Namun beliau sedar beliau kini menghadapi persaingan posisi dengan kapten Liverpool itu.
Kalvin Phillips menjangkakan Jordan Henderson akan diturunkan dalam kesebelasan utama England setelah pulih sepenuhnya dari kecederaan.
Kapten Liverpool itu diturunkan buat pertama kali ketika separuh masa kedua dalam perlawanan England menentang Czech, di mana ianya perlawanan kompetitif pertama yang dilalui beliau sejak Februari.
Berbanding dengan Kalvin Phillips yang telah diturunkan dalam setiap perlawanan melibatkan pasukan England.
Disebabkan Hendo masih menghadapi kekurangan minit perlawanan sebelum kejohanan beliau menjadi sasaran kritikan daripada beberapa pundit seperti Roy Keane dan Gabby Agbonlahor berikutan pemilihan ke dalam skuad Southgate.
Namun Kalvin Phillips adalah antara beberapa pemain yang menegaskan kepentingan Hendo di dalam pasukan buat masa sekarang.
Kalvin Phillips juga menyatakan Hendo merupakan salah satu pesaing beliau dalam posisinya dalam skuad England tetapi tidak akan menyerahkan dengan begitu mudah.
Menurut Phillips :
"Setiap masa saya akan turun menjalani latihan. Jordan telah turun menjalani latihan sejak 2 atau 3 minggu lepas dan ianya bukan satu kejutan lagi buat masa sekarang".
"Saya menjangkakan Hendo akan kembali ke dalam pasukan kerana beliau pemain yang bagus dan penting buat kami".
"Sesiapa sahaja yang mendapat peluang bermain atau tidak, tugas kami adalah untuk menyokong sesama sendiri".
"Harap juga saya sudah melakukan yang terbaik. Salah satu sasaran saya adalah bermain lebih banyak dalam kejohanan ini dan bermain tiga perlawanan sebelumnya adalah sesuatu yang baik untuk saya".
"Saya tidak mahu ianya terhenti sekarang. Saya mahu teruskan perjuangan".
ADMIN
Mungkinkah gandingan Kalvin Phillips dan Jordan Henderson akan diturunkan dalam perlawanan menentang Germany?
Sumber : Liverpool Echo
Comments
Post a Comment