Skip to main content

Liverpool Tidak Membenarkan Mo Salah Menyertai Skuad Olimpik Mesir

Beliau dan Ibrahima Konate dijangka akan menyertai sesi latihan pramusim secara penuh selepas ini.


Skuad kebangsaan Egypt sebelum ini berharap Mo Salah merupakan salah seorang daripada tiga pemain senior yang dibenarkan untuk menyertai skuad bawah 23 tahun yang akan ke Tokyo pada 21 Julai hingga 7 Ogos hadapan.

Manakala Konate pula merupakan sebahagian daripada skuad bawah 21 Tahun France yang layak ke kejohanan itu setelah berjaya mara ke Separuh Akhir Kejohanan Euro Bawah 21 Tahun.

Namun begitu difahamkan Liverpool enggan membenarkan kedua dua pemain ini dilepaskan dalam skuad kebangsaan masing masing untuk kejohanan tersebut. 

Liverpool dijangka memulakan persiapan pramusim mereka pada 12 Julai hadapan, dan ianya bermakna penglibatan pemain dalam Olimpik bakal menjejaskan persiapan pasukan untuk menghadapi musim seterusnya. 

Tambahan pula kejohanan tersebut bukanlah kejohanan rasmi yang diiktiraf FIFA, maka kelab berhak untuk menghalang pemain mereka daripada menyertai kejohanan tersebut. 

Sehubungan itu Liverpool menjangkakan Mo Salah dan Ibrahima Konate kembali ke kelab pada 12 Julai. 

Presiden FA Egypt, Ahmed Megahed pula mendedahkan bahawa beliau mahu melakukan satu rayuan terakhir kepada Liverpool bagi melepaskan pemain bintang mereka itu. 

"Saya tidak berkata ianya mustahil untuk membawa Mo Salah ke Olimpik, tetapi ianya sangat sukar".

"Salah telah bersetuju beliau akan memimpin pasukan untuk ke Olimpik ketika kem latihan".

"Kami telah menghubungi Liverpool untuk membawa beliau menyertai Olimpik, tetapi mereka berkata staf teknikal akan membuat keputusan".

"Namun akhirnya kelab tidak memberikan kebenaran kerana tidak mahu kehilangan pemain ketika permulaan musim, dengan mereka akan kehilangan khidmat pemain itu pada kejohanan AFCON nanti sekaligus tidak dapat beraksi dalam EPL".

Namun permohonan Megahed itu bakal menjadi permohonan yang sia sia kerana Liverpool telah memberikan jawapan mereka sejak perkara itu timbul sejak beberapa ketika dahulu. 

Liverpool telah mengadakan pertemuan dengan FA Egypt sejak beberapa bulan lalu bagi mengelakkan pergeseran negara dan kelab. 

Difahamkan Takumi Minamino juga tidak akan turut serta dalam kejohanan yang diadakan di Tokyo itu walaupun sebelum ini dicalonkan sebagai salah seorang pemain senior. 

Dan Jurgen Klopp sama sekali tidak mahu persiapan pasukan untuk menghadapi musim baru terganggu oleh kejohanan Olimpik. 

ADMIN

Kelab mempunyai hak untuk menghalang mana mana ahli pasukan menyertai Olimpik. Mereka dibayar oleh kelab. 

Sumber : This Is Anfield

Comments

Popular posts from this blog

Bilakah Andy Robertson Dijangka Kembali Menjalani Latihan Pramusim Bersama Liverpool

Tiada mana mana pemain Liverpool yang mampu mencapai minit permainan Robbo pada 2020 / 2021 dengan mengharungi 64 penampilan keseluruhan bersama kelab dan negara. Ianya musim yang amat memenatkan buat semua pasukan berikutan pandemik yang melanda dunia ketika ini.  Namun Robertson kekal sebagai salah satu pemain utama Klopp musim lepas dengan melakukan 50 penampilan daripada 53 perlawanan Liverpool dengan jumlah minit perlawanan sebanyak 4319 minit.  Termasuk minit perlawanan yang dilaluinya bersama skuad Scotland yang berjumlah 1273 minit, secara keseluruhan Robbo bermain sebanyak 5592 minit perlawanan. Di usia 27 tahun, beliau tidak perlu dibebani dengan minit perlawanan yang begitu banyak jika mahu berada di tahap tertinggi kariernya menjelang usia 30 an.  Namun kekecewaan di Euro 2020 telah melanda pasukan Scotland apabila tersingkir awal dan ini bermakna Robertson akan mula menikmati cuti musim panas beliau sekarang ini.  Menurut The Athletics, pemain pasukan yang tidak terlibat d

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football