Skip to main content

Jordan Henderson : "Jurgen Klopp Memberikan Pesanan Teks Emoji Kepada Saya"

England akan menentang Germany dalam pusingan kedua kalah mati Euro 2020 di Wembley. 


Dan Hendo mendedahkan bahawa pengurus Liverpool itu telah mengganggunya menjelang pertemuan dua seteru pasukan bolasepak tersebut. 

Jurgen Klopp telah menghantar pesanan teks kepada Jordan Henderson setelah Germany mengesahkan kelayakan ke peringkat kalah mati 16 pasukan di mana ianya dijadualkan berlangsung pada awal pagi Rabu nanti. 

Menurut Hendo :

"Ya kami sentiasa berhubung. Selepas wisel penamat ditiupkan beliau hanya memberikan  emoji senyuman kepada saya".

Sudah pasti Jurgen Klopp akan menjadi penyokong kepada pasukan kebangsaannya ketika pertemuan dua pasukan pilihan ini namun Hendo mendedahkan walaupun mereka memiliki antara skuad yang agak muda tetapi mereka tidak gentar akan cabaran yang dibawakan Germany selepas ini. 

"Kami memiliki pemain yang agak muda dan itu adalah sesuatu yang positif. Pemain muda diberikan peluang bermain dan menikmati perlawanan, dan bermain tanpa rasa gusar. Dan itu yang kami perlukan pada hari Selasa hadapan".

"Bermain dan menikmati perlawanan, dan tunjukkan kepada dunia apa yang anda miliki. Gunakan semangat dan emosi dengan betul untuk hidupkan permainan kerana ianya akan memberikan banyak perbezaan".

"Sebagai pemain berpengalaman saya akan membantu mereka dengan cara tersebut dan memastikan kami berada dalam minda yang tepat dalam persiapan untuk perlawanan tersebut".

"Semua pemain amat yakin, berasa sangat baik dan mempunyai beberapa hari yang baik untuk persiapan pasukan".

"Kebanyakan pemain muda telah mempunyai pengalaman luas dalam perlawanan besar, Final UCL, perlawanan UCL, kejohanan piala, perlawanan besar di kelab. Mereka telah biasa dengan tekanan perlawanan seperti ini dan tidak sabar untuk menanti perlawanan ini".

ADMIN

Ianya pasti perlawanan yang hebat. YNWA Hendo.

Sumber : Daily Mirror

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football