Germany akan menentang England dalam perlawanan Pusingan Kedua Kalah Mati seterusnya tengahmalam nanti.
Dan Jurgen Klopp menegaskan ianya sesuatu yang tidak masuk akal jika menidakkan peluang Germany untuk mara ke pusingan selanjutnya meskipun mengalami turun naik prestasi dalam kejohanan ini.
Joachim Low sebelum ini menyaksikan pasukannya menang bergaya ke atas Portugal sebelum bergelut untuk mencatatkan keputusan seri menentang Hungary sekaligus mara ke pusingan selanjutnya.
Namun kini Germany sedang melalui fasa perubahan dengan masih lagi dianggap salah satu pasukan pilihan bersama sama England untuk menjuarai kejohanan ini.
Menurut Klopp apabila ditanya mengenai peluang Germany melangkah ke Suku Akhir :
"Menidakkan peluang Germany adalah sesuatu yang tidak masuk akal".
"Mereka bermain dengan baik ketika menentang France, menguasai perlawanan ketika menentang Portugal seperti beberapa tahun lepas".
"Mereka sukar ketika menentang Hungary. Namun semuanya jadi lebih baik. Sesekali pasukan harus mengambil iktibar dari perlawanan tersebut".
"Tetapi mereka harus fokus untuk menghadapi perlawanan pada hari ini".
Joachim Low sebelum ini menegaskan bahawa anak buahny gagal mempamerkan tahap sebenar ketika menentang Hungary.
Kemenangan ke atas England bakal menjadi titik perubahan pasukan dengan pasukan Three Lions itu belum lagi mempamerkan kekuatan sebenar mereka.
Kali terakhir Germany menentang England pada kejohanan Piala Dunia 2010 dengan pasukan Three Lions tewas ketika itu.
Dan Low tahu kali ini cabaran berbeza diberikan terhadap merek di Wembley.
Menurut Low :
"Saya tidak risau. Ianya perlawanan yang amat berbeza. Hungary bermain secara bertahan, mereka hanya berkampung di kawasan sendiri. Menentang England ianya sesuatu yang berbeza".
"Mereka akan bermain di halaman sendiri, mereka mahu menyerang dan permainan lebih terbuka".
"Kami harus memperbaiki sesuatu, kami tahu apa yang kami perlu lakukan dan berhati hati dalam bertahan terutama dalam situasi bola mati".
"Kami tidak boleh melakukan kesilapan yang sama. Kami harus melakukan lebih baik daripada ini dan kami sedia berhadapan dengan England".
ADMIN
Adakah England atau Germany akan melangkah ke Suku Akhir Euro? Sama sama kita saksikan.
Sumber : Daily Mirror
Comments
Post a Comment