinan besar dipanggil semula untuk skuad Olimpik France ke Tokyo.  Namun sebarang penglibatan beliau dalam skuad kebangsaan kali ini mungkin memberi impak terhadap persediaan beliau dalam permulaan musim liga bersama Liverpool.  Dengan kejohanan itu tidak diiktiraf oleh FIFA, kelab mempunyai hak untuk melarang pemain mereka untuk menyertai skuad Olimpik dan Konate bakal tampil dalam hari pertama pramusim bersama Liverpool pada 12 Julai hadapan. Ianya termasuk Takumi Minamino, namun Jepun telah menyenaraikan Maya Yoshida, Hiroki Sakai dan Wataru Endo untuk terlibat dengan skuad Olimpik Jepun.  Sejak

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Benfica Kemukakan Tawaran Rasmi Buat Harry Wilson Namun Liverpool Mahukan Bidaan Lebih Tinggi

Perbincangan antara kedua dua kelab itu gagal termeterai dengan The Reds menganggap nilai €15 juta itu terlalu rendah. Pemain berusia 24 tahun itu telah menjaringkan 7 gol dan menyumbangkan 12 assist dalam 37 perlawanan bersama Cardiff musim lepas.  Ianya merupakan kali kelima beliau dipinjamkan ke kelab lain setelah menghabiskan masa dengan Crewe, Hull City, Derby County dan Bournemouth. Dan difahamkan kelab Portugal itu telah melakukan tawaran rasmi kepada Liverpool, namun perbincangan antara kedua dua kelab telah terhenti berikutan gagal mempersetujui mengenai nilai perpindahan tersebut.  Namun begitu Liverpool menjangkakan mereka akan kembali dengan tawaran lebih besar selepas ini.  Sebelum ini Liverpool pernah menolak nilai perpindahan oleh Burnley terhadap pemain itu yang bernilai € 11 juta, dan kelab berminat harus melakukan bidaan sekurang kurangnya € 15 juta berdasarkan persembahan pemain ini sejak musim lalu.  Selain itu pendatang baru EPL Brentford menyatakan minat untuk pem

Jordan Henderson : "Jurgen Klopp Memberikan Pesanan Teks Emoji Kepada Saya"

England akan menentang Germany dalam pusingan kedua kalah mati Euro 2020 di Wembley.  Dan Hendo mendedahkan bahawa pengurus Liverpool itu telah mengganggunya menjelang pertemuan dua seteru pasukan bolasepak tersebut.  Jurgen Klopp telah menghantar pesanan teks kepada Jordan Henderson setelah Germany mengesahkan kelayakan ke peringkat kalah mati 16 pasukan di mana ianya dijadualkan berlangsung pada awal pagi Rabu nanti.  Menurut Hendo : " Ya kami sentiasa berhubung. Selepas wisel penamat ditiupkan beliau hanya memberikan  emoji senyuman kepada saya". Sudah pasti Jurgen Klopp akan menjadi penyokong kepada pasukan kebangsaannya ketika pertemuan dua pasukan pilihan ini namun Hendo mendedahkan walaupun mereka memiliki antara skuad yang agak muda tetapi mereka tidak gentar akan cabaran yang dibawakan Germany selepas ini.  " Kami memiliki pemain yang agak muda dan itu adalah sesuatu yang positif. Pemain muda diberikan peluang bermain dan menikmati perlawanan, dan bermain tanpa

LMREDS Euro Fantasy : Kedudukan Pasukan Selepas Selesai Peringkat Kumpulan

Kutipan mata semakin tinggi dan pencabar sukar mencabar. Berikut adalah kedudukan liga selepas selesai perlawanan peringkat kumpulan Euro 2020. Pasukan Atok Allstar semakin jauh meninggalkan pencabar dengan kutipan 225 mata. Dengan diikuti pasukan Oren Nyelaa sambil disaing hebat oleh FAMK FC dan K Kilik FC.  Perlawanan pusingan kalah mati akan berlangsung pada awal pagi Ahad ini. Masih ada masa untuk menambahbaik pasukan.  ADMIN Persaingan semakin hebat. 

Caomhim Kelleher Menandatangani Kontrak Jangka Panjang Bersama Liverpool FC

Beliau meletakkan masa depannya bersama Liverpool setelah melalui musim 2020 2021. Bersama The Reds musim lepas beliau telah melakukan 5 penampilan, dalam kejohanan dalam EPL dan UCL. Penjaga gol berusia 22 tahun ini juga mendapat caps antarabangsanya bersama Republic Of Ireland ketika menentang Hungary baru baru ini.  Kelleher menerusi Liverpool FC : "Saya amat gembira ianya diselesaikan, dengan sebelum ini ianya banyak melibatkan perbincangan dan perkara lain dan kini saya gembira ianya diselesaikan". "Bagi saya ianya sesuatu yang positif dapat meletakkan masa depan saya di sini untuk beberapa tahun lagi. Ianya kelab yang amat besar dan ianya satu penghormatan untuk kekal di sini,  dan bila saya mendapat peluang untuk kekal di sini beberapa tahun lagi saya amat gembira. Saya mahu meneruskan perkembangan saya di sini". Setelah mencatatkan tiga penampilan dalam Piala Liga dan satu penampilan dalam Piala FA pada 2019 2020, Kelleher melakukan satu penampilan dalam UCL

Analisis Bos LMREDS | Mengapa Shaq Dan Wijnaldum Menyinar Di Euro Tetapi Tidak Di Liverpool?

Jawapan saya adalah kerana mereka mempunyai 'role yang berbeza'. Dan ternyata Shaqiri dan Wijnaldum menggunapakai role No 10. Sebelum nak cerita dengan lebih lanjut, saya pernah ceritakan apakah kriteria yang penting utk kita lihat sebagai Pelan Tindakan Perpindahan Liverpool Musim 2021/22.  Dalam itu, saya ada ceritakan sedikit mengenai tentang idea, No 10 role yg tidak mungkin digunakan oleh Klopp di Liverpool. Anda boleh baca yg ini dulu sebagai warm-up pembacaan. Dan respon yang saya terima sangat-sangat baik utk pemahamanan anda. Pelan Tindakan Perpindahan Liverpool Musim 2021 2022 Ok. Jika anda ingin membezakan buah epal dengan epal bagi kedua-dua epal, iaitu ('epal' Wijnaldum dan 'epal' Shaqiri), saya akan letakkan gambar di bahagian bawah utk tambah kefahaman. Posisi kedua-dua pemain ini diambil bagi 2 perlawanan yang terakhir utk Liverpool dan negara masing-masing. Koleksi gambar awalan menerangkan posisi Wijnaldum di Liverpool dan Belanda. Manakala gam

Euro 2020 | Diogo Jota Dan Thiago Membantu Negara Masing Masing Layak Ke Round Of 16

Portugal dan Spain masing masing layak ke Pusingan Kedua Kalah Mati 16 Pasukan. Jota diturunkan dalam kesebelasan utama ketika Portugal menentang France di Budapest awal pagi tadi, dan bermain keseluruhan masa perlawanan dengan kedua dua pasukan terikat 2 - 2. Cristiano Ronaldo dan Karim Benzema masing masing menjaringkan 2 gol untuk membawa pasukan masing masing mara ke peringkat seterusnya, dengan France menjuarai kumpulan dan Portugal di tangga ketiga kumpulan. Portugal akan menentang Belgium pada Ahad hadapan. Sebelum itu Thiago Alcantara dimasukkan pada minit ke 71 dengan Spain mara ke peringkat seterusnya selepas membelasah Slovakia 5 - 0 di Sevilla. Keputusan itu meletakkan Spain di tangga kedua kumpulan dan akan bertemu Croatia di Copenhagen pada Isnin hadapan. ADMIN Good job both Reds. YNWA.  Sumber : Liverpool FC

Liverpool Tidak Membenarkan Mo Salah Menyertai Skuad Olimpik Mesir

Beliau dan Ibrahima Konate dijangka akan menyertai sesi latihan pramusim secara penuh selepas ini. Skuad kebangsaan Egypt sebelum ini berharap Mo Salah merupakan salah seorang daripada tiga pemain senior yang dibenarkan untuk menyertai skuad bawah 23 tahun yang akan ke Tokyo pada 21 Julai hingga 7 Ogos hadapan. Manakala Konate pula merupakan sebahagian daripada skuad bawah 21 Tahun France yang layak ke kejohanan itu setelah berjaya mara ke Separuh Akhir Kejohanan Euro Bawah 21 Tahun. Namun begitu difahamkan Liverpool enggan membenarkan kedua dua pemain ini dilepaskan dalam skuad kebangsaan masing masing untuk kejohanan tersebut.  Liverpool dijangka memulakan persiapan pramusim mereka pada 12 Julai hadapan, dan ianya bermakna penglibatan pemain dalam Olimpik bakal menjejaskan persiapan pasukan untuk menghadapi musim seterusnya.  Tambahan pula kejohanan tersebut bukanlah kejohanan rasmi yang diiktiraf FIFA, maka kelab berhak untuk menghalang pemain mereka daripada menyertai kejohanan ter