Skip to main content

Analisis Bos LMREDS | Jangan Ragu Ragu Jika Jurgen Klopp "Jual" Pemain Itu

Artikel panjang namun berbaloi untuk difahami.


EPILOG : SHAQIRI & GINI 

Mood Euro lagi berlegar-legar, dan saya juga telah menulis sedikit mengenai Wijnaldum & Shaqiri yang dikatakan 'tidak sepower' di Liverpool. Mungkin pada sesetengah orang 'power' diukur dari segi 'gol dan assist'. 

Namun, bagi saya GIni antara pemain yg paling 'sempurna' utk memainkan role yg diamanahkan dengan konsisten dengan injury free. Bagi Shaqiri dirinya masih tidak 'adapt' sepenuhnya namun antara supersub paling berpengaruh utk Liverpool.

Dalam artikel yg sebelum ini dinyatakan bahawa Gini dan Shaqiri bermain sebagai No 10 role di negaranya. 

Satu role impian bagi kebanyakan fan yang 'tak move on' mahukan creative player di Liverpool. Dan dinyatakan Mengapa Klopp tidak mungkin ambil pemain yang 'creative' sepertimana Coutinho.

Artikel adalah seperti di bawah:

https://chemanlmreds.blogspot.com/2021/06/analisis-bos-lmreds-mengapa-shaq-dan.html?m=1

'TIDAK TERKEJUT' JIKA NECO & NAT DIJUAL

Dalam artikel tersebut, saya sertakan sedikit cerita mengenai pandangan saya tentang Neco William dan Nat Philips yg mana saya 'tidak terkejut' jika mereka ini dijual.

Saya percaya pandangan ini memang 'tidak favourite' kepada fan yg rata-rata ingin memberikan peluang kepada Neco Williams yang kini berada dalam skuad utama Euro Wales dan juga Nat Phillips yg 'perkasa' tetapi 'less skill' di Liverpool. 

DATA SEMUA PEMAIN YANG DIJUAL OLEH KLOPP BERMULA 2016

Lanjutan kepada itu, saya cuba senaraikan semua pemain yg Klopp jual sejak tahun 2016. Saya tidak mengambil data tahun 2015 kerana Klopp masuk separuh musim dan tiada sebarang pemain yang dijual pada Januari 2016.

Sebelum data ini saya 'table' data ini, saya ingin terangkan apakah pembolehubah yang saya ingin uji.

1. KELAB 

Yang pertama adalah kelab mana yang dijualkannya. Adakah kelab utama di liga Eropah utama. Jika kelab utama, sejauh mana penglibatannya. Mungkin pemain ini bermain dalam kelab barunya lebih daripada 100 appearances, tapi kelab itu adalah 2nd Tier club di liga lebih bawah. Bahkan anda dapat melihat trend penurunan pemain itu daripada kelab utama kepada kelab lebih bawah.

2. INTERNATIONAL CAP 

Ini adalah penanda aras asas kepaduan pemain itu utk pemain itu dalam 'generasi'nya dan 'tahun semasa'. Sekiranya beliau dipanggil utk mewakili negara maka sudah tentu mereka adalah antara 4 pemain terbaik dalam posisi tersebut utk tahun tersebut. 

Ada pemain yg mempunyai 'impak' di negaranya, namun, belum menjamin tempat di negaranya. Bermaksud di sini, kualitinya masih tidak mencapai 'the best' utk sekurang-kurangnya tahun semasa.

3. PERSONAL ACHIEVEMENT 

Saya besarkan perkara ini berbanding club/national achievement. Ini kerana club/national achievement terlalu subjektif utk saya katakan. Saya tidak nafikan Dejan Lovren yang menang EPL kerana involve dalam minority games yang penting ketika player injured. Saya juga tidak menafikannya kerana menjadi Naib Johan dalam World Cup. 

Yang saya nafikan adalah pemain seperti Darron Gibson, David Bellion dan Luke Chadwick yang pernah menang EPL bersama Man Utd pada tahun 2001 atau pemain Arsenal Jeremie Aliadiere yang memenanginnya pada 2003. Adakah pemain ini lebih bagus daripada Steven Gerrard yg tidak pernah menang EPL? Pernahkah anda tahu salah seorang pemain Liverpool unforgotten Bernard Diomede pernah memenangi medal World Cup bersama Perancis pada 1998? kelab achievement bukan indicator utama. 

Cukup sekadar best player in the league atau negaranya (abaikan negara yg kecil). Atau best player kepada kelab sekurang-kurangnya itu lebih besar indicatornya.

4. KELAB/NATIONAL ACHIEVEMENT 

Ini boleh jadi penanda aras, namun, tidaklah sebesar personal achievement. Pemain ini mungkin memenangi liga di negaranya, namun, liganya lebih kecil berbanding liga utama Eropah.

5. GOL & ASSIST 

Ini indicator yang saya tidak masuk secara tetap kepada semua pemain, kerana anda tidak boleh bandingkan jumlah gol di kelab bawahan dengan kelab utama. Mungkin pemain ini adalah sangat penting bagi kelab nya, namun, belum tentu memberi impak di Liverpool.

Jadi tanpa berlengah masa saya letak semua data, dan ringkasannya di bawah mengikut tahun.

TAHUN 2016/2017

1. Jordan Rossiter 

Rangers, Bury, Fleetwood Town

2. Jose Enrique 

Real Zaragoza & Bersara

3. Kolo Toure 

Celtic, Bersara & Assistant Coach Brendan Rodgers

4. Samed Yesil 

Panionios, KFC Uerdingen & Homburg

5. Joao Texeira (28)

Porto, Braga, Feyernoord (No Senior Cap)

6. Jerome Sinclair (24) 

Watford(6 kali loan)

7. Sergi Canos (24) 

Norwich City, Brentford (EPL Next Season) - No Senior Cap 

8. Martin Skrtel 

Fenerbahce (Menang Super League). Menang Slovak Best Player Of The Year sebanyak 4 kali dalam masa 6 tahun. Best Liverpool Player Of Season 2012. 

9. Jordon Ibe (25) 

Bournemouth, Derby County (No senior cap)

10. Joe Allen (31) 

Stoke City & Wales. Masih incl dengan team Wales 2020 yg tewas dengan Denmark

11. Brad Smith (27) 

Bournemouth & Seattle Sounders FC 

12. Christian Benteke (30) 

Cyrstal Palace dalam squad Belgium. 29 app 9 gol. 137 (31 gol) Euro Squad.

13. Luis Alberto (28)

140 game dan 31. Single cap pada tahun 2017.

14. Mario Balotelli (30) 

Nice Marseille, Brescia & Monza

15. Joe Mcguire (25) 

Fleetwood Town & Accrington Stanley 

16. Tiago Ilori (28) 

Reading, Sporting & Loan (no single cap)

Bagi Tahun 2016/17, Klopp menjual 16 pemainnya. Separuh daripadanya adalah pemain muda seusia 'Neco William' dan "Nat Phillips' ketika itu. Dalam semua pemain yg dijualnya, hanya Martin Skrtel, Joe Allen dan Christian Benteke (kebanyakannya supersub) di peringkat antarabangsa. Tiada satu pemain muda yang dijualnya ketika itu berjaya mendapat single cap selepas keluar daripada Liverpool kecuali Luis Alberto (1 cap sahaja pada tahun 2017).

Martin Skrtel mungkin antara pemain terbaik yang dijual ketika itu, memenangi Super League. Namun, tidak menerima sebarang pengiktirafan peribadi. Joe Allen masih bersama Stoke City dan antara pemain utama Wales ketika ini. Benteke pula hanya menjaringkan 31 gol dalam 137 gol (4 games 1 gol) berbanding di Liverpool (3 game 1 gol). 

Rata-rata pemain 'terbaik' yg dijual mendapat 'kritikan' ketika itu terutama Skrtel kerana pemain ini mempunyai 'ramai peminat' kerana 'keagresifannya' namun bukan 'skill & brainnya". Namun, ianya masih lagi keputusan yang tepat utk menjual Skrtel. Kenapa dihujung nanti saya nyatakan.

Bagi pemain muda semua yang dijual adalah keputusan yang tepat walaupun pemain melibatkan Jordon Ibe, Samed Yessil, Texeira, Ilori yg dikatakan 'most potential player' ketika itu. Hasilnya, pemain ini being 'nobody' dalam lanskap bola sepak antarabangsa. Dan rata-rata pemain itu telah melalui usia potential pertama (24 tahun) utk mencapai peak age (27-29 tahun) kecuali mereka late developer seperti Vardy.

Kesimpulan utk tahun 2016/17, semua pemain yg dijual adalah TEPAT.....

MUSIM 2017/18

17.Alex Manninger 

Retired

18. Andre Wisdom (27)

Derby County (No Single Cap)

19. Lucas Leiva (31) 

Lazio, Lazio Best Player 2017-18 dan 2018-19. Cppa Italia dan Supercoppa Taliana 2017 & 2019

20. Kevin Stewart (27) 

Hull City & Blackpool (No single cap)

21. Mahmadou Sakho (31) 

Crystal Palace (64 app), No national cap

22. Phillipe Coutinho (29

Barcelona, Bayern (Loan) Not included in Copa America team. Last appearance in Brazil in 2019.

23. Cameron Brannagan (29) 

Oxford United

Dalam musim ini, yang paling dihiglightkan adalah penjualan Coutinho. Ada yg katakannya Coutinho masih berjaya kerana menang La Liga, menang UCL, menang Bundesliga. Tetapi, mengapa Barcelona mahu menjualnya? Mengapa tiada pasukan ingin membelinya kerana saya tidak rasakan harganya mencapai 100 juta seperti Barcelona beli. Dan point paling penting adalah mengapa Coutinho tidak dimasukkan dalam squad Copa America Brazil? Last international appearance Coutinho adalah pada tahun 2019. Persoalan ini menunjukkan indicator bahawa Coutinho 'tidak begitu berkesan dan berjaya' setelah move out daripada Liverpool. Walaupun mungkin 'goal dan assist rate' dia lebih baik dan banyak. 

Lucas Leiva dijual utk memberi kekosongan di bahagian tersebut bagi meletakkan pemain baru dan energi baru. Sama juga dengan Sakho dan Wisdom.

Pemain muda yng dijual juga tidak menjadi apa-apa. Tiada satupun yang mendapat international cap sejak dijual.

Kesimpulannya, penjualan tahun 2017/18 adalah penjualan yang TEPAT juga.

MUSIM 2018/19

24. Emre Can (27) 

Juventus, Dortmund. Included dalam Euro 2020 (but subs).

25. Jon Flanagan (28)  

Rangers and Charleroi. Single Cap only in 2014. 

26. Jordan William (25)

Rochdale, Blackpool, Bolton. No single Cap.

27. Danny Ward (28) 

Leicester City. No Single appearance. Incl dalam team Wales 

28. Ragnar Klavan (35) 

Cagliari. Estonia best Player 2019. Since 2014. Joined Liverpool 2016

29. Dominic Solanke (23) 

AFC Bournemouth. No added cap since 2017 single cap.30. 

30. Lazar Markovic (27) 

Fulham & Partizan . No national cap since move out.

Untuk musim ini, yang paling dihighlightkan adalah kehilangan Emre Can. Selepas keluar dpd Liverpool, Emre Can tidaklah terlalu 'bagus'. Masih berada dalam squad Euro German tetapi lebih kepada part time player. Ketika berada di Liverpool Emre Can mengumpul 20 cap dalam masa 3 tahun. Namun dalam 4 tahun Emre hanya kumpul 16 cap sahaja. Pada saya ini diindicator yg jelas. Bagi personal achievement, tiada yg besar, kecuali 2 kali memenangi gol tercantik bulanan Bundesliga sepertimana memenanginya di EPL/Kelab tahun 2016/17. Emre Can telah merasa Serie A dan DFB Pokal tetapi, ini tidak begitu 'bermakna' bagi saya.

Seterusnya yg dihighlight adalah Danny Ward, yg pada awalnya dikatakan bakal menjadi penjaga utama sebelum Liverpool mendapatkan Allison. Ya Ward menjadi penjaga gol utama Wales dalam Euro, namun, dia masih tidak mempunyai sebarang appearance di Leicester City. fahamkan maksudnya?

Dominic Solanke satu lagi nama wonderkid yg power ketika World Cup bawah 19. Namun, masih belum menyinar. Pada usia 23 tahun, agak terlewat utk Solanke menjadi pemain utama di EPL nanti. Termasuklah penjualan Markovic,Jordon William yang saya rasakan patut.

Selebihnya, adalah penjualan yang TEPAT.

2019/20

31. Daniel Sturridge (31) 

Trabzonspor. Worldwide ban

32. Alberto Moreno (28) 

Villareal. 23 appearance. UEL Winner. No International cap anymore since 2013.

33. Adam Bogdan (33) 

Hibernian, Ferencvaros

Conor Randall (25) 

Arda Kardzhali, Ross County. No Single Cap

34. Rafael Camacho (21) 

Sporting. Loan to Sporting B and Rio Ave (9 appearances). No Single Cap

35. Danny Ings (28) 

Southampton. 14 app 3 gol. Soton 67 games (34). Only 1 International Cap in 2020.

36. Simon Mignolet (33) 

Brugge . Belgium First Div Winner 2019/20 and 2020/21. Belgium First Div A 2019.5 cap after move out.

37. Ryan Kent (24) 

Rangers. No Single Cap

38. Allan (24) 

Atletico Mineiro. No Single Cap

39. Pedro Chirivella (24) 

Nantes. No Single Cap.

40. Nathan Clyne 

Crystal Palace. No single cap anymore.

Yang paling dihighlight kan adalah Danny Ings saya rasakan. Cuma pada saya Danny Ings 'masih boleh bermain' sebagai pemain Liverpool sebagai pemain backup secara peribadi. Tetapi berdasarkan prestasinya yang menarik juga di Southampton, Ings hanya mendapat single cap pada tahun lepas. Ings juga memenangi best fan favourite player for Southampton. Kejayaan dalam kapasiti kelompok Soton. 

Rafael Camacho yg pada awalnya seolah-olah menjadi seconder kepada Arnold, mohon keluar dan ke Sporting. Tapi dia di loankan ke kelab lain dan tidak berjaya memecahkan squad utama Sporting. Pada usia 21 tahun, Camacho ada sekurang-kurangnya 2-3 tahun untuk menjadi matang dengan cepat.

Selebihnya, pemain muda tiada sebarang pemain yang 'menjadi lebih baik' daripada ketika di Liverpool.

Kesimpulan utk tahun ini, semua penjualan adalah TEPAT.

2020/21

41. Andy Lonergan 

Stoke City, West Brom (No single app)

42. Adam Lallana (33) 

Brighton. 30 app and 1 gol

43. Dejan Lovren (31) 

Zenit. Russian Premier League and Super Cup. Croatia key player in Euro

44. Ovie Ejaria (23) 

Reading. No Single Cap

45. Ki Jana (19) 

Wolves . No Single Cap

46. Rhian Brewster (21) 

Sheff United. No Single Cap. 27 app No goal.

47. Herbie Kane (22) 

Barnsley. No Single Cap. 

Dalam tahun ini kehilangan Lovren tidak diganti menjadi pertikaian yang menyebabkan Liverpool melalui musim yang penuh pancaroba akibat kecederaan panjang. kehilangan Lovren pada asasnya logik jika ada pengganti yang sesuai. Namun, Liverpool memilih utk tidak membeli sebarang pemain ketika itu.

2nd highlight adalah Brewster, pemain kegemaran Klopp ketika itu yang berpindah ke Sheff United. Namun, pada usia 21 tahun hanya berjaya bermain dalam 21 perlawanan kebanyakannya tidak complete 90 minit dan tiada sebarang gol.

Pemain seperti Ki Jana dan Ejaria yg merupakan potential ketika itu, turut dijual dan sampai sekrang tiada impak yang besar yang boleh dibanggakan. Ki Jana & Brewster termasuk Rossiter adalah antara pemain termuda debut sejak Michael Owen, namun, tiada apa-apa berlaku.

Kesimpulannya utk tahun ini, penjualan yang TEPAT.

ANALISA

Daripada 2016 hingga 2020, tiada sebarang penjualan yang dilakukan oleh Klopp adalah KEPUTUSAN YANG TIDAK TEPAT secara 'nyata'.

Semua penjualan yang dilakukan adalah 'tepat' ketika itu. 

1. PEMAIN MUDA

Jika situasi pemain muda, Liverpool mendapat 'most profit' ketika dijual. Harga yang dijual adalah 'harga peak' sebagai seorang pemain muda 'potential'. Kebanyakan pemain muda yang dijual oleh Klopp berubah kadar harganya menjadi menurun yang amat dasyat. Bermaksud, jika Klopp 'tahan' utk menjualnya, maka harganya mungkin tidak seperti ketika menjualnya.

Sebagai contoh Ibe pada harga 15 juta, Brad Smith pada harga 6 juta, Benteke pada harga 32 juta, Kevin Stewart pada harga 8 juta, Danny Ward 12 juta, Camacho 7 juta, Brewster 23 juta, Ki Jana 9 juta.

Berapakah harga pemain-pemain muda yg saya highlightkan ini sekarang?

2. PEMAIN FREE

Bagi pemain free seperti Emre Can dan Wijnaldum sekali nampak macam kehilangan yang besar. 

Tiada seiapa yang nafikan bahawa Liverpool sepatutnya kekalkan mereka ini. Namun, di satu sudut lain, ianya adalah 'rahmat'.

Secara peribadi saya tidak menyukai Emre Can dalam taktikal Klopp, kerana pada saya dia terlalu fancy, less positional dicipline dan slow. Dan saya seronok kerana Liverpool membeli Fabinho. Saya takkan swapkan Emre Can dengan Fabinho pada bila-bila masapun.

Bagi Gini, situasinya akan sama. Klopp tidak akan membeli pemain seperti Gini. Saya pasti pemain yang akan dibeli oleh Klopp adalah mempunyai foundation pressing dan recycle bola seperti Gini tetapi ditambahkan dengan exceptional talent utk score dan assist berbanding Gini. Kualiti yang ada mungkin lebih baik walaupu mungkin bukan high profile. Sbg contoh Jota, kualiti yang berbeza berbanding front 3 kita tetapi impak yang besar.

3. PEMAIN JUALAN PREMIUM

Of course Coutinho. Yang ini mungkin masih ada split opinion yang perlu diraikan. Tapi bagi saya Coutinho tidak sesuai dengan taktikal Klopp, Coutinho menyebabkan Mane tidak berfungsi dengan baik ketika itu, dan tanpa penjualan Coutinho, Liverpool tidak mungkin dapat Allison, Fabinho, Ox dan Salah.

Pada usia 29, Coutinho akan lebih 'lambat' utk pressing dan energinya tidak akan mampu utk cope dengan pressing tactic Klopp. Dan saya secara peribadi merasakan Coutinho tidak akan pernah menjadi salah seorang list pemain yg mahu dibeli walaupun harganya lebih murah. Sekurang-kurangnya utk waktu ini.

4. JUALAN PEMAIN LATE AGE

Pemain seperti Skrtel dan Lovren sebagai contoh menjadi perdebatan kerana penjualannya (walaupun saya setuju sgt penjualannya). 

Di ringkaskan, tanpa penjualan Skrtel, mustahil VVD mampu dibeli. Tanpa penjualan Lovren, mustahil Konate boleh dibeli. Penjualan Lallana, tak mungkin Jones dapat beri lebih game time. 

RUMUSAN

Di pengakhiran artikel ini, saya 'tidak hairan' bahawa Neco dan Nat mungkin akan dijual musim ini. 

Ini juga termasuklah Harry Wilson, Woodburn dan beberapa pemain muda yang lain. 

Pemain muda yang mungkin pasti akan kekal sekurang-kurangnya musim ini mungkin Rhys (mungkin loan), Curtis Jones.

Walaupun ramai pemain muda ini, dalam kategori Home Grown, tapi saya tidak rasa ini adalah 'sekatan' utk Klopp menjualnya.

Nak tahu secara detail penerangan Home Grown Status menyebabkan Liverpool tidak boleh membeli pemain 'luar England' boleh baca di  bawah.

https://www.facebook.com/boslmreds/posts/1494229927586815

Disebabkan HG status pemain seperti Origi, Grujic, Minamino, Tsimikas ini masih kita tidak ketahui nasibnya musim ini.

KESIMPULAN AKHIR

Setelah meletakkan semua data yang sedia ada, saya kira, ianya menjawab sedikit persoalan dan pertikaian sedia ada.

Ternyata Klopp dapat predict pemain itu dan melihat potentialnya.

Walaupun kita mungkin beri peluang lagi apabila melihat kesilapan 1 atau 2 di perlawanan, berkemungkin besar, ianya adalah kesilapan yang sama yang sering dilakukan ketika latihan dan pemain itu tidak berubah.

Mungkin juga pemain itu mempunyai potensi, tetapi belum cukup masak utk diletakkan dalam skuad utama. Klopp perlu pampered mereka dulu tetapi mereka yang mahu keluar. 

Klopp juga tahu, bila masa pemain 'downtrend' yg berumur utk digantikan sebelum harganya turun menjunam.

Klopp juga menggantikan pemain sedia ada dengan kualiti yang lebih tinggi dpd sedia ada. 

Kesimpulan akhir, kita tidak mampu memberikan pandangan yang tepat hanya melihat pemain itu dalam 90 minit sahaja berbanding coach. 

Dan yang paling penting, semua keputusan penjualan yang dilakukan ADALAH HAMPIR SEMUA

Saya seronok kerana tidak tidak lagi dikatakan kena 'SCAM' dengan Southampton. Tetapi kita pula yang 'SCAM' kelab-kelab lain. Mungkin pengalaman mendewasakannya.

Tq juga kpd Aiman Syamil kerana komennya menjadi sumber inspirasi utk artikel ini...


Thanks Klopp & kredit to scout team serta

 LEGENDARY MICHAEL EDWARD................


ADMIN

Mohd Zahari adalah pengasas page LMREDS dan tulisan yang padat untuk peminat yang gemar membaca dan menganalisis. 

Comments

Popular posts from this blog

Link Live Streaming : Liverpool FC vs Crystal Palace

Beberapa link live diperolehi untuk perlawanan terakhir EPL musim ini. https://www.mobisports.live/2021/05/premier-league-liverpool-vs-crystal.html?m=1 https://www.goforsports.net/2021/05/lfccry/ https://www.sportstrack.in/2021/05/epl-liv-vs-crystal.html ADMIN Selamat menonton. YNWA

Media | Kostas Tsimikas Hantar Balik Tiga Pemain Burnley Ke Turf Moor - Mendapat Tepukan Penonon

Liverpool mencatatkan kemenangan 2 - 0 ke atas Burnley dalam perlawanan sulung di Anfield yang penuh dengan penonton.  Dan Kostas Tsimikas juga mempamerkan persembahan yang memukau ketika perlawanan tersebut.  Sebelum itu Tsimikas juga memberikan peluang untuk Diogo Jota menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Gol kedua pula dijaringkan oleh Sadio Mane, yang berpunca dari hantaran jauh Van Dijk yang dikawal baik oleh Harvey Elliot dengan lorongan buat Trent dan seterusnya Mane menyudahkan hantaran itu.  Burnley berusaha untuk mencari gol bagi membolehkan mereka bangkit semula, dan Tsimikas ketika itu mempamerkan ketenangan dan kepantasan dalam mengawal penguasaan bola.  Beliau berhadapan dengan Lowton, McNeil dan Jay Rodriguez ketika itu. Saksikan : ADMIN Boleh tahan. Well done Tsimikas. YNWA. Sumber : Planet Football

Media : Harvey Elliot Tamatkan Musim Bersama Blackburn Rovers Dengan Gol Peribadi Ketujuh

Ianya perlawanan terakhir beliau bersama Blackburn Rovers musim ini selain daripada menyumbangkan 11 assist kepada pasukan. Meskipun beliau memulakan perlawanan di bangku simpanan, ianya tidak menghalang beliau untuk menyumbangkan satu gol sekaligus mengakhiri karier sementaranya bersama Blackburn dengan gaya tersendiri.  Beliau dibawa masuk ketika perlawanan berbaki 30 minit dan ketika itu Blackburn mendahului Birmingham dengan 3 - 2.  Dengan perlawanan berbaki 10 minit, Elliot melakukan larian dari sayap kanan ke kawasan tengah.  Beliau menyambut baik hantaran Corey Evans, sekaligus melakukan tendangan lob melepasi penjaga gol Birmingham untuk menjaringkan gol keempat Blackburn.  Saksikan. Setakat ini Elliot merupakan sumber kreatif buat pasukan Blackburn musim ini, selain daripada 7 gol, 11 assist dan baru berusia 18 tahun pada April lepas. Selepas ini Elliot akan kembali ke Liverpool dan berkemungkinan berlatih dalam skuad utama untuk pramusim.  Kreativiti beliau mungkin diperlukan