Jawapan saya adalah kerana mereka mempunyai 'role yang berbeza'. Dan ternyata Shaqiri dan Wijnaldum menggunapakai role No 10.
Sebelum nak cerita dengan lebih lanjut, saya pernah ceritakan apakah kriteria yang penting utk kita lihat sebagai Pelan Tindakan Perpindahan Liverpool Musim 2021/22.
Dalam itu, saya ada ceritakan sedikit mengenai tentang idea, No 10 role yg tidak mungkin digunakan oleh Klopp di Liverpool. Anda boleh baca yg ini dulu sebagai warm-up pembacaan. Dan respon yang saya terima sangat-sangat baik utk pemahamanan anda.
Pelan Tindakan Perpindahan Liverpool Musim 2021 2022
Ok. Jika anda ingin membezakan buah epal dengan epal bagi kedua-dua epal, iaitu ('epal' Wijnaldum dan 'epal' Shaqiri), saya akan letakkan gambar di bahagian bawah utk tambah kefahaman.
Daripada gambar ini jelas menunjukkan bahawa Wijnaldum dan Shaqiri bermain di posisi no 10 di negaranya berbanding di kelab sebagai one of midfielder atau mungkin flank.
FUNGSI POSISI WIJNALDUM & SHAQIRI
Jesteru ini adalah kesimpulan awal bahawa Wijnaldum dan Shaqiri TIDAK BERMAIN DI FUNGSI POSISI YANG SAMA di antara kelab dan negara.
Soalan yang baru mungkin muncul adakah mereka tidak diletakkan di posisi yang tepat di Liverpool?
Jawapan saya boleh jadi ya dan tidak.
YA, jika kelab ingin mendapatkan the best benefit utk kedua pemain ini dan mengorbankan pemain lain dan sistem keseluruhan.
Atau....
TIDAK, kelab tidak ingin sacrifice kan sistem sedia ada dan pemain ini sendiri tidak dapat mengadaptasikan dengan sendiri dalam sistem yang lain.
NO 10 ROLE
Saya cuba mengungkit sejarah keajaiban fungsi posisi no 10 ini. Dalam posisi ini wujudnya pelbagai lagenda sepanjang zaman. Pele, Maradona, Messi (peak age), Bergkamp, Kaka, Zidane, Riquelme, Sneider dan siapa sahaja.
Jika kita ambil Liverpool kita mempunyai McManaman, Coutinho atau beberapa pemain lagenda lain yg mungkin saya reserved comment saya sebab tak pernah tengok game play mereka.
Seperti dalam artikel yang saya katakan sebelum ini. Basis utk penggunaan No 10 role ini dalam waktu sekarang adalah sekiranya pasukan itu menggunakan:
; 2 striker atau
; mungkin 1 striker, 2 midfielder (center/attacking) tanpa flanker ortodok atau
; dengan 2 ortodok flanker (bukan inside fwd)
Jika tanpa situasi ini, maka No 10 tidak akan wujud.
EVOLUSI TAKTIKAL
No 10 role yg mungkin kita panggil sebagai Trequartista sebelum ini fungsinya adalah sebagai linkup kepada bahagian tengah dan menyerang. Pemain ini memainkan peranan sebagai 'otak' utk menjaringkan gol. Cukup saya gambarkan fungsi ini mampu membawa Arsenal menjadi invisible league title, salah satu sistem terbaik ketika kegemilangan Sir Alex Ferguson, kegemilangan Messi, kegemilangan AC Milan dan banyak kelab/negara pada 10-20 tahun yang lepas.
Namun pemain role ini seolah-olah 'semakin mati' kerana rata-rata evolusi taktikal ketika ini.
Kita ambil formasi majoriti juara bagi 5 liga utama pada musim 2019-21:
England - Liverpool (4-3-3)
Spain - Real Madrid (4-3-3)
Itali- Juventus (4-3-3)
Jerman - Bayern (4-2-3-1)
Majoriti kelab Eropah ketika ini menggunakan formasi 4-3-3 dengan evolusi di bahagian flank dan bahagian tengah. Flank menjadi inside forward dan bahagian tengah menggunakan hybrid No 8/10 selain daripada fungsi false 9 yang masih mekar ketika ini.
Cukup saya katakan bahawa fungsi No 10 role ini tidak lagi menjadi kegemaran kerana banyak sebab juga. Antaranya adalah :
TIDAK MAHU MERISIKOKAN TEAM KEPADA ONE-MAN SHOW
Bagi pasukan yg menggunakan sistem No 10, nadi utamanya adalah pemain itu. Pasukan tidak lagi ingin meletakkan beban yang besar dan tinggi lagi kepada hanya satu pemain. Jika pemain ini off-form maka, pasukan itu berkemungkinan tinggi tidak mampu menghasilkan apa-apa.
Atau jika pemain ini dikawal ketat maka fungsi serangan pasukan itu akan terbantut. Jadi kaedah sistem bola sepak sekarang, menggunakan pelbagai approach dan bukan hanya single axis attack.
FUNGSI INSIDE FORWARD DAN FALSE 9
Kita lihat kebayakan pasukan mempunyai pemain flank yang mampu menjaringkan gol. Bukan lagi pemain di bahagian flank yang hanya mampu menghantar bola cantik seperti Beckham lagi. Rata-rata mereka akan cut inside dan jaringkan gol, atau buat off movement.
Maka, mereka ini ketika berada di inside area akan menjadi 'jelmaan No 10" bukan seketika yakni berfungsi sebagai No 10 sedia ada. Di tambah lagi dengan fungsi False 9 yang masih kekal, pemain ini akan menjadi 2 role dalam masa yang sama, samada menjadi No 10 atau No 9.
HYBRID NO 8/10
Ini adalah role pemain baru, yang dijelmakan daripada Box to Box Midfielder jika kita nak panggil sebelum ini. Saya bagi contoh yang mudah adalah De Bryune. Atau mungkin Henderson bagi Liverpool.
Pemain ini akan menjadi No 10 ketika menyerang dan bertukar menjadi No 8 ketika bertahan. Pemain sebegini memerlukan energi yang tinggi dan tahap konsistensi yang sama utk sepanjang masa.
DEFENSIVE DUTY
Ini adalah salah satu sebab utama mengapa berkuburnya role No 10. Ketika waktu ini, seluruh pasukan bertahan sebagai 1 unit termasuk semua bahagian serangan.
Dengan mewujudkan No 10, akan ada tambahan 1 pemain yang mungkin 'lewat' utk turun atau 'agresif' utk attack/defend utk 90 minit.
Ini kerana role No 10 akan bergelumang di bahagian final third pasukan lawan lebih kerap dan kedalam, maka ianya akan melambatkan proses utk turun dan kekal intact dalam satu unit.
Maka 3 midfielder samada single pivot atau double pivot akan menjadi pilihan yang lebih tepat bagi mengawal keseluruhan bahagian tengah sedia ada.
CONGESTED MIDFIELDER
Kebanyakan pasukan bertahan dalam satu unit, menyebabkan bahagian tengah yg congested. Dan bola perlu disalurkan di bahagian tepi atau change side bagi mengubah shape lawan yang sedang bertahan.
Dengan majoriti congested midfilder ini, berpotensi menyebabkan No 10 tidak dapat berfungsi dengan sewajarnya kerana kunci utama peranan No 10 ini adalah RUANG.
TAKTIKAL LIVERPOOL
Dalam artikel di atas yg saya share jelas saya terangkan bahawa 5 musim Klopp di Dortmund dan 5 musim Liverpool, Klopp memang TIDAK MENGGUNAKAN SEBARANG CREATIVE MIDFIELDER.
Klopp sgt rigid dengan bahagian taktikal. Dan kerigidan ini biasa bagi kebanyakan manager kerana mereka akan hanya kekalkan sistem yg mereka percaya.
Dalam artikel tersebut kebanyakan midfielder yang assist adalah pada purata bawah 9 assist. Dan jumlah gol tertinggi adalah bawah 10 gol utk seorang pemain mid.
Ketika Klopp menjuarai Bundesliga kali pertama midfielder yang paling tinggi adalah Kagawa ( 8 assist dan 8 gol) dan kali kedua kejuaraannya adalah (Kagawa 13 assist dan 9 gol). Manakala bagi Juara EPL, rekod tertinggi midfielder adalah Ox dengan 4 assist dan Henderson dengan 5 gol.
Maka, sekali lagi saya jelaskan bahawa Klopp TIDAK AKAN MENGGUNAKAN CREATIVE MIDFIELDER yakni similar to No 10 role lagi ketika ini.
Ini kerana kesemua fungsi assist akan diberi tanggungjawab di bahagian flank samada attacking flank atau defensif flank. Ini bagi mengurangkan risiko untuk Klopp hilang shape terutama ketika menyerap counter attack.
Bagi Liverpool fungsi No 10 ini dimainkan oleh Firmino, atau mana-mana flank sedia ada atau Hibrid No 8/10. Maka, No 10 pada asasnya memang tidak wujud dalam sistem Liverpool kendalian Klopp ini.
Anda boleh melihat satu gambar yang saya collage kan bagaimana Firmino berada di 'center pocket' seperti mana fungsi No 10 sebelum ini.
Walaubagaimanapun, untuk sesetengah situasi, No 10 akan menjadi unlocker kepada pasukan yang 'degil' bertahan. Dan ini sebenarnya tidak dapat dinafikan.
Dan disebabkan itulah wujudnya pemain seperti Shaqiri, Minanimo dan Lallana dalam sistem Klopp sebelum ini.
Sistem Klopp ini saya boleh katakan sebagai POSITIONING DICIPLINE.
BAGAIMANA MASA DEPAN GINI DAN SHAQIRI?
Gini memang telah keluar Liverpool. Bagi satu sudut, Liverpool memang kehilangan seorang pemain yang konsisten, tidak mudah cedera, berpengalaman dan profesional.
Namun, bagi satu sudut yang lain, kelab tidak akan mampu menanggung kos yang besar untuk memberikan kontrak yang mahal kepada Gini untuk menyambung kontraknya di kala usianya menjangkau 30 ke atas.
Saya percaya jika kelab menawarkan gaji yang setimpal dengan usianya, maka lebih baik Gini di kekalkan. Dan benda itu telah terjadi apabila Andrian dan Milner pemain yang lebih berusia masih berada di Liverpool. Bahkan saya percaya Henderson and the gang yang dimamah usia turut akan ditawarkan gaji yang lebih rendah daripada apa yang dimilikinya sekarang. Ini juga terpulang kepada pemain itu sendiri.
So kita move on dengan Gyni....
Bagi Shaqiri, saya melihat dirinya 'masih' gagal mengadaptasikan dirinya dalam sistem Klopp secara konsisten.
Bagi sesetengah game yes. Dan disebabkan itu beliau diturunkan. Dan ternyata Shaqiri tidak mampu mencabar mana-mana flank atau pemain mid yang lain.
Banyak pemain yang berjaya mengadaptasikan role menjadi pemain yg baru walaupun pada asalnya adalah No 10 role.
Contoh De Bruyne dan Silva yang mengadaptasikan dirinya daripada No 10 menjadi Hibrid. Begitu juga dengan Bernado Silva menjadi pemain central atau flank. Bahkan sama dengan Moderic, Kroos atau Isco di Real yang bertindak lebih deeper tetapi lebih combative.
Namun, situasi Shaqiri ini boleh dikatakan menyamai Mesut Ozil. Kerana dirinya tidak dapat menempatkan diri dalam sistem Unai atau Arteta. Atau Shaqiri ini menyamai seperti James Rodrigues yang padu ketika World Cup 2014 dengan negaranya, tetapi gagal di Galatico. Bahkan, contoh yg paling dekat dengan kita adalah Coutinho, sebagai antara No 10 terbaik di Liverpool sebelum ini, namun, gagal dalam semua kelabnya di Barcelona dan Bayern secara konsisten.
Terpulang kepada Shaqiri utk adapt, dan saya rasakan jika ada tawaran, Liverpool akan terima dengan hati terbuka.
SEDIKIT MENGENAI NECO WILLIAM & NAT PHILIPPS
Seperti yg pernah saya katakan lagi, Klopp rate skill dan brain lebih tinggi daripada workrate. Bagi kedua pemain ini, mereka memiliki workrate yang tinggi namun, skill dan brain yang sedikit kurang.
Oleh itu, saya peribadi saya tidak terkejut sekiranya pemain ini dijual utk pelbagai sebab kerana mereka tidak benar-benar merupakan pelan asal Klopp walaupun Nat telah menunjukkan sesuatu musim lepas.
Adakalanya, game time itu mampu untuk meningkatkan harga untuk mendapat dana samada untuk membeli pemain lain atau utk hal-hal pentadbiran yang lain.
Bagi saya, pemain ini akan dijual jika kena pada harganya kerana ketika ini pemain ini berada di harga puncak sebagai seorang 'pre-mature peak' player. Jika pemain ini hit the target sebagai profesional player, maka harga akan menjadi lebih tinggi. Namun, kebanyakan pemain yang dilepaskan oleh Klopp tidak kemana sangat sepeti mana Brewster dan geng yang lain.
KESIMPULAN
Kesimpulan ringkas, Shaqiri dan Wijnaldum bermain dalam fungsi yang berbeza di kelab dan negara. Boleh move on dengan Wijnaldum dah.
Kelab atau Klopp tidak akan mengubah sistem utk accomodate seorang player (kecuali Coutinho) sebelum ini.
Klopp tidak memerlukan creative midfielder atau No 10 dalam rolenya.
Klopp pentingkan versatile midfielder yg mampu bertahan dan menyerang berbanding No 10 role.
Masa depan Shaqiri bergantung kepada tawaran kelab lain jika berpindah. Jika kekal, terpulang kepada Shaqiri untuk adaptasikan rolenya dengan sistem Liverpool.
Tidak pelik utk Nat dan Neco utk berpindah utk kebaikan kelab (dapat dana) dan pemain (untuk progress karier).
Liverpool akan lebih mencari pemain midfielder yg bertenaga utk menggalas role hybrid 8/10 dan juga pemain No 9.
Sekian.....
Hasil nukilan : Mohd Zahari ( Bos LMREDS )
Comments
Post a Comment