Perbincangan antara kedua dua kelab itu gagal termeterai dengan The Reds menganggap nilai €15 juta itu terlalu rendah.
Pemain berusia 24 tahun itu telah menjaringkan 7 gol dan menyumbangkan 12 assist dalam 37 perlawanan bersama Cardiff musim lepas.
Ianya merupakan kali kelima beliau dipinjamkan ke kelab lain setelah menghabiskan masa dengan Crewe, Hull City, Derby County dan Bournemouth.
Dan difahamkan kelab Portugal itu telah melakukan tawaran rasmi kepada Liverpool, namun perbincangan antara kedua dua kelab telah terhenti berikutan gagal mempersetujui mengenai nilai perpindahan tersebut.
Namun begitu Liverpool menjangkakan mereka akan kembali dengan tawaran lebih besar selepas ini.
Sebelum ini Liverpool pernah menolak nilai perpindahan oleh Burnley terhadap pemain itu yang bernilai € 11 juta, dan kelab berminat harus melakukan bidaan sekurang kurangnya € 15 juta berdasarkan persembahan pemain ini sejak musim lalu.
Selain itu pendatang baru EPL Brentford menyatakan minat untuk pemain ini dan juga WBA dilaporkan berminat.
Bos Swansea City Steve Cooper juga berminat untuk mendapatkan pemain ini setelah sebelum ini bekerjasama dengan beliau di Akademi Liverpool. Beliau cuba untuk membawa pemain ini secara pinjaman namun gagal menyaingi Cardiff.
Dan Cooper juga telah dikaitkan dengan jawatan pengurus kelab lain terutama Fulham. Pemberian beliau seterusnya ke kelab lain bakal menentukan hala tuju Harry Wilson selepas itu.
Harry Wilson yang telah melakukan dua penampilan bersama Wales pada Euro, difahamkan bersikap terbuka untuk berhijrah ke kelab lain.
Pada tahap ini untuk kariernya beliau sepatutnya bermain lebih kerap dan beliau tahu ianya sukar direalisasikan di Liverpool tambahan pula dengan persaingan yang sengit di barisan tengah.
Pemain kelahiran Wrexham ini telah bersama Liverpool sejak dari pasukan Bawah 9 Tahun kelab. Namun penampilan senior beliau adalah ketika menentang Plymouth Argyle pada musim 2016 2017 dan juga Carabao Cup menentang Arsenal musim lepas.
ADMIN
Banyak kelab mahukan Harry Wilson namun kelab mahukan harga yang lebih tinggi.
Sumber : James Pearce - The Athletics
Comments
Post a Comment